Adakah anda mencari-cari hotel bajet di sekitar Bangi? Kini tidak usah lagi, kerana Hotel 9 Square di Bandar Baru Bangi adalah pilihan yang tepat untuk anda. Lokasinya yang terletak di Bangi, membolehkan anda mendapatkan akses yang mudah ke semua kegembiraan yang ditawarkan oleh bandaraya Kuala Lumpur. Tampak biasa, namun 9 Square Hotel sebenarnya menawarkan penginapan yang selesa dan berkualiti untuk para tetamu. Hotel ini mempunyai layanan yang hebat pada harga yang amat berpatutan. Kepuasan penginapan anda di sini adalah pasti.
Bagaimana untuk ke Hotel 9 Square
Hotel 9 Square terletak kira-kira 50 minit pemanduan dari terminal lapangan terbang di bandar ini, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2). Para tetamu boleh mendapatkan akses pengangkutan dari terminal lapangan terbang atau perkhidmatan ulang-alik ke lapangan terbang yang disediakan oleh pihak hotel. Untuk perkhidmatan ini, ia akan dikenakan bayaran tambahan. Seperti terminal lapangan terbang yang lain, kedua-dua KLIA dan KLIA 2 menawarkan sistem tempahan pra-kedatangan yang mudah di laman web mereka. Ini membolehkan anda menempah teksi, van, bas atau kereta eksekutif terlebih dahulu.
Nikmati juga kemudahan pengangkutan awam yang berdekatan, seperti Kereta Api Tanah Melayu (KTM) di Stesen Serdang atau Mass Rapid Transit (MRT) di Stesen Stadium Kajang. Sistem laluan yang meluas membolehkan mereka mempunyai liputan luas yang menjangkaui seluruh Kuala Lumpur sehingga ke Negeri Sembilan, dengan tambang yang murah dan perkhidmatan yang baik.
Pilihan Bilik di Hotel 9 Square
Terdapat empat jenis bilik lantai lantai parket yang terdapat di Hotel 9 Square iaitu bilik ‘Single', ‘Deluxe Queen', ‘Deluxe King' dan ‘Deluxe Triple' dengan harga yang berpatutan. Dengan hanya 10 meter persegi, bilik ‘Single' tanpa tingkap masih menawarkan bilik mandi peribadi dan satu katil dengan harga yang sangat murah, serendah RM 75. Sementara itu, bilik ‘Deluxe Queen' mempunyai satu katil bersaiz Queen dengan hanya RM 100 dan bilik ‘Deluxe King' mempunyai katil bersaiz King serendah RM 125.
Nikmati keselesaan dan keluasan yang ditawarkan oleh bilik ‘Deluxe Triple' yang dilengkapi dengan satu katil ‘Double' dan satu katil bujang. Bilik ini mampu menampung seramai 3 orang dengan harga yang sangat berpatutan, RM 125 semalam. Kesemua bilik ‘Deluxe' mempunyai satu tingkap panel dengan atau tanpa balkoni. Walau bagaimanapun, promosi ini adalah tanpa sarapan percuma.
Terdapat sejumlah 35 buah bilik berhawa dingin dan bebas rokok di Hotel 9 Square. Setiap bilik mempunyai kemudahan asas seperti televisyen satelit yang mempunyai skrin plasma, kemudahan menyeterika, meja, rak pakaian, pembuat kopi/teh dan air botol percuma. Tetamu juga disediakan dengan mandian air panas, tuala dan pengering rambut.
Akses internet Wi-Fi boleh dinikmati sepenuhnya di dalam bilik mahupun di seluruh kawasan hotel.
Restoran dan Kafe di Hotel 9 Square
Tetamu hotel dapat menikmati restoran yang mempunyai sijil halal. Makanan di sekitar kawasan ini sangat mudah untuk didapati, contohnya Bangi Kopitiam yang terletak di seberang jalan. Hotel ini dikelilingi oleh lot-lot kedai yang dipenuhi dengan kafe dan restoran.
Kemudahan dan Aktiviti di Hotel 9 Square
Walaupun Hotel 9 Square hanya merupakan sebuah hotel bajet, namun ia mampu menyediakan pelbagai perkhidmatan yang memuaskan sepanjang percutian anda di sini. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah pengemasan harian, penyimpanan beg dan bagasi, lif dan kaunter penerimaan tetamu yang beroperasi 24-jam. Tidak dinafikan lagi bahawa Hotel 9 Square adalah pilihan yang bijak bagi mereka yang menginginkan hotel bajet yang bukan sahaja murah malah mempunyai kualiti hospitaliti yang sangat baik. Relaks dan nikmatilah layanan, seperti berada di rumah sendiri, dengan kakitangan kami yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat. Tidak perlu risau, keselamatan anda di sini adalah terjaga dengan baik. Selain itu, tempat letak kereta juga adalah percuma dan mudah untuk didapati di sekitar pekarangan hotel. Tiada sebarang tempahan yang diperlukan.
Tempat Menarik berhampiran Hotel 9 Square
Kelab Golf di Palm Garden - Terletak di sekitar 8 kilometer dari Hotel 9 Square, Kelab Golf di Palm Garden ini memang merupakan pilihan yang tepat bagi mereka yang menginginkan percutian yang menarik. Kelab golf ini telah dinobatkan dengan Anugerah Perkhidmatan Pelanggan Terbaik pada tahun 2001 dan 2007. Oleh itu, anda pasti akan kagum dengan perkhidmatan luar biasa yang diberikan oleh pihak kelab. Mereka juga telah disenaraikan sebagai salah satu Padang Golf yang terbaik di Malaysia, menjadikan ia sebagai impian yang menjadi kenyataan buat pemain-pemain golf di luar sana. Nikmati juga percutian anda dengan kemudahan- kemudahan mewah di kelab ini, seperti kolam renang, pusat sukan, gelanggang tenis, kolam renang jakuzi, sauna dan juga kafe R5ve mereka.
IOI City Mall - Sebagai pusat membeli-belah yang terbesar di Lembah Klang Selatan, IOI City Mall dimeriahkan dengan pelbagai jenama fesyen, pasaraya, cineplexes dan kedai makanan dan minuman yang menarik. Pusat membeli-belah yang memenangi pelbagai anugerah ini turut menyediakan sajian-sajian tempatan dan antarabangsa yang akan melebihi dari jangkauan anda. Tambahan pula, ia mempunyai gelanggang luncur ais sebesar saiz Olimpik, bernama Icescape dan sebuah taman pengembaraan yang besar, yang dipanggil District 21. Kegembiraan dan keseronokan yang luar biasa pasti terjamin.