Penerbangan murah ke Zunyi (ZYI)

Cari dan tempah penerbangan murah ke Zunyi (ZYI)

Laluan

Syarikat penerbangan

Jadual

Harga mulai

Lanzhou (LHW) → Zunyi (ZYI)
Spring Airlines
Jumaat, 10 Mei 2024
RM 279.76
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Zunyi (ZYI)
China Southern Airlines
Isnin, 29 Apr 2024
RM 759.96
Bandar Ho Chi Minh (SGN) → Zunyi (ZYI)
Penerbangan
Isnin, 29 Apr 2024
RM 3,268.09

Tiket Pesawat Murah ke Zunyi, China

Zunyi merupakan bandar bersejarah di mana bermulanya kepimpinan Mao Zedong dalam Parti Komunis China. Pada tahun 1935, Zunyi menjadi tuan rumah untuk Persidangan Zunyi dan seterusnya menjadi salah satu pangkalan Tentera Merah. Terletak di utara Daerah Guizhou di barat daya China, Zunyi telah berkembang menjadi pusat pendidikan dan ekonomi daerah ini. Kegiatan perdagangan yang aktif di Zunyi telah menyumbang kepada satu per empat daripada GDP Guizhou. Tapak-tapak bersejarah, makanan dan arak buatan tempatan yang terkenal telah juga menjadikan Zunyi salah satu lokasi destinasi pelancongan yang mesti dipergi di barat daya China.

Lapangan Terbang di Zunyi

1. Lapangan Terbang Zunyi Xinzhou

Lapangan Terbang Zunyi Xinzhou adalah lapangan terbang utama untuk ke Zunyi. Lapangan terbang ini terletak kira-kira 35 kilometer daripada timur Bandar Zunyi. Juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Zunyi, lapangan terbang ini pada asalnya merupakan pangkalan tentera udara yang kemudiannya digunakan untuk kedua-dua pangkalan tentera serta lapangan terbang awam pada tahun 2012. Bangunan Terminal Lapangan Terbang Zunyi telah direka dengan konsep tapak Persidangan Zunyi dan dapat menampung lebih 300,000 penumpang tempatan dan antarabangsa. Buat masa ini, 16 syarikat penerbangan beroperasi di lapangan terbang ini, termasuk empat syarikat penerbangan sewa untuk destinasi antarabangsa iaitu Krabi, Siem Reap, Phnom Penh dan Da Nang. Para penumpang boleh menuju ke kawasan bandar dengan menaiki bas ulang-alik daripada Lapangan Terbang Zunyi.

2. Lapangan Terbang Zunyi Maotai

Lapangan Terbang Zunyi Maotai boleh menjadi lapangan terbang alternatif untuk menuju ke Zunyi yang juga dikenali sebagai Lapangan Terbang Renhuai Maotai. Lapangan terbang ini terletak di Bandar Renhuai dan dinamakan sempena arak buatan tempatan, arak Maotai. Pada tahun 2017, lapangan terbang ini baru dibuka dan kini beroperasi untuk penerbangan tempatan oleh Air China, Chengdu Airlines, Colorful Guizhou Airlines, Juneyao Airlines, Kunming Airlines, Shenzhen Airlines dan Xianmen Airlines. Lapangan terbang ini dijangka dapat menampung sehingga 350,000 penumpang. Bandar Renhuai adalah bandar yang terdekat, dalam lingkungan 16 kilometer daripada lapangan terbang ini.

Bagaimana untuk Mendapatkan Tiket Pesawat Murah ke Zunyi?

Traveloka adalah enjin carian yang memudahkan para pelancong untuk mencari tiket penerbangan termurah ke Zunyi. Apa yang perlu anda lakukan adalah masukkan maklumat dalam kotak carian dan aplikasi ini akan mengesyorkan penerbangan yang terbaik mengikut bajet anda. Ia membandingkan harga tiket antara beberapa syarikat penerbangan yang dipercayai untuk membantu anda mendapatkan tawaran yang terbaik. Gunakan ciri pemberitahu harga Traveloka untuk dimaklumkan mengenai tiket penerbangan dalam lingkungan harga yang anda inginkan bagi mendapatkan tawaran yang terbaik ke Zunyi.

Bila Waktu Terbaik untuk ke Zunyi?

Para pengunjung tidak perlu risau tentang perjalanan ke Zunyi kerana bandar ini boleh dikunjungi pada bila-bila masa. Iklim monsun lembap subtropikal di Zunyi adalah sederhana dan secara amnya tidak terjejas dengan musim panas dan sejuk yang melampau. Purata suhu tahunan Zunyi adalah 15 darjah Celcius dan suhu maksimum boleh mencecah sehingga 25 darjah Celcius. Bagi mereka yang berkenan untuk berkunjung dalam iklim yang lebih panas, anda mungkin perlu menyediakan payung kerana cuaca hujan selalu berlaku pada musim panas selalu. Walaubagaimanapun, musim panas dikatakan waktu yang paling sesuai untuk menikmati keindahan alam semulajadi di Zunyi.

Anda dapat menikmati pelbagai perayaan yang disambut oleh kaum etnik tempatan di Zunyi. Perayaan kaum etnik tempatan selalunya disambut mengikut kalendar lunar. Kaum Gelao merayakan Perayaan Musim Bunga pada hari ketiga dalam bulan lunar ketiga. Antara bulan lunar kesepuluh dan kesebelas, Kaum Miao merayakan Perayaan Jigu di mana pengorbanan dilaksanakan untuk nenek moyang mereka. Peminat arak boleh berkunjung antara bulan Julai dan Ogos untuk menghadiri perayaan arak di Bandar Maotai di Huairen dan Gua Shizhang di Bandar Chishui.

Apa 3 Aktiviti Menarik yang Boleh Dilakukan di Zunyi?

Zunyi adalah bandar yang kerap dikunjungi di barat daya China. Terdapat banyak tarikan yang boleh didapati di sini.

1. Tapak Bersejarah Persidangan Zunyi dan Revolusi - Persidangan Zunyi merupakan permulaan bersejarah bagi Tentera Merah dan Parti Komunis di bandar ini. Anda boleh memahami dengan lebih lanjut mengenai Parti tersebut serta pergerakan tenteranya pada zaman aktif Parti Komunis. Terletak di tengah bandar lama Zunyi, tapak bersejarah ini terdiri daripada empat kediaman pemimpin Parti, ibu pejabat Jabatan Politik Tentera Merah, bekas Bank Negeri Republik Soviet China dan muzium. Anda juga boleh berjalan kaki dalam 15 minit daripada bangunan utama untuk menuju ke kediaman Mao Zedong.

2. Bandar Lama Zunyi - Tapak Persidangan Zunyi dikelilingi oleh Bandar Lama Zunyi. Beberapa blok bangunan dalam kawasan ini telah dibina dan dipulihkan kembali untuk menyerupai Zunyi pada zaman perkembangan ekonomi yang pesat di sekitar tahun 1930an. Selepas mengunjungi Tapak Persidangan Zunyi, anda boleh berjalan di kawasan Bandar Lama untuk mengunjungi lokasi membeli-belah dan tempat makan yang menarik.

3. Bandar Chishui - Anda boleh juga menikmati keindahan alam semulajadi dengan mengunjungi Chishui yang terletak di barat laut Zunyi. Di sekitar bandar ini, anda boleh melihat deposit tanah merah semulajadi di dalam sungai dan alir air. Chishui juga istimewa dengan rezab hutan dara di mana anda boleh menikmati pemandangan Air Terjun Shizhandong, Jurang Tanah Merah (Red Rock Gorge) dan Rezab Jinshagou.

Rakan Penerbangan

Rakan Penerbangan Domestik & Antarabangsa
Kami bekerjasama dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia untuk memastikan anda sampai ke destinasi yang ingin dituju!

Rakan Pembayaran

Kami bekerjasama dengan perkhidmatan pembayaran yang paling dipercayai agar setiap transaksi anda lancar dan terjamin keselamatannya!

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved