Bagasi Yang Didaftar Masuk |
---|
20 kg |
Bagasi Kabin |
---|
7 kg |
Tempoh Waktu Daftar Masuk |
---|
1 jam sebelum berlepas |
Garuda Indonesia merupakan pesawat nasional Indonesia dan anggota SkyTeam alliance. Diterbangkan kali pertama pada tahun 1949, kini Garuda Indonesia melakukan penerbangan ke 40 destinasi domestik dan 36 destinasi antarabangsa. Pernah dikenali sebagai Garuda Indonesian Airways, syarikat penerbangan ini menawarkan tiga jenis kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan, dan Kelas Pertama. Garuda Indonesia telah dinamakan sebagai World’s Best Regional Airline oleh Skytrax kerana dedikasi yang tinggi dalam industri penerbangan.
Kelas Ekonomi Garuda Indonesia telah dinamakan oleh Skytrax sebagai World’s Best Economy Class pada tahun 2013, hasil daripada usaha syarikat penerbangan ini dalam menyediakan keselesaan maksimum kepada penumpang Kelas Ekonomi. Kelas Ekonomi dilengkapi dengan hiburan dalam penerbangan dan tempat duduk yang boleh dibaringkan serta ruang letak kaki yang luas. Penumpang Kelas Ekonomi dalam pesawat Boeing 777-300ER terutamanya, akan mendapat kemudahan tambahan seperti tempat letak kaki, port USB dan soket di setiap tempat duduk.
Garuda Indonesia menyajikan hidangan dalam penerbangan kepada penumpang yang menaiki penerbangan 60 minit lebih lama. Dalam Kelas Ekonomi, penumpang dapat menikmati pelbagai menu Indonesia, Barat dan Asia, disamping pelbagai pilihan minuman panas dan sejuk. Bagi penumpang Kelas Ekonomi yang menaiki penerbangan selama 60 minit atau kurang, Garuda Indonesia akan menyediakan pilihan makanan ringan dan air mineral. Walau bagaimanapun, penumpang masih boleh merasai menu hidangan utama Garuda Indonesia semasa penerbangan dengan membuat tempahan awal selewat-lewatnya 24 jam sebelum jadual penerbangan mereka.
Dengan kelebaran 21.2 inci (sekitar 54 cm), tempat duduk Kelas Perniagaan Garuda Indonesia boleh dicondongkan 180 darjah sehingga menjadi rata sepenuhnya bagi memastikan keselesaan penumpang terjaga. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan ruang simpanan peribadi, port USB dan skrin sentuh LCD 15 inci dengan sistem hiburan inovatif eX2 Panasonic. Terdapat 38 kerusi berperingkat dalam Kelas Perniagaan Garuda Indonesia dengan akses lorong laluan terus untuk setiap tempat duduk dengan jarak tempat duduk 43 inci (sekitar 109 cm) supaya penumpang boleh menikmati penerbangan mereka dengan privasi maksimum. Penumpang Kelas Perniagaan juga akan disediakan dengan bantal bebas alahan dalam sarung bantal kapas, duvet yang selesa, dan kelengkapan L'occitane (untuk perniagaan Kelas Perniagaan Asia - Oceania).
Garuda Indonesia telah bekerjasama dengan chef berkelayakan daripada pertubuhan berstatus lima bintang untuk menyediakan hidangan terbaik kepada penumpang Kelas Perniagaan Garuda Indonesia. Penumpang akan ditawarkan pelbagai pilihan snek, makanan ringan dan menu utama. Bagi penerbangan antarabangsa, pilihan makan adalah mengikut laluan destinasi. Penumpang Kelas Perniagaan juga boleh menempah makanan mereka semasa membuat tempahan penerbangan atau selewat-lewatnya 24 jam sebelum jadual penerbangan mereka.
Perkhidmatan Kelas Pertama Garuda Indonesia tersedia dalam pesawat Boeing 777-300ER. Ia menawarkan lapan suite peribadi mewah yang masing-masing dilengkapi dengan pintu gelongsor untuk menjaga privasi penumpang sepanjang penerbangan. Dengan jarak tempat duduk 82 inci (sekitar 208 cm) dan kelebaran tempat duduk 22 inci (sekitar 56 cm), setiap tempat duduk Kelas Pertama boleh dicondongkan 180 darjah sehingga menjadi rata sepenuhnya. Untuk keselesaan maksimum, Garuda Indonesia juga menyediakan duvet, bantal dan otoman kepada penumpang Kelas Pertama. Selain itu, hiburan dalam penerbangan disediakan melalui skrin sentuh LCD 23.5 inci yang dilengkapi dengan alat kawalan jauh dan fon kepala kalis bunyi. Penumpang Kelas Pertama juga menerima perkhidmatan khas walaupun sebelum memasuki pesawat, daripada akses ke ruang istirahat lapangan terbang, keutamaan dalam pengendalian bagasi dan proses imigresen hingga perkhidmatan limosin.
Kelas Pertama Garuda Indonesia menawarkan pelbagai hidangan dalam penerbangan yang disajikan oleh chef profesional dalam pesawat, daripada masakan serantau Indonesia hingga masakan Kaiseki Jepun dan hidangan Eropah moden dengan sentuhan Timur Tengah, digabungkan dengan pilihan wain, champagne, sake, koktel, minuman keras, jus segar, air mineral, minuman ringan dan teh premium serta kopi dari Indonesia. Penumpang yang mempunyai permintaan hidangan khas boleh menghubungi Garuda Indonesia selewat-lewatnya 24 jam sebelum jadual penerbangan mereka.
Untuk menghargai pelanggan setianya, Garuda Indonesia melancarkan program penumpang kerap yang dipanggil GarudaMiles. Ahli GarudaMiles akan memperoleh miles apabila mereka menaiki penerbangan Garuda Indonesia atau rakan syarikat penerbangan SkyTeam yang lain. Miles yang terkumpul boleh ditebus menjadi tiket penerbangan atau menaik taraf kelas penerbangan. Ahli GarudaMiles juga boleh menikmati pelbagai manfaat dan keistimewaan eksklusif lain seperti kaunter daftar masuk khas di lapangan terbang, peruntukan bagasi tambahan, keutamaan dalam pengendalian bagasi, keutamaan dalam senarai menunggu tempahan tiket dan akses ke ruang istirahat lapangan terbang Garuda Indonesia. Terdapat sekurang-kurangnya empat peringkat keahlian, iaitu GarudaMiles Blue, GarudaMiles Silver dan GarudaMiles Gold hingga GarudaMiles Platinum.
Penumpang Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama serta ahli GarudaMiles boleh mendapatkan akses ke ruang istirahat lapangan terbang Garuda Indonesia. Ruang istirahat yang berbeza memberikan perkhidmatan yang berbeza kepada setiap kelas penerbangan, tetapi kesemuanya menawarkan pelbagai kemudahan untuk memanjakan penumpang sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka. Penumpang boleh memilih pilihan hidangan Indonesia serantau, perkhidmatan refleksologi, bilik air mandi pancuran, bilik laktasi, dan kemudahan hiburan seperti televisyen, buku, surat khabar, majalah dan juga sambungan WiFi yang pantas.
Sebagai ahli SkyTeam alliance, Garuda Indonesia menawarkan program SkyPriority kepada penumpang rakan syarikat penerbangan melalui layanan permaidani merah termasuk keutamaan di kawasan daftar masuk, ketika mendaftar masuk bagasi dan ketika memasuki pesawat. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada ahli Elite Plus, penumpang Kelas Pertama, dan penumpang Kelas Perniagaan. Program SkyPriority oleh SkyTeam pertama dilancarkan pada 1 Mac 2012 apabila ia diperkenalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Taipei Taoyuan. Hari ini, SkyPriority boleh didapati di lebih 700 lapangan terbang di seluruh dunia.
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tersedia
Tidak Tersedia
Tidak tersedia
Tidak Tersedia
Pramugari Garuda Indonesia memakai baju kebaya dan kain bercorak batik dalam empat warna, iaitu jingga, hijau, biru dan ungu. Setiap warna mewakili tahap kerjaya anak kapal. Pramugari junior memakai pakaian seragam berwarna jingga dan hijau, sementara pramugari senior memakai pakaian seragam berwarna ungu dan biru. Pakaian seragam ini mungkin kelihatan biasa, tetapi ia menyumbang kepada keanggunan kru kabin dan mewakili pelbagai budaya Indonesia.
Laluan Penerbangan | Kelas Penerbangan | Bagasi Kabin | Bagasi Yang Didaftar Masuk |
Semua Laluan | Kelas Ekonomi | Maks. 7 kg (Dimensi: 56 x 36 x 23 cm) | Maks. 20 kg |
Kelas Perniagaan | Maks. 30 kg | ||
Kelas Pertama | Maks. 40 kg | ||
Semua penerbangan ke Jepun | Kelas Ekonomi | Maks. 46 kg | |
Kelas Perniagaan | Maks. 64 kg | ||
Kelas Pertama | |||
Semua penerbangan ke Amerika | Kelas Ekonomi | 2 bagasi (maks. 23 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) | |
Kelas Perniagaan | 2 bagasi (maks. 32 kg/bagasi) (Dimensi: maks. 158 cm) |
Maklumat waktu daftar masuk untuk semua penerbangan Garuda Indonesia boleh didapati dalam jadual di bawah. Waktu daftar masuk mungkin berbeza jika penerbangan anda dikendalikan oleh rakan Garuda Indonesia. Sila semak e-tiket untuk memastikan waktu daftar masuk anda.
Laluan Penerbangan | Waktu Daftar Masuk Yang Disarankan | Tempoh Waktu Daftar Masuk |
Domestik | 1 jam sebelum berlepas | 45 minit sebelum berlepas |
Antarbangsa | 2 jam sebelum berlepas | 1 jam sebelum berlepas |
Daftar masuk dalam talian juga tersedia untuk penerbangan Garuda Indonesia. Sila ikuti langkah-langkah berikut.
Secara umum, pembayaran balik boleh dibuat untuk sebab peribadi (pembatalan sendiri, sakit, kehamilan, atau kematian penumpang), pembatalan/penjadualan semula oleh syarikat penerbangan, force majeure, atau tempahan dua kali. Tetapi, hal ini bergantung pada polisi syarikat penerbangan masing-masing. Sila layari halaman Polisi Pembayaran Balik Garuda Indonesia untuk maklumat lengkap.
Untuk mengubah jadual penerbangan, anda boleh menggunakan Easy Reschedule. Sesetengah syarikat penerbangan membenarkan pengubahan tarikh, waktu, laluan dan syarikat penerbangan, manakala sesetengah lagi hanya membenarkan pengubahan tarikh dan waktu.
Sila rujuk Terma & Syarat Penjadualan Semula Garuda Indonesia untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai pengubahan jadual penerbangan anda. Jika penerbangan anda tidak dapat dijadualkan semula melalui Easy Reschedule, sila hubungi Garuda Indonesia secara terus.
Garuda Indonesia (Kod IATA: GA) merupakan syarikat penerbangan nasional yang beribu pejabat di Jakarta, Indonesia. Nama “Garuda” telah diilhamkan oleh burung eponim Tuhan Vishnu dalam karya epik Hindu, Mahabharata. Nama ini dipilih kerana “Garuda” dikaitkan dengan kemegahan. Garuda Indonesia beroperasi dari hab utamanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu (Deli Serdang), Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Hasanuddin (Makassar), Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai (Denpasar), dan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta (Jakarta). Garuda Indonesia juga mempunyai tiga anak syarikat, iaitu syarikat penerbangan kos rendah Citilink, syarikat hospitaliti Aerowisata dan GMF AeroAsia yang pakar dalam penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat. Diterbangkan kali pertama pada tahun 1949, Garuda Indonesia telah memperoleh pengiktirafan dalam industri penerbangan antarabangsa. Pada tahun 2017, Garuda Indonesia menerima lima anugerah kecemerlangan, termasuk Brand Used More Often dan The Highest Top of Minds Brand dalam kategori Pengangkutan Udara dari Prestige Brand Awards, Customer Loyalty Away in Airline dalam kategori The Net Promoter Score (NPS) Leader; pemenang Indonesia Most Innovative Business Award 2017; dan PR Indonesia Awards 2017 bagi subkategori BUMN Tbk dalam kategori Perhubungan Media. Walau bagaimanapun, anugerah yang paling berharga sekali ialah World’s Best Regional Airline daripada Skytrax. Dalam mengendalikan perkhidmatannya, Garuda Indonesia menawarkan tiga jenis kelas penerbangan, iaitu Kelas Ekonomi, Kelas Perniagaan, dan Kelas Pertama. Pada tahun 2013, Kelas Ekonomi telah dinamakan oleh Skytrax sebagai World’s Best Economy Class. Kelas Ekonomi dilengkapi dengan hiburan dalam penerbangan dan tempat duduk yang boleh dicondongkan serta ruang letak kaki yang luas. Penumpang Kelas Ekonomi dalam pesawat Boeing 777-300ER akan mendapat kemudahan tambahan seperti tempat letak kaki, port USB dan soket di setiap tempat duduk. Sementara itu, tempat duduk Kelas Perniagaan Garuda Indonesia dengan kelebaran 21.2 inci boleh dicondongkan 180 darjah sehingga menjadi rata sepenuhnya untuk memastikan keselesaan penumpang terjamin. Setiap tempat duduk dilengkapi dengan ruang simpanan peribadi, port USB dan skrin sentuh LCD 15 inci dengan sistem hiburan inovatif EX2 Panasonic. Terdapat 38 kerusi berperingkat dalam Kelas Perniagaan Garuda Indonesia dengan akses lorong langsung untuk setiap tempat duduk dengan keluasan 43 inci (sekitar 109 cm), supaya penumpang boleh menikmati penerbangan mereka dengan privasi maksimum. Penumpang Kelas Perniagaan juga akan disediakan dengan bantal bebas alahan dalam sarung bantal kapas, duvet yang selesa, dan kelengkapan L'occitane. Dalam Kelas Pertama, lapan suite peribadi mewah tersedia dalam pesawat Boeing 777-300ER yang masing-masing dilengkapi dengan pintu gelongsor untuk memastikan privasi penumpang sepanjang penerbangan. Dengan keluasan 82 inci (sekitar 208 cm) dan kelebaran tempat duduk 22 inci (sekitar 56 cm), setiap tempat duduk Kelas Pertama boleh dicondongkan 180 darjah sehingga menjadi rata sepenuhnya. Untuk keselesaan maksimum, Garuda Indonesia juga menyediakan duvet, bantal dan otoman kepada penumpang Kelas Pertama. Selain itu, hiburan dalam penerbangan disediakan melalui skrin sentuh LCD 23.5 inci yang dilengkapi dengan alat kawalan jauh dan fon kepala kalis bunyi. Untuk menghargai pelanggan setianya, Garuda Indonesia melancarkan program penumpang kerap yang dipanggil GarudaMiles. Ahli GarudaMiles akan memperoleh miles apabila mereka menaiki penerbangan Garuda Indonesia atau rakan syarikat penerbangan SkyTeam yang lain. Miles yang terkumpul boleh ditebus menjadi tiket penerbangan atau menaik taraf kelas penerbangan. Ahli GarudaMiles juga boleh menikmati pelbagai manfaat dan keistimewaan eksklusif lain seperti kaunter daftar masuk khas di lapangan terbang, peruntukan bagasi tambahan, keutamaan dalam pengendalian bagasi, keutamaan dalam senarai menunggu tempahan tiket dan akses ke ruang istirahat lapangan terbang Garuda Indonesia. Garuda Indonesia merupakan syarikat penerbangan Indonesia yang pertama untuk menyertai SkyTeam, sebuah syarikat perikatan global, membolehkan ia menawarkan program SkyPriority kepada penumpang syarikat penerbangan rakan kongsi melalui layanan permaidani merah termasuk keutamaan ketika di kawasan daftar masuk, ketika mendaftar masuk bagasi dan ketika memasuki pesawat. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada ahli Elite Plus, penumpang Kelas Pertama, dan penumpang Kelas Perniagaan. Setiap penumpang Garuda Indonesia layak mendapat kemudahan seperti peruntukan bagasi berdaftar, bagasi kabin dan bagasi percuma untuk penumpang. Penumpang boleh membawa dua barangan sebagai bagasi kabin mereka dengan saiz tidak melebihi 56 cm x 36 cm x 23 cm atau berat lebih daripada 7 kg. Selain itu, penumpang Kelas Ekonomi akan mendapat peruntukan bagasi 20 kg, manakala penumpang Kelas Perniagaan 30 kg dan penumpang Kelas Pertama 40 kg. Bagasi berdaftar mesti ditunjukkan semasa proses mendaftar masuk. Garuda Indonesia menasihatkan penumpang mendaftar masuk di lapangan terbang selewat-lewatnya satu jam sebelum waktu berlepas penerbangan domestik dan dua jam sebelum waktu berlepas penerbangan antarabangsa. Selain daripada mendaftar masuk di kaunter lapangan terbang, terdapat lima pilihan lain untuk mendaftar masuk, iaitu daftar masuk di bandar, daftar masuk melalui internet, daftar masuk melalui telefon dan daftar masuk melalui telefon bimbit serta daftar masuk di kiosk. Perkhidmatan daftar masuk di bandar disediakan di Pejabat Jualan Garuda Indonesia, 48 jam sehingga empat jam sebelum berlepas. Sementara itu, daftar masuk melalui internet boleh diakses menerusi laman web rasmi Garuda Indonesia 24 jam sehingga empat jam sebelum waktu berlepas. Penumpang juga boleh daftar masuk melalui pusat panggilan Garuda Indonesia, atau daftar masuk dengan menggunakan telefon bimbit melalui aplikasi mudah alih Garuda Indonesia. Daftar masuk di kiosk hanya tersedia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Terminal 3 daripada empat sehingga satu jam sebelum berlepas.
Garuda Indonesia telah ditubuhkan pada tahun 1947 di bawah nama Garuda Indonesian Airways, tetapi tidak memulakan operasi sehingga tahun 1949. Pada masa itu, Garuda Indonesian Airways hanya menggunakan pesawat Dakota DC-3 untuk melakukan penerbangan dari Calcutta ke Rangoon. Pada tahun yang sama, syarikat penerbangan ini mengendalikan penerbangan dari Jakarta ke Yogyakarta untuk mengambil Presiden Soekarno. Pada tahun 1980-an, syarikat penerbangan ini telah menubuhkan pusat latihan khusus di Jakarta Barat dengan nama Garuda Indonesia Training Center. Pada tahun 1985, di bawah kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Reyn Altin Johannes Lumenta, Garuda Indonesia membuat keputusan yang menimbulkan kontroversi dengan pengupahan perunding jenama asing, Landor Associates untuk menjenamakan semula syarikat penerbangan. Ramai yang menganggap projek itu terlalu mahal dan tidak perlu pada waktu itu, walau bagaimanapun, langkah ini telah disokong pada kemudian hari kerana ia penting untuk reputasi Garuda Indonesia dan identiti korporat sebagai sebuah syarikat penerbangan nasional. Di bawah kepimpinan Lumenta, Garuda Indonesia juga telah menambah bilangan kekerapan penerbangan dan destinasinya. Malangnya, pada Jun 2007, Kesatuan Eropah (EU) meletakkan sekatan ke atas Garuda Indonesia, bersama-sama dengan beberapa syarikat penerbangan lain di Indonesia, daripada terbang ke mana-mana negara Eropah. EU berjanji untuk mengkaji semula sekatan dan menghantar satu pasukan pakar yang diketuai oleh Pentadbir Suruhanjaya Keselamatan Udara Eropah, Federico Grandini, keIndonesia bagi mempertimbangkan pembatalan sekatan tersebut. Pada November 2007, Garuda Indonesia mengumumkan hasrat untuk terbang ke Amsterdam dari Jakarta dan Denpasar jika EU menarik balik sekatan tersebut. EU menyatakan bahawa pembaharuan keselamatan yang dilaksanakan oleh Garuda Indonesia merupakan satu langkah ke arah yang betul. Akhirnya, pada tahun 2009, EU menarik balik sekatan tersebut, yang telah menggalakkan Garuda Indonesia untuk mengkaji semula rancangan untuk mewujudkan perkhidmatan penerbangan ke Amsterdam dan destinasi Eropah yang lain. Pada tahun 2011, Garuda Indonesia secara rasmi menjadi sebuah syarikat awam yang disenaraikan di Bursa Saham Indonesia. Sehingga Disember 2013, sebanyak 69.14% saham Garuda Indonesia dimiliki oleh Kerajaan Indonesia, 0.4% oleh pekerjanya, 24.34% oleh pelabur domestik, dan 6.12% oleh pelabur antarabangsa. Untuk menyokong operasinya, Garuda Indonesia telah menubuhkan lima anak syarikat yang menawarkan produk/perkhidmatan yang akan menyokong perniagaan syarikat induk. Anak-anak syarikatnya ialah syarikat PT Abacus Distribution Systems Indonesia, syarikat PT Aero Travel, syarikat PT Garuda Maintenance Facility Aero Asia, syarikat PT Aero System Indonesia, dan syarikat PT Cilitink Indonesia. Pada 5 Mac 2014, Garuda Indonesia secara rasmi menyertai SkyTeam sebagai sebahagian daripada program pengembangan rangkaian antarabangsanya. Dengan berbuat demikian, Garuda Indonesia menjadi syarikat penerbangan Indonesia yang pertama untuk menyertai perikatan global ini. Dengan menjadi ahli SkyTeam, Garuda Indonesia telah membolehkan penumpang untuk terbang ke 1,064 destinasi di 178 negara dengan syarikat penerbangan ahli SkyTeam yang mengendalikan lebih daripada 15,700 penerbangan sehari dan mempunyai 564 ruang istirahat di seluruh dunia. Dalam mengendalikan perkhidmatan penerbangan, Garuda Indonesia mengendalikan 132 pesawat yang terdiri daripada dua pesawat Boeing 747-400, 11 pesawat Airbus A330-300, 11 pesawat Airbus A330-200, lima pesawat Boeing 737 Classic, 76 pesawat Boeing 737-800NG, 15 pesawat CRJ1000 NextGen, lapan pesawat ATR72-600 dan enam pesawat Boeing 777-300ER. Setiap pesawat telah diseragamkan, daripada pesawat Boeing B737-800NG dan pesawat Bombardier CRJ1000 NextGen disediakan untuk penerbangan jarak dekat dan serantau hingga pesawat Airbus A330-200 dan 300 bagi laluan penerbangan jarak sederhana. Hari ini, Garuda Indonesia melakukan penerbangan ke 64 destinasi terpilih yang merangkumi 44 bandar Indonesia dan 20 bandar raya global. Selain itu, Garuda Indonesia telah menandatangani perjanjian perkongsian kod dengan 14 syarikat penerbangan antarabangsa. Garuda Indonesia telah menjadi pengendali IATA Operational Safety Audit (IOSA) tersenarai sejak tahun 2008 kerana telah menggunakan standard keselamatan yang sama dengan ahli IATA antarabangsa yang lain.
Berikut ialah cara menempah tiket Garuda Indonesia secara dalam talian:
Pembayaran untuk tiket Garuda Indonesia anda boleh dibuat melalui kad kredit, perbankan internet, dan Tunai di Kaunter.
Untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran, sila layari halaman Cara Membayar.
E-tiket Garuda Indonesia ialah bukti tempahan penerbangan Garuda Indonesia. Tunjukkan e-tiket anda semasa daftar masuk di kaunter Garuda Indonesia di lapangan terbang, atau gunakannya untuk daftar masuk sendiri (di lapangan terbang atau secara dalam talian), untuk mendapatkan pas masuk anda. Jika anda belum menerima e-tiket dalam masa 60 minit selepas bayaran dijelaskan, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.
Garuda Indonesia
Lot S23 – S24, Level 4, KLIA main terminal Building,
64000, Sepang Selangor
(603) 87766054