Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,410 hotel)
  3. Pulau Pinang(1,084 hotel)
  4. Pulau Pinang(988 hotel)
  5. Georgetown(553 hotel)
  6. 28 Bahari Guesthouse

28 Bahari Guesthouse

Hostel
28, Jalan Sri Bahari, Georgetown, Pulau Pinang, Pulau Pinang, Malaysia, 10500
EXTERIOR_BUILDING 28 Bahari Guesthouse
EXTERIOR_BUILDING 28 Bahari Guesthouse
LOBBY 28 Bahari Guesthouse
EXTERIOR_BUILDING 28 Bahari Guesthouse
BEDROOM 28 Bahari Guesthouse
Lihat semua gambar
Mengagumkan
8.5/10
Merujuk kepada 8 tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
WiFi

Tarikan berhampiran
Thean Hou Temple
(0.27 km)
Camera Museum
(0.39 km)
Glass Museum
(0.51 km)
Kimberley Street
(0.57 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka
Diterjemahkan oleh Google
8.2
- Kembara Beg Galas
Saya berada di Pulau Pinang dan telah menempah asrama perempuan untuk satu malam. Saya telah membayar sehari sebelum ini. Dia memberitahu saya bahawa bilik wanita penuh. Dia memberiku asrama campuran dengan 4 katil, hanya 2 orang di dalamnya, saya dan tetamu lain Sebagai seorang wanita dengan tudung, saya benar-benar tidak selesa dengan ini. Semua perkhidmatan yang baik, tetapi mereka perlu menimbangkan wanita seperti saya. Luck saya kerana saya hanya tinggal satu malam. Lebih baik saya tidur di terminal atau lapangan terbang daripada ini. Lokasi sangat baik! Berhampiran Komtar, 7eleven, restoran makanan, dan perhentian bas. Kakitangan sangat ramah dan kebersihannya hanya ok. Bangunan itu sudah lama
9.7
- Kembara Beg Galas
Saya backpacking selama lebih dari 30 tahun, dan Balan pemilik 28 Bahari setakat ini menjadi tuan rumah terbaik yang saya temui setakat ini. Bila-bila masa ketika saya kembali ke Pulau Pinang 28 Bahari akan menjadi pilihan pertama saya.
9.4
- Kembara Beg Galas
Facilities are complete. It's close to chulia street and bus stop. The house is one of the heritage houses so that alone is quite amazing. The owner and his family were very nice and helpful, you feel like staying with a family rather than a hostel
9.3
Pek menyeronokkan! Lokasi yang hebat. Dan saya rasa seperti saya tinggal di paman saya. Sangat mesra. Lokasi adalah yang terbaik. Bernilai setiap dolar
8.5
- Percutian Romantik
layanan yang hebat, pemilik yang benar-benar menunjukkan kepada kita di mana untuk mendapatkan tempat pelancongan terbaik dan makanan yang baik.
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik larangan merokok
    • Teres
  • Kemudahan Berhampiran
    • ATM/Perbankan
    • Kedai runcit
    • Kedai
  • Kemudahan Umum
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN
    • WiFi percuma
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Pengering rambut
  • Perkhidmatan Hotel
    • Meja depan

Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

Daftar masuk: 14.00
Daftar keluar: 12.00

28 Bahari Guesthouse adalah sebuah rumah bersejarah yang dihias dengan unik untuk dijadikan sebuah rumah tetamu yang terletak di Georgetown, Pulau Pinang. Rumah tetamu ini sesuai untuk mereka yang mencari penginapan yang berpatutan dan selesa di sekitar kawasan Georgetown, Pulau Pinang. 28 Bahari Guesthouse adalah pilihan yang sempurna bagi pelancong solo ataupun backpackers yang mencari penginapan yang selesa dengan harga yang berpatutan di Pulau Pinang selain menyediakan kemudahan yang baik serta perkhidmatan yang hebat bagi pelancong yang ingin melancong dengan selesa dengan budget anggaran. Pemanduan yang singkat dari rumah tetamu ini akan membawa anda ke Muzium Kamera (0.39 km), Muzium Kaca (0.51 km), Kimberley Street (0.57 km) dan Chulia Street Night Hawker Stalls (0.57 km).

Bagaimana untuk ke 28 Bahari Guesthouse

Rumah tetamu ini terletak di Jalan Sri Bahari, Georgetown, Penang. Sekiranya anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (IATA: PEN, ICAO: WMKP), yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Seterusnya anda boleh ke Georgetown dengan menggunakan bas Rapid Penang, teksi bermeter atau Grab. Jika anda menggunakan kereta, Lebuhraya Utara-Selatan PLUS adalah lebuh raya moden yang beroperasi dari Perlis ke Johor Bharu dan menghubungkan Pulau Pinang ke bandar-bandar utama di sebelah barat Semenanjung Malaysia. Perjalanan melalui lebuh raya akan mengambil masa antara 4-5 jam dengan bayaran tol yang tertentu. Sebaik sahaja anda sampai ke Butterworth, yang merupakan pintu masuk utama Georgetown dari tanah besar, anda boleh susur keluar ke Jambatan Pulau Pinang atau pun menggunakan perkhidmatan feri untuk menyeberang ke pulau itu. Feri penumpang dan juga kenderaan ini beroperasi dari Butterworth ke Weld Quay dan beroperasi dengan caj tertentu. Perjalanan balik dari Pulau Pinang melalui jambatan adalah percuma. Alternatif lain adalah dengan menggunakan bas. Terdapat dua stesen bas ekspres utama di Pulau Pinang, Penang Sentral (di tanah besar) dan Terminal Bas Sungai Nibong di Pulau Pinang. Stesen bas terdekat untuk ke Georgetown ialah Terminal Bas Sungai Nibong. Seterusnya anda boleh ke 28 Bahari Guesthouse dengan menggunakan bas Rapid Penang, teksi bermeter atau Grab.

Pilihan Bilik di 28 Bahari Guesthouse

28 Bahari Guesthouse menawarkan bilik ringkas dilengkapi dengan penghawa dingin. bilik mandi kongsi disediakan dengan tandas berasingan, lengkap dengan kemudahan bilik mandi dan pengering rambut. Lain-lain kemudahan di dalam unit ini termasuk akses internet.

Restoran dan Kafe di 28 Bahari Guesthouse

Tiada restoran yang boleh di dapati di 28 Bahari Guesthouse. Bagaimanapun, rumah tetamu ini dilengkapi dengan peralatan dapur yang lengkap untuk pengalaman memasak anda semasa penginapan. Di samping itu, 28 Bahari Guesthouse ini juga terletak dalam jarak berjalan kaki dari pelbagai restoran, kedai-kedai dan kafe yang mudah.

Kemudahan dan Aktiviti di 28 Bahari Guesthouse

28 Bahari Guesthouse menyediakan kemudahan termasuk ruang awam untuk berinteraksi dengan tetamu yang lain, perkhidmatan penyimpanan beg dan jualan tiket.

Tempat Menarik berhampiran 28 Bahari Guesthouse

Fort Cornwallis - Ia adalah sebuah kubu terbesar dan paling utuh yang boleh ditemui di Malaysia. Ketika melawat kubu ini, terdapat lima artifak utama yang harus anda lihat. Namun salah satu daripada lima artifak tersebut yang seharusnya anda lawati adalah patung legenda Sir Captain Francis Light. Malah, tiada pelawat yang dapat melepaskan peluang melihat patung Francis Light kerana kedudukannya yang menghadap ke pintu masuk kubu ini, artifak pertama yang menyambut pengunjung ke kubu ini.

Gurney Drive Pulau Pinang - Ia adalah salah satu tempat paling popular di Pulau Pinang. Kawasan pinggir laut ini terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. Terdapat ikan yang boleh dilihat di dalam air sekitar Gurney Drive Pulau Pinang. Terdapat juga burung-burung lain dan belacak sekitar kawasan pantai apabila air surut. Selain dari pemandangan yang indah dan tiupan angin yang menakjubkan, Gurney Drive Hawker Centre juga menjadi tarikan pelancong dan penduduk tempatan. Gerai-gerai ini menawarkan pelbagai jenis makanan tempatan termasuk Asam Laksa, Rojak dan banyak lagi. Pusat syurga makanan dan pinggir laut yang terkenal di Pulau Pinang - Gurney Drive Penang ini terletak di bahagian utara Pulau Pinang, ke arah Tanjung Bungah. Ia terletak di Georgetown, ibu kota Pulau Pinang.

Muzium Perang Pulau Pinang - Ia terletak di Batu Maung, Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak sekitar 16 km ke arah selatan Georgetown. Ia dibina oleh British sebagai kubu ketenteraan yang bermula pada tahun 1930-an untuk melindungi dari pencerobohan Jepun. Ia terletak di atas Bukit Batu Maung. Kubu ini kemudiannya digunakan sebagai pangkalan tentera bagi orang Jepun untuk melakukan soal siasat dan penyeksaan. Muzium Perang Pulau Pinang boleh dibahagikan kepada banyak bahagian, termasuk pusat logistik, ruang menembak meriam, rumah sakit dan perubatan dan banyak lagi. Memandangkan muzium ini agak besar, anda boleh menghabiskan sekurang-kurangnya 2 jam di sana untuk berjalan-jalan perlahan dan meneroka sekitar kawasan muzium.

Taman Orkid dan Bunga Raya Bukit Jambul - Ia terletak di Persiaran Bukit Jambul, di Bayan Lepas, Pulau Pinang, Malaysia. Taman Orkid dan Bunga Raya Bukit Jambul meliputi kawasan tanah seluas 2 ekar. Taman ini sering dipenuhi dengan penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Taman ini menawarkan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan haiwan dari seluruh dunia dan juga dari Malaysia sendiri. Terdapat sepasang harimau Bengal, emu dan burung unta, antara beberapa haiwan yang dapat disenaraikan di sini dan untuk tumbuhan pula, terdapat sepasang bunga orkid yang dinamakan sempena bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan isterinya.


Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
Perlu Bantuan?