PromosiPeti MasukSimpanTempahan Saya
MYR

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:

Pengesahan Diperlukan

Kami mendapati anda menggunakan peranti baru. Oleh itu, anda perlu mengesahkan akaun anda. Sila pilih di mana anda ingin menerima kod pengesahan anda:

1
2

Penerbangan

Laman Utama Pusat BantuanPenerbanganMaklumat PenerbanganPembatalan, Pembayaran Balik & Pengubahan

Cara Membatalkan Tempahan Penerbangan dan Mendapatkan Bayaran Balik

Sebelum membatalkan tempahan, sila semak sama ada pembayaran balik tersedia untuk tempahan anda. Hanya tekan pada e-tiket, tekan Pembayaran Balik, dan pilih Polisi.

  • Boleh Dibayar Balik bermaksud anda boleh mendapatkan bayaran balik untuk tempahan yang dibatalkan. Sila ambil perhatian bahawa pembatalan tertakluk pada fi yang dinyatakan dalam e-tiket.
  • Pembayaran Balik Separa bermaksud anda boleh mendapatkan bayaran balik salah satu penerbangan sahaja untuk tiket pergi-balik.
  • Tidak Boleh Dibayar Balik bermaksud anda tidak dapat menerima bayaran balik untuk sebarang pembatalan atau pengubahan tempahan.

Untuk membatalkan tempahan dan membuat permintaan bayaran balik, sila ikut langkah-langkah ini:

  1. Log masuk ke akaun Traveloka anda dan pergi ke Tempahan Saya.
  2. Pilih tempahan yang anda ingin batalkan.
  3. Tatal ke bahagian Urus Tempahan, kemudian tekan Pembayaran Balik.

Jika anda belum memiliki akaun Traveloka, sila Daftar sekarang. Pastikan anda mendaftar dengan alamat emel atau nombor telefon bimbit yang digunakan semasa membuat tempahan.

Sila ambil perhatian:

  • Jumlah bayaran balik yang anda terima mungkin berbeza mengikut polisi syarikat penerbangan, sebab permintaan, dan jarak tempoh antara tarikh permintaan bayaran balik dengan tarikh berlepas.
  • Untuk butiran lanjut mengenai polisi pembayaran balik penerbangan domestik di Indonesia, sila ikut langkah-langkah ini:
  1. Buka Prosedur Pembayaran Balik.
  2. Pergi ke tab Polisi Syarikat Penerbangan dan pilih syarikat penerbangan anda.
  3. Anda akan melihat butiran polisi pembayaran balik.
  • Anda akan dikenakan fi pembayaran balik IDR 30.000 / MYR 10 / SGD 3.5 / THB 80 / VND 50,000 / PHP 115 / AUD 28.
  • Proses pembayaran balik mengambil masa 14 hari bekerja untuk Indonesia dan 30 hari bekerja untuk Malaysia, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam, dan Australia. Proses ini bermula sebaik anda menerima emel pengesahan kami. Anda juga boleh menyemak proses pembayaran balik di Traveloka App dan laman web Traveloka.
  • Permintaan bayaran balik tidak boleh dihantar jika anda telah mendaftar masuk penerbangan secara dalam talian.
  • Anda tidak boleh membatalkan permintaan bayaran balik setelah permintaan tersebut dihantar. Untuk permintaan yang tidak disertakan dokumen sokongan lengkap (jika perlu), permintaan akan terbatal secara automatik.

Untuk maklumat lengkap mengenai proses pembayaran balik, sila kunjungi halaman Prosedur Pembayaran Balik. Jika anda menghadapi sebarang masalah dalam menghantar pembayaran balik, sila Hubungi Kami.

Artikel Berkaitan:

Menyemak Status Pembayaran Balik

Adakah artikel ini membantu?
Ya
Tidak
Perlukan bantuan lanjut?
Di mana jua anda berada, kami dapat dihubungi dengan hanya satu klik! Hubungi Kami
ALLSTAR TRAVEL & TOURS SDN. BHD. No. Pendaftaran 200001008213 (510819-T), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2019 Traveloka