Total Accommodation | 2,815 Properties |
Popular Area | Kyoto-shi, Kyotanabe |
Popular Hotel | Four Seasons Hotel Kyoto, Park Hyatt Kyoto |
Popular Landmark | Gion Corner, Kyoto Tower |
Hotel paling popular yang ditempah oleh pelancong ialah Four Seasons Hotel Kyoto, Park Hyatt Kyoto, HOTEL THE MITSUI KYOTO, a Luxury Collection Hotel & Spa, ROKU Kyoto LXR Hotels and Resorts, Hotel Granvia Kyoto, Garrya Nijo Castle Kyoto, THE BLOSSOM KYOTO, Hotel Vischio Kyoto by GRANVIA , Mitsui Garden Hotel Kyoto Kawaramachi Jokyoji, The Royal Park Hotel Iconic Kyoto.
Buat masa ini, terdapat sekitar 2,815 hotel yang boleh anda tempah di Kyoto
Apabila menyebut tentang Kyoto, imej pertama yang timbul di minda kebanyakan pelancong adalah gadis-gadis berkimono yang berjalan menyusuri laluan kedai-kedai lama dan juga hutan buluh di Arashiyama. Kyoto pernah menjadi ibu negara dan juga daerah diraja di Jepun, sebelum dipindahkan kepada Tokyo. Kyoto kini dianggap sebagai pusat kebudayaan Jepun dan kian menjadi tarikan utama pelancong ke Jepun.
Kaedah paling mudah untuk ke Kyoto dari Malaysia adalah dengan menaiki penerbangan ke Osaka ataupun ke Tokyo. Kyoto yang terletak dalam wilayah Kansai adalah lebih mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil penerbangan terus ke Osaka. Dari Osaka, anda mempunyai pilihan untuk menaiki keretapi ataupun bas, namun biasanya penduduk di Jepun akan menggunakan keretapi kerana kedudukan Kyoto yang amat hampir dengan Osaka. Penerbangan daripada Kuala Lumpur, sama ada dari KLIA 1 ataupun KLIA 2 akan mengambil lebihkurang tujuh jam untuk tiba ke Osaka dan juga Tokyo. Dari Osaka, anda hanya perlu menaiki keretapi selama 30 minit dan akan terus tiba di Kyoto. Bagi mereka yang turun di Tokyo pula, anda boleh menaiki keretapi laju, shinkansen, yang akan mengambil lebih kurang 3 jam, bergantung kepada kelajuan keretapi ataupun menaiki bas malam yang mengambil lebih kurang tujuh hingga lapan jam.
Pengankutan utama yang menjadi pilihan ramai penduduk Jepun dan juga penduduk Kyoto ialah keretapi. Keretapi di Kyoto terbahagi kepada beberapa laluan termasuklah laluan Hankyu, JR, Kyoto Metro, Keihan, Kintetsu, Keifuku, Eizan dan lain-lain. Laluan keretapi yang banyak ini menghubungkan hampir keseluruhan kawasan utama di Kyoto.
Bagi mereka yang mempunyai lebih banyak masa dan juga ingin menjimatkan wang, anda boleh mencuba bas awam yang terdapat di Kyoto. Bas ke lokasi-lokasi utama di Kyoto boleh dinaiki di hadapan stesen keretapi Kyoto. Anda juga boleh membeli tiket bas kegunaan seharian dan untuk membolehkan anda ke mana jua dalam sehari.
Kinkaku-ji atau nama rasminya Rokuon-ji yang sebenarnya bermaksud kuil taman rusa, merupakan kuil zen buddha di Kyoto. Kinkakuji merupakan salah satu daparipada 17 monumen bersejarah di Kyoto yang dikategorikan sebagai tapak sejarah UNESCO. Kinkaku-ji amat sesuai dilawati pada bila-bila masa sahaja kerana setiap musim akan menawarkan persekitaran yang berbeza.
Kiyomizu-dera yang bermaksud kuil air murni merupakan antara kuil paling penting di Jepun. Kuil ini dijumpai pada tahun 780 berhampiran air terjun Otowa. Kuil ini juga merupakan salah satu daripada tapak sejarah UNESCO di Kyoto. Kedudukan Kiyomizu-dera yang terletak di atas bukit dan dikelilingi pokok-pokok memberikannya latar belakang menakjubkan setibanya musim luruh dan juga musim bunga. Sepanjang perjalanan daripada jalan utama ke Kiyomizu-dera terdapat pelbagai kedai kecil yang menjual pelbagai barangan tradisional dan juga makanan tradisional Kyoto. Jangan lupa untuk mencuba hatsubashi yang merupakan kuih tradisional Kyoto.
Dearah Arashiyama terletak di utara Kyoto dan terdapat pelbagai lokasi menarik untuk dilawati. Antara tarikan utama di Arashiyama ialah Hutan Buluh, sungai Arashiyama dan juga kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai kraf tangan dan juga makanan tradisional Jepun. Arashiyama amat terkenal untuk pemandangan dedaun yang pelbagai warna ketika musim luruh dan juga bunga sakura yang indah pada musim bunga.
Antara hotel yang menjadi pilihan ramai di Kyoto ialah APA Hotel Kyoto Ekimae. APA Hotel Kyoto Ekimae terletak berdekatan dengan kebanyakan tarikan pelancongan di Kyoto seperti Pasar Nishiki (2.2 kilometer) dan Sannenzaka Ninenzaka (2.6 kilometer). Setiap bilik di dalam APA Hotel Kyoto Ekimae dilengkapi dengan TV leper, peti sejuk, pendingin hawa dan juga sambungan Wi-DI. Sekiranya anda sampai awal ke hotel, pihak hotel APA Hotel Kyoto Ekimae juga menyediakan khidmat penyimpanan bagasi.
Piece Hostel Kyoto merupakan hostel yang agak baru dibuka dan sesuai untuk mereka yang mahu bertemu dan berkenalan dengan pelancong lain ke Kyoto. Piece Hostel yang terletak hanya dua minit dari stesen Kyoto merupakan hostel terdekat dengan stesen Kyoto. Hostel ini bukan sahaja menyediakan bilik, malah perpustakaan yang dilengkapi dengan computer, sambungan WiFI, air dan the Jepun percuma, ruang TV, mesin dobi dan juga ruang simpanan bagasi secara percuma.
Di Kyoto terdapat banyak hotel inap sarapan yang memberikan anda rasa seperti sedang menginap di rumah orang Jepun. Antara inap sarapan yang disarankan ialah Kujo Stays. Kujo Stays terletak berdekatan dengan Stesen Kyoto. Bilik inap sarapan ini mempunyai rekaan tradisional dan anda akan dapat merasai tidur di atas futon seperti mana orang yang dilakukan oleh orang Jepun.
Suiran Hotel yang terletak di tebing sungai Hozu, merupakan sebuah hotel resort yang menggabungkan tradisi Jepun dan juga kemewahan sebuah hotel. Hotel ini hanya mempunyai 39 bilik. Di hotel resort 5 bintang ini, anda bukan sahaja akan mendapat pemandangan indah dari bilik anda, anda juga akan dihidangkan dengan makanan tradisional terkenal di Kyoto.