Penerbangan murah ke Yiwu (YIW)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Yiwu (YIW)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Yiwu (YIW)
Sichuan Airlines
Selasa, 14 Mei 2024
RM 515.79
Bangkok (BKK) → Yiwu (YIW)
Penerbangan
Rabu, 24 Apr 2024
RM 1,776.77
Jakarta (CGK) → Yiwu (YIW)
Penerbangan
Khamis, 09 Mei 2024
RM 11,507.34
Jakarta (CGK) → Yiwu (YIW)
Penerbangan
Khamis, 09 Mei 2024
RM 12,706.03

Tiket Pesawat Murah ke Yiwu

Yiwu telah menjadi salah satu destinasi yang membeli-belah setanding dengan Shanghai dan Hong Kong. Namun, apa yang membezakan bandar ini dengan kedua-dua bandaraya kelas atasan ini adalah di Yiwu pembeli tetap boleh mendapatkan harga borong yang terbaik untuk produk-produk di sini. Bandar ini kian popular sehingga kira-kira 300,000 pelancong telah pergi ke sana untuk membeli-belah setiap tahun. Harga dan pemilihan produk adalah lebih baik daripada di Guangzhou kerana terdapat berpuluhan ribu kilang dan kedai-kedai pembuatan terletak di sekitar bandar ini. Ia juga diiktiraf oleh organisasi antarabangsa sebagai antara kawasan membeli-belah yang unik di dunia.

Lapangan Terbang di Yiwu

1. Lapangan Terbang Yiwu (YIW)

Lapangan terbang ini adalah lapangan terbang tentera dan awam yang menawarkan perkhidmatan untuk bandar Yiwu, Jinhua di Wilayah Zhejiang, China. Ia terletak 5.5 kilometer barat laut dari pusat bandar Yiwu dan 51 km dari kawasan bandar Jinhua. Lapangan terbang pada masa ini hanya menawarkan penerbangan tempatan dan satu destinasi antarabangsa. Kebanyakan pelancong antarabangsa perlu mengambil penerbangan tempatan dari Shanghai untuk melawat Yiwu. Syarikat penerbangan yang beroperasi di Lapangan Terbang Yiwu ialah Air China, China Eastern Airlines, China Express Airlines, China Southern Airlines, Donghai Airlines, dan New Gen Airways. New Gen Airways adalah satu-satunya syarikat penerbangan dari Lapangan Terbang Yiwu yang menawarkan destinasi antarabangsa ke Bangkok Don Mueang.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Yiwu?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Yiwu. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Yiwu.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Yiwu?

Yiwu mempunyai iklim monsun subtropika, suhu selesa dan lembap, dengan empat musim yang berbeza. Purata suhu tahunan adalah sekitar 17°C. Bulan Julai adalah bulan terpanas, apabila suhu purata ialah 29°C, manakala bulan paling sejuk adalah Januari, di mana suhu purata adalah 4°C. Masa terbaik untuk melawat Yiwu adalah pada musim bunga dan musim luruh. Grand China Yiwu Commodities Fair sentiasa diadakan setiap bulan April dan Oktober kerana cuaca pada ketika ini tidak terlalu panas atau sejuk. Musim bunga bermula pada akhir bulan Mac dan terus berakhir pada bulan Mei. Kemungkinan untuk hujan pada masa ini juga akan meningkat dengan ketara berbanding dengan musim sejuk oleh itu pelawat dinasihatkan untuk membawa payung jika ingin berada luar untuk jangka masa yang panjang. Suhu purata ialah 18°C dan merupakan waktu terbaik untuk membeli-belah di Bandar Perdagangan Antarabangsa. Musim gugur akan bermula pada akhir bulan September dan terus berakhir pada bulan November. Suhu purata pada ketika ini ialah 16°C. Ia merupakan cuaca yang sesuai untuk aktiviti mendaki.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Yiwu?

1. Menara Besi Shuanglin - Menara Besi Shuanglin terletak berhampiran Kuil Shuanglin di kaki Gunung Yunhuang. Menara, kuil Shuanglin, dan satulagi kuil Buddha lain yang terkenal (Kuil Yunhuang) semuanya berada di kawasan Shuanglin Scenic Zone. Keindahan gunung yang menjulang tinggi, kuil yang dihiasi dengan rapi, dan simbol-simbol semulajadi s erta keagamaan di menara itu sendiri menjadikannya bernilai dan meletakkan ia dalam senarai perhentian pelancong. Menara besi ini dibina kira-kirapada tahun 952 oleh Zhu Hongji. Menara ini telah dipelihara dengan luar biasa walaupun bertahun-tahun menangani angin dan hujan - tetapi selain sejumlah kecil hakisan pada beberapa bahagian, ia masih lagi tersergam indah dengan logam hitam asalnya.

2. Desheng Yan - Desheng Yan juga dikenali sebagai Chou Yan (batu tebal) kerana batuan padat di gunung. Yiwu juga pernah dikenali sebagai Chouzhou pada Dinasti Tang (621), sempena gunung Chou Yan. Ia telah menjadi tempat yang baik untuk melihat pemandangan seluruh Yiwu. Kuil Tergantung Heling yang terkenal di Desheng Yan juga menawarkan pemandangan persekitaran semula jadi yang menakjubkan. Kuil ini dibina pada awal Dinasti Yuan, sempena Hu Zhe, menteri bersekutu Jabatan Tentera pada Dinasti Song. Di sebalik kuil itu, terdapat bentuk penyu batu besar yang sedang sujud di tebing, yang tercipta secara semulajadi.

3. Hengdian World Studios - Hengdian World Studios, atau Hengdian Film dan TV Production City, adalah studio perfileman dan set filem yang paling terkenal di China. Terletak 160 kilometer dari Hangzhou dan 90 kilometer dari Jinhua. Set perfileman ini terletak di Bandar Hengdian yang terletak di tengah-tengah lingkaran ekonomi Zhejiang-Jiangsu-Shanghai-Fujian-Jiangxi, dan ia mudah diakses oleh pesawat, keretapi dan bas. Pada masa ini, Hengdian World Studios adalah tapak pengeluaran filem terbesar di Asia dan telah digelar "Hollywood Cina". Sejak kebelakangan ini, Hengdian World Studios telah merancang untuk mengubah bandar Filem dan TV ini menjadi taman hiburan dan juga salah satu tarikan pelancongan di China.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved