amaran

Pusat Bantuan Traveloka

Kami di sini untuk membantu anda

Maklumat Umum
Maklumat Pembayaran Umum
Info Promosi
Kupon Traveloka
Pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR)
Panduan Traveloka
Mengenai Traveloka
Traveloka App
travelokaPay
Hubungi Kami
Maklumat Perhubungan

Soalan:

Di mana saya boleh mengetahui tentang tawaran promosi terkini?


Jawapan:

Pengguna bijak! Untuk terus dimaklumkan mengenai tawaran promosi terkini, sila layari halaman Promosi Traveloka atau memuat turun Traveloka App terkini dari Google Play Store (Android) atau App Store (iOS) secara PERCUMA.

Soalan:

Adakah saya perlu bayar untuk melanggan surat berita Traveloka?


Jawapan:

Tidak sama sekali! Langganan surat berita Traveloka adalah percuma. Dengan melanggan, anda akan menerima maklumat mengenai diskaun, tawaran terbaik dan maklumat terkini mengenai Traveloka melalui emel.

Soalan:

Adakah bayaran saya telah diterima?


Jawapan:

Untuk mengetahui status pembayaran anda, sila log masuk ke akaun anda dan teruskan ke Tempahan Saya.

Soalan:

Saya berjaya membuat tempahan dan telah menjelaskan bayaran sebelum had masa tamat. Mengapa saya belum terima pengesahan melalui emel?


Jawapan:

Sila periksa ruangan spam. Jika anda memerlukan bantuan selanjutnya, hubungi kami melalui emel di: cs@traveloka.com atau talian telefon +6015-4840-9469.

Bagaimana untuk membuat pembayaran tempahan saya?

Sila kunjungi halaman Cara Membayar untuk maklumat lengkap mengenai kaedah pembayaran.

Kaedah pembayaran yang diterima oleh Traveloka tertakluk pada jenis mata wang yang anda ingin gunakan.

Soalan:

Bolehkah saya membayar perkhidmatan tambahan atau perkhidmatan khas menggunakan kad kredit yang berbeza dengan kad yang saya gunakan semasa membuat tempahan?


Jawapan:

Ya, anda boleh membayar perkhidmatan tambahan atau permintaan khas menggunakan kad kredit yang berbeza dengan kad yang anda gunakan semasa membuat tempahan di Traveloka.

Soalan:

Mengapa transaksi kad kredit saya tidak berjaya?


Jawapan:

Kadang-kadang kami memerlukan masa yang lebih lama untuk memproses pembayaran anda. Jika transaksi pertama anda tidak berjaya, anda boleh cuba memuat semula halaman pembayaran. Sila pastikan anda telah memasukkan butiran kad kredit yang tepat sebelum membuat pembayaran sekali lagi.

Jika anda memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di talian +60-15-4840-9469.

Soalan:

Mengapa saya perlu masukkan Kata Laluan Sekali Guna (OTP) untuk meneruskan transaksi? Saya tidak pernah diminta melakukan perkara ini sebelum ini.


Jawapan:

Dalam keadaan tertentu, misalnya apabila bank pengeluaran kad kredit anda mengesan aktiviti transaksi luar biasa, maka transaksi anda perlu disahkan untuk memastikan bahawa anda merupakan pemegang kad kredit yang sah. Bagi pengguna di Malaysia, pemasukan OTP adalah wajib. Kesemua langkah ini dibuat untuk memastikan keselamatan pembayaran anda.

Bagaimana saya dapat menerima Kata Laluan Sekali Guna (OTP) untuk melengkapkan pembayaran?

Kata Laluan Sekali Guna (OTP) akan dihantar melalui SMS oleh bank yang mengeluarkan kad kredit. Apabila anda menerima kata laluan, masukkannya segera untuk memastikan kelancaran transaksi.

Soalan:

Bagaimana saya boleh mendapatkan resit atau invois cukai GST/VAT?


Jawapan:

Oleh sebab Traveloka bukan syarikat pemastautin cukai di Malaysia, kami tidak dapat mengeluarkan invois untuk pemulihan cukai di Malaysia.

Soalan:

Apakah kupon Traveloka?


Jawapan:

Kupon Traveloka ialah kod yang anda boleh masukkan semasa proses pembayaran. Kupon ini membolehkan anda menikmati diskaun untuk penerbangan atau hotel.

Soalan:

Bagaimana untuk mendapatkan kupon Traveloka?


Jawapan:

Traveloka mengedarkan kupon eksklusif kepada pelanggan surat berita dan semasa kempen promosi, jadi jangan ketinggalan! Langgan surat berita kami di sini sekarang.

Soalan:

Bagaimana untuk menggunakan kupon Traveloka?


Jawapan:

  1. Cari penerbangan/hotel
  2. Pilih dan tempah penerbangan/hotel
  3. Masukkan kod kupon di Halaman Pembayaran
  4. Lengkapkan transaksi

Soalan:

Apakah kaedah pembayaran yang diterima untuk transaksi dalam Ringgit Malaysia (MYR)?


Jawapan:

Traveloka menerima pembayaran melalui kad kredit (Visa, MasterCard, AMEX), Perbankan Internet (Maybank2u, CIMB Clicks, Public Bank (PBe), RHB Now, Hong Leong Connect, Bank Islam, HSBC, Standard Chartered, Affin Bank, Alliance Bank, AmBank, iRakyat, Bank Muamalat, OCBC, dan UOB) dan pembayaran tunai di 7-Eleven untuk transaksi dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Anda juga boleh membayar dalam Dolar Singapura (SGD), Baht Thai (THB), Rupiah Indonesia (IDR), Dolar AS (USD), Peso Filipina (PHP), dan Dong Vietnam (VND)!

Soalan:

Boleh jelaskan lebih lanjut mengenai Traveloka?


Jawapan:

Traveloka ialah salah satu platform tempahan penerbangan dan hotel yang terkemuka di Asia Tenggara, yang menawarkan lebih 100,000+ laluan dan 100,000+ hotel di Asia Pasifik. Kami berusaha bersungguh-sungguh untuk menawarkan tambang penerbangan dan kadar hotel paling rendah setiap hari!

Soalan:

Bagaimana untuk mendapatkan aplikasi Traveloka?


Jawapan:

Aplikasi Traveloka boleh dimuat turun melalui Google Play Store (Android) atau App Store (iOS) secara PERCUMA.

Soalan:

Mengapa saya tidak boleh muat turun Traveloka App di peranti Android saya?


Jawapan:

Untuk memasang Traveloka App di Android, peranti anda perlu menjalankan sistem operasi (OS) Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Pastikan juga bahawa peranti anda dihubungkan ke rangkaian 3G (paling minimum) atau WiFi yang stabil.

Soalan:

Mengapa saya tidak boleh muat turun Traveloka App ke peranti iOS saya?


Jawapan:

Untuk memasang Aplikasi Traveloka di iOS, peranti anda perlu menjalankan sistem operasi (OS) iOS 7. Pastikan juga bahawa peranti anda dihubungkan ke rangkaian 3G (paling minimum) atau WiFi yang stabil.

Soalan:

Adakah Traveloka App disediakan untuk peranti BlackBerry atau telefon pintar Windows?


Jawapan:

Buat masa ini, Aplikasi Traveloka hanya tersedia untuk Android dan iOS. Untuk sistem operasi lain, sila akses Traveloka melalui komputer desktop atau pelayar laman mudah alih.

Apakah itu travelokaPay?

travelokaPay ialah satu kaedah pembayaran secara menyeluruh yang disediakan untuk anda oleh Traveloka. Nikmati transaksi yang lancar dan mudah dengan menggunakan travelokaPay! Pengalaman anda semasa membuat tempahan menjadi lebih menyenangkan dengan harga muktamad Traveloka -- tiada caj tersembunyi, tiada fi tempahan. Untuk menikmati ciri ini, pastikan anda telah mengemas kini Traveloka App anda ke versi 2.9.

Sila kunjungi halaman Kenali travelokaPay untuk mengetahui lebih lanjut.

Apakah itu Kad Saya oleh travelokaPay?

Kad Saya ialah kaedah pembayaran terpantas dari Traveloka. Dengan mendaftar pada Kad Saya, anda tidak perlu mengisi butiran anda berulang kali. Dalam kata lain, tempahan anda akan selesai diproses dalam masa kurang daripada 60 saat!

Adakah Kad Saya tersedia untuk semua kaedah pembayaran?

Sebagai satu kaedah pembayaran, Kad Saya hanya tersedia untuk pembayaran dengan kad kredit.

Bagaimanakah Traveloka memastikan butiran kad kredit saya selamat?

Traveloka menjamin keselamatan data kad kredit anda dengan menggunakan keselamatan data dan piawai enkripsi yang terkemuka dalam industri (teknologi keselamatan 256-bit yang 100% mematuhi PCI).

Apakah jenis-jenis kad kredit yang boleh digunakan di Kad Saya?

Traveloka menerima penggunaan Visa dan MasterCard di Kad Saya.

Berapa banyakkah kad kredit yang boleh saya simpan di Kad Saya?

Anda boleh menyimpan sehingga 3 (tiga) kad kredit dalam akaun anda.

Bolehkah saya padamkan kad kredit yang telah didaftarkan?

Ya, tentu sekali. Anda boleh padam, tambah, atau ubah maklumat kad kredit yang didaftarkan, pada bila-bila masa, kerana kemudahan anda adalah keutamaan kami.

Bolehkah saya menggunakan Kad Saya melalui telefon mudah alih?

Sudah tentu! Kad Saya telah dioptimumkan untuk Traveloka App yang boleh anda muat turun secara percuma di telefon mudah alih anda.

Bagaimana cara untuk menghubungi Traveloka?

Khidmat Pelanggan kami bersedia membantu anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Sila berhubung dengan kami melalui mana-mana cara yang berikut:

  1. Emel: Hantar pertanyaan anda melalui borang ini. Kami akan memberi maklum balas mengenai maklumat yang anda perlukan dengan secepat mungkin.
    Ingin menggunakan sistem emel anda sendiri? cs@traveloka.com
  2. Perbualan Langsung melalui komputer desktop
  3. Telefon: +60-15-4840-9469 (boleh dihubungi dalam Malaysia sahaja. Untuk nombor tempatan yang lain, klik di sini)

Untuk maklumat lanjut, pergi ke Hubungi Kami.

Saya tidak ingin terlepas sebarang notifikasi mengenai Traveloka. Apa yang harus saya lakukan?

Untuk mendapatkan maklumat dan promosi kami yang terkini, ikuti kami di media sosial kami: Facebook, Twitter.

Untuk maklumat lanjut, pergi ke Hubungi Kami.

Maklumat Penerbangan
Maklumat Umum
Carian Penerbangan
Tempahan Penerbangan
Harga Tiket Penerbangan
Insurans Perjalanan
Kemudahan Kelas Perniagaan
Pembatalan, Pembayaran Balik & Pengubahan
Daftar Masuk Laman Web

Soalan:

Adakah penumpang memerlukan pasport untuk penerbangan domestik dengan transit luar negara?


Jawapan:

Ya. Pasport diperlukan untuk penerbangan domestik dengan transit luar negara.

Soalan:

Tempoh sah pasport saya kurang daripada 6 bulan. Adakah ia masih sah untuk penerbangan antarabangsa?


Jawapan:

Mohon maaf, pasport anda tidak sah untuk penerbangan antarabangsa. Sila semak peraturan terperinci di negara destinasi dan juga negara pengeluar pasport.

Soalan:

Berapakah had umur yang dibenarkan bagi bayi untuk menaiki penerbangan?


Jawapan:

Setiap syarikat penerbangan menetapkan polisi berbeza untuk penumpang bayi. Sila hubungi syarikat penerbangan secara terus untuk maklumat lanjut.

Bagaimana saya boleh menambah nombor penumpang kerap (frequent flyer) saya?

Sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di talian +60-15-4840-9469 untuk menambah nombor penumpang kerap anda. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Syarikat Penerbangan atau memasukkan nombor tersebut semasa daftar masuk melalui laman web.

Mengapa saya belum menerima e-tiket saya?

Terdapat beberapa sebab mengapa e-tiket anda belum dikeluarkan:

  • Jumlah bayaran bukan jumlah tepat yang dinyatakan pada invois
  • Pembayaran dibuat selepas anda melebihi had masa pembayaran
  • Terdapat kelewatan dalam proses pengesahan pembayaran anda disebabkan gangguan dalam sistem bank
  • Terdapat kelewatan dalam pengeluaran e-tiket anda disebabkan gangguan dalam sistem syarikat penerbangan

Jika e-tiket anda belum dikeluarkan walaupun anda telah menjelaskan bayaran, sila muat naik bukti pembayaran dan sila tunggu maks. 60 minit. Jika pembayaran yang anda buat mengikut jumlah nominal dan tidak melebihi had masa yang diberikan, e-tiket anda akan dikeluarkan.

Di manakah saya boleh mendapatkan e-tiket dan resit saya?

E-tiket dan resit anda akan dikeluarkan dalam masa 60 minit selepas bayaran anda disahkan. Sebaik sahaja e-tiket dan resit bayaran anda dikeluarkan, ia akan dihantar ke alamat emel perhubungan anda.

Anda juga boleh mendapatkan e-tiket dan resit anda dengan log masuk ke akaun Traveloka anda dan pergi ke Tempahan Saya. Anda boleh berbuat demikian melalui Traveloka App, atau laman web Traveloka dengan menggunakan komputer riba atau peranti mudah alih anda. Jika anda tidak memiliki akaun Traveloka, anda boleh mendapatkan e-tiket dan resit dengan mengklik Akses Tempahan di halaman utama Traveloka (komputer desktop dan laman mudah alih).

Bagaimana saya boleh melihat butiran penerbangan saya?

Jika anda telah log masuk ke akaun Traveloka anda, anda boleh mendapatkan semua maklumat penerbangan anda melalui Tempahan Saya. Jika tidak, anda boleh melihatnya melalui Akses Tempahan di halaman utama Traveloka. Selain itu, butiran penerbangan anda boleh didapati dalam emel yang kami hantarkan e-tiket dan juga pada e-tiket anda.

Jika anda masih tidak menemui maklumat yang anda cari, sila hubungi Khidmat Pelanggan Traveloka.

Soalan:

Bagaimana untuk mengetahui jika tempahan saya sudah disahkan?


Jawapan:

Sebaik sahaja bayaran diterima, anda akan menerima emel pengesahan. Emel ini mengandungi baucar hotel dan butiran jadual perjalanan.

Bagaimanakah saya boleh menempah penerbangan melalui Traveloka?

Anda boleh menempah penerbangan dengan memasukkan destinasi dan tempoh perjalanan di ruang carian pada Laman Utama Traveloka.

Untuk arahan yang lengkap, kunjungi halaman Cara Menempah.

Soalan:

Bolehkah saya beli secara terus di pejabat Traveloka? Di manakah lokasinya di kawasan saya?


Jawapan:

Mohon maaf, Traveloka tidak menjalankan transaksi melalui telefon atau kaunter jualan. Anda boleh menempah penerbangan dan hotel dengan memasukkan destinasi dan tempoh perjalanan/penginapan di ruang carian pada laman web kami di Traveloka.com.

Soalan:

Mengapakah tempahan melalui Traveloka lebih murah berbanding tempahan melalui kebanyakan laman web lain?


Jawapan:

Sebabnya, kami berusaha bersungguh-sungguh untuk berunding dengan syarikat penerbangan bagi menyediakan harga rendah setiap hari untuk anda. Selain itu, dengan teknologi Traveloka yang cekap dan selamat, Traveloka boleh menawarkan harga rendah yang dapat anda lihat di laman kami.

Soalan:

Berapakah kadar yang dikenakan oleh Traveloka untuk fi tempahan?


Jawapan:

Traveloka TIDAK mengenakan apa-apa fi tempahan untuk semua kaedah pembayaran. Apa yang anda lihat adalah apa yang anda bayar, TANPA caj tersembunyi sama sekali.

Soalan:

Selain Jumlah Harga yang tertera di halaman Hasil Carian, adakah apa-apa bayaran tambahan dikenakan?


Jawapan:

Tidak. Semua harga yang dipaparkan adalah muktamad. Jumlah Harga ialah jumlah paling rendah yang perlu dibayar, kecuali terdapat khidmat tambahan seperti bagasi dan hidangan, yang merupakan pilihan anda.

Soalan:

Boleh saya tahu, syarikat penerbangan manakah yang telah menyertakan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) atau cukai lapangan terbang dalam tiket mereka?


Jawapan:

SEMUA syarikat penerbangan sudah memasukkan PSC atau cukai lapangan terbang dalam harga tiket, oleh itu, harga yang anda lihat pada e-tiket Traveloka anda adalah muktamad.

Soalan:

Saya menemui beberapa tiket penerbangan promosi di Internet, akhbar dan blog Traveloka, tetapi saya tidak dapat menemuinya dalam hasil carian. Kenapa perkara ini berlaku?


Jawapan:

Perkara ini mungkin berlaku disebabkan jumlah tiket promosi yang terhad. Untuk memastikan anda mendapat tiket promosi, cara terbaik adalah dengan menempah serta-merta, atau sebaik sahaja tawaran itu muncul dalam hasil carian.

Soalan:

Mengapa harga tiket berubah dari masa ke masa?


Jawapan:

Untuk memudahkan proses tempahan penerbangan anda, maklumat harga tiket disimpan buat sementara waktu. Apabila anda beralih ke halaman pembayaran, harga mungkin berubah apabila ia disesuaikan dengan sistem syarikat penerbangan.

Soalan:

Adakah tambang bagi kanak-kanak dan bayi berbeza?


Jawapan:

Mengikut peraturan penerbangan antarabangsa, terdapat 3 kategori penumpang: Dewasa (umur 12 tahun ke atas), Kanak-kanak (umur 2-12 tahun) dan Bayi (di bawah umur 2 tahun). Harga setiap kategori mungkin berbeza mengikut polisi setiap syarikat penerbangan.

Sila hubungi syarikat penerbangan secara terus untuk maklumat lebih terperinci.

Berapakah kos untuk menaik taraf kelas perjalanan?

Ini bergantung pada laluan penerbangan, ketersediaan tempat duduk, dan perbezaan tempoh tarikh berlepas. Biasanya, semakin rendah tiket subkelas, semakin tinggi kos penaiktarafan. Kos juga lebih tinggi jika anda telah menempah penerbangan antara benua.

Soalan:

Adakah harga tiket penerbangan merangkumi insurans perjalanan?


Jawapan:

Itu bergantung pada polisi syarikat penerbangan. Untuk membeli tambahan seperti insurans, anda boleh berbuat demikian semasa daftar masuk dalam talian atau dengan menghubungi terus pusat panggilan syarikat penerbangan. Buat masa sekarang, Traveloka tidak menawarkan insurans perjalanan bagi negara anda.

Apakah manfaat penerbangan Kelas Perniagaan?

Nikmati keselesaan dan perkhidmatan keutamaan daripada anak-anak kapal kabin. Kelas Perniagaan menawarkan kualiti hidangan kelas pertama, tempat duduk yang lebih luas, kemudahan yang lebih lengkap, dan anak-anak kapal kabin yang berdedikasi. Kelas Perniagaan juga menyediakan peruntukan bagasi tambahan kepada penumpang, dan juga kemudahan lain seperti barisan daftar masuk yang lebih pendek, akses ruang istirahat VIP, dan muatan turun bagasi yang lebih cepat di lapangan terbang. Sesetengah kemudahan mungkin berbeza antara syarikat penerbangan, bergantung pada jenis pesawat dan tempoh masa penerbangan (cth. penerbangan jarak jauh atau jarak dekat).

Bagaimana cara untuk mengemukakan permintaan khas sebelum menaiki penerbangan Kelas Perniagaan (cth. hidangan istimewa)?

Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan kami di talian +60-15-4840-9469 untuk mengemukakan permintaan anda. Sila maklumkan kepada kami butiran permintaan anda dan kami akan cuba memenuhi permintaan anda!

Adakah saya mempunyai barisan khas untuk daftar masuk?

Ya! Kebanyakan syarikat penerbangan menawarkan barisan daftar masuk khusus untuk penumpang Kelas Pertama/Perniagaan mereka. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kakitangan di kaunter daftar masuk syarikat penerbangan berkenaan.

Saya telah menempah penerbangan Kelas Perniagaan melalui Traveloka. Bolehkah saya memilih tempat duduk saya?

Sudah tentu! Anda boleh memilih tempat duduk anda semasa daftar masuk melalui laman web, atau meminta tempat duduk yang anda inginkan di kaunter daftar masuk lapangan terbang.

Bagaimana saya dapat masuk ke ruang istirahat Kelas Perniagaan/Kelas Pertama/Kelas Premium di lapangan terbang?

Anda tidak perlu lagi menunggu di restoran atau bilik menunggu yang penuh sesak semasa waktu perlepasan atau pertukaran! Setiap penumpang Kelas Perniagaan dan Kelas Pertama boleh mengakses ruang istirahat dan menikmati kemudahannya tanpa bayaran tambahan. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hanya tunjukkan pas masuk anda pada meja depan di ruang istirahat. Nikmati minuman percuma, selain internet berkelajuan tinggi, kawasan yang tenang, bilik mandi dan kemudahan tambahan lain seperti surat khabar dan majalah di ruang istirahat.

Bagaimana cara untuk membuat permintaan penaiktarafan penerbangan?

Untuk laluan domestik, anda boleh menaik taraf kepada Kelas Perniagaan dengan menghubungi Pusat Panggilan Syarikat Penerbangan. Ejen berkenaan akan memaklumkan anda kos menaik taraf dan cara untuk menjelaskan bayaran. Untuk makluman anda, syarikat penerbangan Indonesia yang menyediakan Kelas Perniagaan termasuk Garuda Indonesia, Batik Air dan Sriwijaya Air.

Untuk penerbangan antarabangsa, anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Syarikat Penerbangan atau Khidmat Pelanggan Traveloka. Khidmat Pelanggan kami akan membimbing anda mengenai langkah-langkah seterusnya.

Bolehkah saya menurunkan taraf kelas?

Maaf, anda tidak boleh menurunkan taraf kelas perjalanan melalui Traveloka. Jika anda ingin berbuat demikian, anda perlu menghubungi syarikat penerbangan berkenaan secara terus. Sila ambil perhatian bahawa penurunan taraf kelas perjalanan bergantung pada ketersediaan tempat duduk, dan perbezaan tambang tidak akan dibayar balik.

Bolehkah saya mengubah tempahan penerbangan saya?

Ya, anda boleh mengubah atau membatal tempahan anda melalui menu Tempahan Saya dalam akaun anda. Untuk pembatalan, sila log masuk dan pilih tempahan yang ingin anda batalkan. Kemudian, klik pada simbol/ikon Pembayaran balik tempahan tersebut.

Jika anda ingin mengubah jadual penerbangan anda, anda boleh mencuba ciri terbaru kami, Easy Reschedule. Untuk mengetahui cara penggunaannya, layari panduan lengkap ini untuk Easy Reschedule. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi syarikat penerbangan tersebut secara terus untuk mengubah tarikh penerbangan anda.

Bolehkah saya membatalkan tempahan saya dan mendapatkan bayaran balik?

Untuk maklumat lengkap berkaitan dengan pembayaran balik, sila kunjungi halaman Prosedur Pembayaran Balik. Semua bayaran balik hendaklah diproses melalui Traveloka. Dengan memohon bayaran balik, tempahan anda terbatal secara automatik.

Soalan:

Apakah status pembayaran balik saya?


Jawapan:

Untuk mengetahui status pembayaran balik anda, sila pilih Tempahan Saya di akaun Traveloka anda. Jika anda menggunakan aplikasi Traveloka, sila log masuk dan teruskan ke Bayaran Balik Saya.

Soalan:

Adakah saya akan mendapat bayaran balik untuk semua pembatalan tiket?


Jawapan:

Syarikat penerbangan seperti AirAsia, Citilink, Firefly, Jetstar dan Tigerair hanya menyediakan bayaran balik untuk pembatalan oleh syarikat penerbangan tersebut. Tiket promosi tidak boleh dibayar balik. Sila pastikan bahawa anda telah baca dan faham polisi syarikat penerbangan tersebut.

Selain syarat di atas, anda boleh mendapatkan bayaran balik melalui menu Tempahan Saya dalam akaun anda. Seterusnya, klik/tekan Pembayaran Balik pada tempahan yang ingin dibatalkan.

Jika anda mengalami sebarang kesulitan, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami di +60-15-4840-9469.

Soalan:

Bagaimana cara untuk mengubah masa dan tarikh penerbangan (penjadualan semula penerbangan)?


Jawapan:

Anda boleh mengubah jadual perjalanan penerbangan anda dengan mudah melalui Easy Reschedule. Ketahui lebih lanjut mengenai Easy Reschedule di sini.

Soalan:

Saya tidak memasukkan nama saya dengan betul, bagaimana cara mengubahnya?


Jawapan:

Nama penumpang boleh diubah, tetapi hanya untuk syarikat penerbangan tertentu. Sila rujuk polisi setiap syarikat penerbangan di halaman Pengubahan Penerbangan.

Soalan:

Bagaimana untuk mendaftar masuk secara dalam talian?


Jawapan:

  1. Layari laman daftar masuk syarikat penerbangan: AirAsia, Air France, Asiana, Bangkok Airways, Batik Air, Cathay Pacific, China Southern, Citilink, Etihad, Firefly, Garuda Indonesia, Jetstar, KLM, Lufthansa, Lion Air (laluan domestik), Malaysia Airlines, Malindo Air, Singapore Airlines, Thai Airways, Tiger Air, Vietnam Airlines.
  2. Masukkan Nombor Rujukan (PNR) atau Nama Akhir Penumpang.
  3. Lengkapkan butiran daftar masuk.
  4. Apabila daftar masuk secara dalam talian lengkap, cetak pas masuk.

Soalan:

Mengapa saya tidak boleh daftar masuk secara dalam talian?


Jawapan:

Penumpang Aviastar, Kalstar Aviation, NAM Air, Sriwijaya Air, Trigana Air, Wings Air dan Xpress Air perlu daftar masuk di kaunter di lapangan terbang. Penumpang syarikat penerbangan lain boleh daftar masuk secara dalam talian.

Maklumat Hotel
Carian Hotel
Tempahan Hotel
Kadar Hotel
Insurans Perjalanan
Kemudahan Hotel
Permintaan Khas
Pembatalan, Pembayaran Balik & Pengubahan
Ulasan Tetamu
Polisi Hotel
Bagaimana saya boleh menempah hotel melalui Traveloka?

Anda boleh menempah hotel dengan memasukkan destinasi dan tempoh penginapan di ruang carian pada Laman Utama Traveloka.

Untuk arahan yang lengkap, kunjungi halaman Cara Menempah.

Bagaimana saya boleh mendapatkan baucar hotel? Adakah resit akan dikeluarkan?

Selepas melengkapkan transaksi, baucar hotel dan resit akan dikirim melalui emel sebagai lampiran. Anda juga boleh akses baucar hotel anda di Tempahan Saya setelah anda log masuk ke akaun anda di Traveloka App atau laman web Traveloka.

Mengapa saya belum menerima baucar hotel saya?

Terdapat beberapa sebab mengapa baucar hotel anda belum dikeluarkan:

  • Jumlah bayaran bukan jumlah tepat yang dinyatakan pada invois
  • Pembayaran dibuat selepas anda melebihi had masa pembayaran
  • Terdapat kelewatan dalam proses pengesahan pembayaran anda disebabkan gangguan dalam sistem bank

Jika baucar anda belum dikeluarkan walaupun anda telah menjelaskan bayaran, sila muat naik bukti pembayaran dan sila tunggu maks. 60 minit. Jika pembayaran yang anda buat mengikut jumlah nominal dan tidak melebihi had masa yang diberikan, baucar anda akan dikeluarkan.

Bagaimana untuk mengetahui jika tempahan saya sudah disahkan?

Sebaik sahaja bayaran diterima, anda akan menerima emel pengesahan. Emel ini mengandungi baucar hotel dan butiran jadual perjalanan.

Semasa daftar masuk, adakah saya perlu membayar deposit?

Ini bergantung pada polisi hotel. Sila baca polisi hotel di bahagian bawah setiap halaman hotel. Jika anda menggunakan Traveloka App, tekan Lihat Butiran di akhir halaman hotel untuk mendapatkan polisi hotel.

Bolehkah saya menempah bilik untuk setengah hari (contohnya dari pagi hingga petang)?

Permintaan ini tidak dapat ditunaikan. Tempoh penginapan minimum ialah satu hari.

Bagaimana cara untuk menempah bagi satu kumpulan tetamu?

Melalui Traveloka, anda boleh tempah maksimum sebanyak 8 bilik untuk satu tempahan.

Bolehkah saya beli secara terus di pejabat Traveloka? Di manakah lokasinya di kawasan saya?

Mohon maaf, Traveloka tidak menjalankan transaksi melalui telefon atau kaunter jualan. Anda boleh menempah penerbangan dan hotel dengan memasukkan destinasi dan tempoh perjalanan/penginapan di ruang carian pada laman web kami di Traveloka.com.

Soalan:

Apakah yang termasuk dalam setiap harga yang dipaparkan?


Jawapan:

Harga yang dipaparkan meliputi semua kemudahan yang dipaparkan di halaman hotel. Maklumat lanjut boleh didapati di halaman tempahan, halaman pengesahan dan emel pengesahan.

Soalan:

Di halaman hotel, adakah harga disenaraikan untuk kadar satu malam atau untuk seorang tetamu?


Jawapan:

Semua harga yang disenaraikan di halaman hotel ialah kadar untuk satu malam, namun ada hotel yang menetapkan kadar untuk seorang tetamu.

Soalan:

Adakah harga ini termasuk cukai?


Jawapan:

Ya, semua harga yang dipaparkan adalah muktamad dan termasuk cukai. Anda tidak akan mendapat kejutan harga di akhir transaksi kerana harga yang dipaparkan tiada caj tersembunyi.

Soalan:

Adakah harga termasuk sarapan?


Jawapan:

Ini bergantung pada polisi hotel dan jenis bilik. Ikon sarapan akan muncul jika harga termasuk sarapan.

Soalan:

Apakah maksudnya apabila harga ditandai dengan garis batal?


Jawapan:

Maksudnya harga telah menjadi lebih murah daripada harga biasa yang ditawarkan oleh hotel.

Soalan:

Adakah Traveloka menawarkan harga istimewa untuk ahli?


Jawapan:

Ya. Sesiapa sahaja yang menyertai Traveloka dan memiliki akaun akan menerima harga istimewa.

Soalan:

Adakah kadar bayaran tambahan dikenakan untuk kanak-kanak?


Jawapan:

Harga yang dipaparkan di hasil carian tidak termasuk kadar bayaran untuk kanak-kanak. Sila hubungi hotel secara terus kerana ini bergantung pada polisi hotel.

Soalan:

Adakah harga hotel merangkumi insurans perjalanan?


Jawapan:

Itu bergantung pada polisi hotel. Buat masa sekarang, Traveloka tidak menawarkan insurans perjalanan bagi negara anda.

Soalan:

Bolehkah saya tinggalkan bagasi di hotel sebelum daftar masuk atau selepas daftar keluar?


Jawapan:

Sesetengah hotel menyediakan kemudahan penyimpanan bagasi. Hubungi hotel secara terus untuk mengetahui sama ada khidmat ini disediakan.

Soalan:

Bagaimana untuk mengetahui kemudahan yang disediakan di hotel?


Jawapan:

Kemudahan utama hotel (kolam renang, WiFi percuma, tempat letak kereta, dll.) dipaparkan di halaman hotel manakala kemudahan bilik (TV, penyaman udara, pengering rambut, dll.) disenaraikan secara terperinci dalam keterangan bilik. Peraturan dan syarat yang ditetapkan hotel - seperti polisi pembatalan, syarat umur daftar masuk, dan permintaan sijil perkahwinan - turut dinyatakan dalam keterangan bilik. Kesemua maklumat di atas juga dipaparkan pada baucar hotel anda.

Soalan:

Bagaimana untuk mengetahui jika hotel menyediakan kemudahan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU)?


Jawapan:

Maklumat ini tertera di Keterangan Hotel di setiap halaman hotel. Sekiranya ia tidak dinyatakan, sila hubungi hotel secara terus untuk maklumat lanjut.

Soalan:

Boleh saya minta katil tambahan?


Jawapan:

Ya. Sila hubungi hotel secara terus atau maklumkan kepada kakitangan hotel semasa daftar masuk. Bayaran untuk katil tambahan dibuat secara terus di hotel.

Soalan:

Bagaimana cara untuk mengemukakan permintaan khas (contohnya pengangkutan ke lapangan terbang, bilik dengan pemandangan laut, katil tambahan, dsb.)?


Jawapan:

Anda boleh menyatakan permintaan khas dalam borang tempahan. Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda, tetapi sila ambil perhatian bahawa hal ini bergantung pada ketersediaan hotel.

Soalan:

Bagaimana untuk menempah tempat letak kereta?


Jawapan:

Jika hotel menyediakan lot letak kereta, kami menyarankan agar anda menghubungi hotel secara terus untuk tempahan tempat letak kereta.

Soalan:

Bagaimana untuk mengetahui jika hotel menyediakan khidmat pengangkutan? Bagaimana cara untuk membuat permintaan perkhidmatan sedemikian?


Jawapan:

Maklumat ini disediakan dalam Keterangan Hotel di setiap halaman hotel. Kami menyarankan agar anda menghubungi hotel secara terus, contohnya, jika anda ingin dijemput di lapangan terbang.

Soalan:

Saya menempah satu bilik yang tidak disertakan dengan sarapan percuma. Bagaimana cara untuk meminta sarapan?


Jawapan:

Ini boleh dijalankan semasa daftar masuk. Anda boleh membayar untuk sarapan secara terus kepada hotel. Sila hubungi pihak hotel untuk kepastian.

Untuk mengelakkan hal ini pada tempahan yang berikutnya, sila pastikan anda menempah bilik hotel yang disertakan sarapan. Anda akan dapat melihat maklumat ini pada butiran bilik.

Bolehkah saya mengubah tempoh penginapan saya?

Jika anda ingin mengubah tempoh penginapan anda, anda boleh membatalkan tempahan hotel anda terlebih dahulu. Kemudian, tempah tarikh lain yang sesuai dengan anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sesetengah bilik hotel tidak boleh dibayar balik manakala sesetengah lagi mungkin mengenakan fi pembatalan.

Bolehkah saya membatalkan tempahan hotel saya?

Ya, anda boleh membatalkan tempahan anda melalui menu Tempahan Saya dalam akaun anda. Untuk pembatalan, sila log masuk dan pilih tempahan yang ingin anda batalkan. Kemudian, klik pada simbol/ikon Pembayaran balik tempahan tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa tidak semua tempahan hotel boleh dibatalkan. Pastikan anda telah membaca dan memahami polisi hotel berkenaan. Sesetengah bilik hotel tidak boleh dibayar balik manakala sesetengah lagi mungkin mengenakan fi pembatalan.

Soalan:

Apakah status pembayaran balik saya?


Jawapan:

Untuk mengetahui status pembayaran balik anda, sila pilih Tempahan Saya di akaun Traveloka anda. Jika anda menggunakan aplikasi Traveloka, sila log masuk dan teruskan ke Bayaran Balik Saya.

Soalan:

Adakah saya akan dikenakan bayaran untuk membatalkan tempahan?


Jawapan:

Setiap bilik tertakluk pada polisi pembatalan berbeza. Pastikan perkara ini dengan meneliti emel pengesahan yang dihantar kepada anda dari Traveloka.

Soalan:

Di mana saya boleh dapatkan polisi pembatalan?


Jawapan:

Polisi pembatalan ditunjukkan di laman tempahan hotel. Apabila anda melengkapkan transaksi anda, maklumat ini boleh ditemui dalam emel pengesahan dari Traveloka.

Soalan:

Bagaimana untuk mengetahui jika tempahan saya sudah dibatalkan?


Jawapan:

Anda akan menerima emel berhubung pembatalan tempahan. Sila semak emel anda termasuk ruang spam atau hubungi kami secara terus.

Soalan:

Bagaimana untuk mengemukakan ulasan hotel?


Jawapan:

Anda akan menerima emel daripada kami dalam masa beberapa hari selepas mendaftar keluar, yang akan membimbing anda untuk mengulas penginapan hotel anda.

Soalan:

Adakah semua orang boleh mengemukakan ulasan?


Jawapan:

Ya. Semua orang yang pernah menempah hotel melalui Traveloka akan menerima emel untuk mengulas penginapan hotel mereka.

Soalan:

Bolehkah saya sunting semula ulasan saya?


Jawapan:

Harap maaf, anda tidak boleh menyunting semula ulasan yang telah dikemukakan.

Soalan:

Mengapakah ulasan saya masih belum disiarkan?


Jawapan:

Kami mohon maaf. Mungkin ulasan anda mengandungi komen tidak wajar yang mungkin menyinggung perasaan atau menimbulkan isu berkaitan etnik, kumpulan sosial, agama atau kaum. Sekiranya ia merupakan kesalahan dari pihak kami, atau sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut, sila hubungi Khidmat Pelanggan kami.

Soalan:

Adakah Traveloka akan meminda ulasan?


Jawapan:

Traveloka mengawal setiap ulasan untuk mengelakkan komen tidak wajar yang mungkin menyinggung perasan atau menimbulkan isu berkaitan etnik, kumpulan masyarakat, agama atau kaum. Kami tidak meminda ulasan tetamu, melainkan jika ia tidak wajar. Sekiranya perlu, hanya sedikit pindaan akan dibuat.

Soalan:

Adakah Traveloka menjadi rakan kongsi hotel?


Jawapan:

Ya, Traveloka menjadi rakan kongsi secara terus dengan hotel. Selain itu, Traveloka juga menjadi rakan kongsi rasmi pihak ketiga yang lain.

Soalan:

Bolehkah saya daftar masuk jika saya tiba di hotel lebih lewat dari masa yang ditetapkan?


Jawapan:

Ya. Anda masih boleh mendaftar masuk untuk ketibaan lewat. Bagaimanapun, kami cadangkan agar anda maklumkan kepada hotel terlebih dahulu mengenai kelewatan tiba di hotel.

Soalan:

Bagaimana saya boleh lihat masa daftar masuk/keluar untuk setiap hotel?


Jawapan:

Anda boleh lihat masa daftar masuk/keluar di bahagian keterangan pada setiap halaman hotel dan di baucar hotel.

Soalan:

Bagaimana saya boleh cari maklumat mengenai kemudahan hotel?


Jawapan:

Kemudahan hotel dipaparkan di halaman setiap hotel dan jenis bilik. Untuk mendapatkan keterangan penuh untuk setiap hotel, sila klik Kemudahan hotel di bawah butang Tempah Sekarang. Jika anda menggunakan Traveloka App, tekan Lihat Semua Kemudahan di halaman hotel.

Soalan:

Bagaimana cara untuk menempah bilik bagi perokok jika ia hanya menawarkan bilik bebas rokok?


Jawapan:

Jika anda tidak menemui apa-apa bilik untuk perokok, ini bermakna ia tidak disediakan oleh hotel tersebut. Sila hubungi hotel tersebut secara terus untuk mendapatkan kepastian.

Soalan:

Adakah hotel membenarkan tetamu membawa haiwan peliharaan?


Jawapan:

Ini bergantung pada polisi hotel. Sila baca polisi hotel di bahagian bawah setiap halaman hotel. Jika anda menggunakan Traveloka App, tekan Lihat Butiran di akhir halaman hotel untuk mendapatkan polisi hotel.