Penerbangan murah ke Wuxi (WUX)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Wuxi (WUX)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Pulau Pinang (PEN) → Wuxi (WUX)
Penerbangan
Jumaat, 12 Apr 2024
RM 781.53
Pulau Pinang (PEN) → Wuxi (WUX)
Penerbangan
Isnin, 22 Apr 2024
RM 920.00
Jakarta (CGK) → Wuxi (WUX)
Penerbangan
Jumaat, 19 Apr 2024
RM 958.04
Jakarta (CGK) → Wuxi (WUX)
Penerbangan
Jumaat, 26 Apr 2024
RM 1,383.93
Jakarta (CGK) → Wuxi (WUX)
Penerbangan
Jumaat, 26 Apr 2024
RM 1,395.81
Phuket (HKT) → Wuxi (WUX)
Penerbangan
Jumaat, 12 Apr 2024
RM 1,788.45
Jakarta (CGK) → Wuxi (WUX)
Penerbangan
Rabu, 24 Apr 2024
RM 2,193.85

Tiket Pesawat Murah ke Wuxi, China

Wuxi terletak di barat laut Shanghai, di utara pesisir Taihu atau Tasik Tai, tasik air tawar ketiga terbesar di China. Terdapat enam daedah dan dua bandar peringkat wilayah di Wilayah Wuxi. Keseluruhan populasinya mencecah 4.5 juta orang. Wuxi kaya dengan keindahan alam semulajadi dan dengan cuacanya yang panas dan lembap, Wuxi telah diberi gelaran “Negeri Ikan dan Nasi”. Sebelum kurun ke-19, Wuxi telah menjadi pusat perdagangan beras dan kain yang penting di China. Kini Wuxi semakin giat membangun dan telah diberi nama julukan “Shanghai Kecil” kerana ekonominya yang maju.

Lapangan Terbang di Wuxi

Lapangan Terbang Antarabangsa Shunan Shuofang (WUX)

Lapangan Terbang Antarabangsa Shunan Shuofang terletak di sub daerah Shuofang, 12 km dari Wuxi. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama untuk Wilayah Jiangsu, terutama sekali kawasan Sunan, termasuklah Wuxi, Suzhou dan Changzhou. Terdapat pelbagai restoran dan kedai untuk dilawati oleh para pengunjungnya. Khidmat lain di lapangan terbang ini termasuklah pusat perubatan, pusat perniagaan, telefon serbaguna, pusat bagasi dan juga komputer untuk kegunaan umum. Terdapat 3 cara utama untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Shunan Shuofang, iaitu keretapi, bas dan teksi. Stesen keretapi Xingwu terletak hanya 3 km dari lapangan terbang. Anda boleh menaiki teksi ke stesen Xingwu dan teruskan perjalanan menaiki keretapi laju ke Shanghai, Nanhing, Hefei, Wuhan, Gangzhou atau Chengdu. Terdapat juga pelbagai laluan bas di lapangan terbang dan tiket bas boleh dibeli terus di platform bas. Teksi dari lapangan terbang ke Stesen Keretapi Utama Wuxi akan mengambil 30 minit dan berharga RM 30.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Wuxi?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Wuxi. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Wuxi.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Wuxi?

Wuxi mengalami iklim panas dan lembap, dan juga empat musim. Wuxi menerima banyak hujan sepanjang tahun. Suhu purata tahunan di Wuxi adalah 15.5 darjah Celsius. Musim luruh dan musim bunga merupakan waktu terbaik untuk melawat Wuxi. Pada musim luruh, dari bulan September hingga bulan November, lebih ramai pelancong akan ke Wuxi kerana cuacanya yang nyaman. Hari-harinya yang cerah namun sejuk akan membuatkan keadaan lebih sesuai untuk bersiar-siar. Pada musim luruh, pelawat ke Wuxi juga akan dapat menikmati pelbagai produk air tawar dan juga buah yang terpadat di daerah ini. Pada musim bunga, pelancong akan dapat melihat pelbagai jenis bunga mulai mekar seperti bunga ume, azalea dan juga orkid. Musim bunga juga waktu yang terbaik untuk mendaki di Wuxi dan menikmati bunga ume.

Sekiranya anda ingin ke Wuxi, elakkan melawat Wuxi pada musim panas. Suhu di Wuxi kadang kala akan mencecah lebih daripada 36 darjah Celsius dan hujan juga turun lebih kerap. Selain daripada musim panas, elakkan perjalanan ketika cuti Hari Kebangsaan iaitu dari 1 hingga 10 October setiap tahun. Pada waktu cuti Hari Kebangsaan ini kebanyakan rakyat tempatan akan keluar bercuti bersama keluarga, maka bukan sahaja keadaan akan menjadi lebih sesak, malah harga hotel lebih mahal dan tiket pengangkutan awam juga lebih sukar untuk diperolehi.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Wuxi?

Terkenak untuk keindahan alam semulajadinya, Wuxi menyediakan sesuatu untuk semua tetamunya.

Tasik Taihu (Tasik Tai) -Tasik Taihu merupakan tasik air tawar ketiga terbesar di China dan terletak di selatan delta Sungai Yangtze di Wuxi. Tasik ini mempunyai 48 buah pulau kecil dan 72 puncak dan semenanjung di sepanjang tasik yang memberikan keindahan semula jadinya. Oleh kerana Tasik Taihu kaya dengan ikan, di sini anda akan dapat menikmati hidangan bernama “Tiga Putih Tasik Taihu” yang disediakan daripada udang, ikan bilis putih dan ikan berisi putih.

Bandar Three Kingdom - Bandar Three Kingdom merupakan salah satu pusat penggambaran saluran CCTV yang telah digunakan ketika penggambaran siri TV poplar, Three Kingdoms. Bandar Three Kingdoms terkenal dengan bangunan gaya Dinasti Han yang telah menjadi destinasi popular bagi pelancong. Di kawasan lagak ngeri, pelancong akan dapat mendalami penggunaan teknologi sinematik. Di sini juga para pelawat akan dapat mencuba baju yang telah digunakan ketika penggambaran dan mengambil bahagian dalam persembahan.

Taman Li - Taman Li merupakan salah satu lokasi tercantik di China, terletak di Pekan Qingqi, Wuxi. Antara tarikan utama Taman Li adalah astaka empat musimnya, yang merupakan empat astaka berbeza, mengikut setiap musim. Para pelawat boleh memanjat astaka musim panas dan astaka musim bunga yang setinggi 3 tingkat untuk menikmati pemandangan panorama indah Taman Li. Dari bulan Jun hingga September, pameran bunga teratai akan diadakan di Taman Li. Manakala dari bulan Julai hingga September, para pelawat dapet menikmati Taman Li pada waktu malam.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka