360 Xpress City Centre Kuching adalah sebuah hotel 2 bintang di bandaraya Kuching, Sarawak. Ia adalah sebuah hotel yang mempunyai reka dalaman yang moden, selesa dan unik. Ia juga terletak di kawasan yang strategik di pusat bandar Kuching. Hotel ini mempunyai pekerja yang baik dan menawarkan pakej penginapan pada harga yang berpatutan. Hotel ini sangat bangga dengan lobi mereka yang luas dengan rekaan yang sangat cantik.
Selain daripada itu hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang lengkap dan juga bagus untuk tetamu yang tinggal di situ. Ia mempunyai pengawalan sekuriti yang bagus selain daripada daripada restoran yang boleh menawarkan makanan tempatan pada para tetamu.
Bagaimana untuk ke 360 Xpress City Centre Kuching
Ada beberapa cara untuk sampai ke 360 Xpress City Centre Kuching. Cara terbaik untuk ke sana adalah dengan mengambil penerbangan ke sana. Dari Kuala Lumpur, pelancong boleh mengambil penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 dan pergi ke Kuching, Sarawak terus dan mendarat di Lapangan Terbang Kuching. Ada beberapa syarikat penerbangan yang membuat perjalanan ke sana seperti Air Asia, Malaysia Airlines, Malindo Air dan beberapa syarikat lain. Dari Lapangan Terbang Kuching, ia adalah dalam 9.6 kilometer untuk sampai ke bandar Kuching.
Cara lain untuk sampai ke 360 Xpress City Centre Kuching adalah dengan memandu ke sana. Dari pusat bandar Kuching, pelancong boleh mengambil Jalan Abell dan pergi ke Jalan Chan Chin Ann. Seterusnya ambil Jalan Padungan untuk ke Jalan Song Thian Cheok. Dari situ tetamu harus membuat pusing U di Jalan Ban Hock untuk sampai ke hotel. Ia akan mengambil masa 4 minit untuk sampai ke hotel ini kerana jarak antara pusat bandar ini dan hotel adalah sejauh 1.4 kilometer sahaja. Ia bagaimanapun bergantung kepada lalu lintas pada masa itu juga untuk menentukan masa untuk sampai ke hotel ini.
Pilihan Bilik di 360 Xpress City Centre Kuching
360 Xpress City Centre Kuching mempunyai beberapa jenis bilik yang boleh dipilih oleh para tetamu yang ingin tinggal di sini. Jenis bilik yang pertama adalah bilik Deluxe Single. Ia boleh memuatkan 1 orang tetamu. Ia mempunyai 1 katil bujang dan berharga RM 68. Kemudian mereka mempunyai bilik Deluxe Queen. Ia boleh memuatkan 2 orang tetamu dengan 1 katil queen. Ia berharga RM 88. Kemudian terdapat bilik Standard Twin. Bilik ini juga memuatkan 2 orang. Ia mempunyai 2 katil bujang pada harga RM 98. Selain daripada itu bilik yang memuatkan 2 orang adalah bilik Deluxe Twin. Ia juga mempunyai 2 katil bujang. Bilik ini adalah lebih besar berbanding bilik Standard Twin. Kemudian terdapat bilik Deluxe Family. Bilik ini boleh memuatkan 4 orang. Ia mempunyai 2 katil queen. Ia berharga RM 128.
Setiap bilik di hotel ini mempunyai tandas persendirian. Tandas itu juga dilengkapi dengan alat mandian percuma seperti sabun dan syampu. Tuala juga disediakan bagi tetamu. Bilik-bilik hotel ini juga dilengkapi dengan internet dengan kelajuan tinggi. Ia juga mempunyai televisyen dengan 20 saluran rancangan, bar mini dengan teh, kopi dan air minuman percuma. Ia juga mempunyai alat pengering rambut dan juga alat penyaman udara.
Kemudahan dan Aktiviti di 360 Xpress City Centre Kuching
Hotel ini mempunyai banyak kemudahan yang dapat menjadikan tetamu mereka selesa. Hotel ini mempunyai dengan Wi-Fi di semua bilik dan ruang awam. Tambahan lagi, hotel ini juga mempunyai tempat meletak kenderaan yang selamat di bawah tanah bagi tetamu mereka yang membawa kenderaan mereka sendiri. Selain itu, hotel ini juga mempunyai bilik dobi untuk kegunaan tetamu mereka. Hotel ini juga mempunyai dapur kecil yang mempunyai peti sejuk kecil, ketuhar gelombang mikro dan mesin air sejuk dan panas. Selain daripada kemudahan yang bagus, hotel ini juga menawarkan perkhidmatan penyimpanan bagasi. Para tetamu yang datang ke sini juga boleh meminta penghantaran ke lapangan terbang dengan bayaran serendah RM 6.99 seorang. Hotel ini juga mempunyai penyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam yang membolehkan mereka untuk membantu para tetamu mereka pada bila-bila masa. Tambahan lagi hotel ini mempunyai restoran dan kafe yang boleh menawarkan tetamu dengan sarapan pagi.
Tempat Menarik berhampiran 360 Xpress City Centre Kuching
Rumah Terbalik Kuching - Rumah Terbalik Kuching adalah pertama yang dibuka selepas ia dibuka di Sabah, Melaka dan juga Kuala Lumpur. Ia membuatkan Kuching sebagai salah satu tempat yang mempunyai tarikan yang menarik. Ia adalah tarikan yang sangat disukai ramai kerana ia sesuai untuk semua yang mahu mengambil gambar. Ia terletak di kawasan strategik iaitu di tengah Bandaraya Kuching. Ia mempunyai konsep yang sangat menarik kerana semua perabot di rumah ini adalah terbalik. Pengunjung boleh mengambil pelbagai jenis gambar dengan perabot di situ. Harga tiket kemasukan adalah RM 15 untuk dewasa dan RM 12 untuk kanak-kanak. Ia dibuka pada 9.30 pagi hingga 6 petang pada hari bekerja dan ditutup pada jam 7 petang pada hari minggu.
-