Akses Tempahan
MYR
Log masuk

Log masuk ke akaun anda

Belum ada akaun?
Daftar
Atau log masuk dengan:
Facebook
Google
1
2
  1. Hotel
  2. Malaysia(11,415 hotel)
  3. Pulau Pinang(1,083 hotel)
  4. Pulau Pinang(988 hotel)
  5. Bayan Lepas(124 hotel)
  6. Alora Hotel Penang

Alora Hotel Penang

Hotel
B Tower, Bayan Point, 19, Medan Kampung Relau,, Bayan Lepas, Sungai Nibong, Pulau Pinang, Malaysia, 11900
Lihat semua gambar
Menyenangkan
7.6/10
Merujuk kepada 18 tetamu
Kemudahan Hotel
Penyaman Udara
Parkir
Meja Depan 24j
Lif
WiFi

Tarikan berhampiran
Penang Golf Club
(1.19 km)
Queensbay Mall
(1.42 km)
SPICE Arena
(1.58 km)
Pantai Hospital Penang
(1.91 km)
Lebih murah jika anda tempah melalui aplikasi sekarang.
Klik di sini untuk muat turun.
disabledInputInfo
disabledInputInfo
Ulasan Pengguna Traveloka

Berdasarkan 18 ulasan

7.6
Menyenangkan
Hebat
0
Bagus
10
Memuaskan
4
Biasa
4
Teruk
0
Kebersihan
Keselesaan
Hidangan
Lokasi
Perkhidmatan
Tunjuk ulasan yang menyebut tentang...
Diterjemahkan oleh Google
8.5
- Percutian keluarga
Sila tambah bantal tambahan ketiga daripada memberikan hanya dua.
6.0
Perlu penambahbaikan kepada semua perkhidmatan
8.5
- Perjalanan perniagaan
memuaskan pelayanannya, memuaskan kebersihan hotelnya, letak tidak jauh dari visit perniagaan
8.5
- Percutian keluarga
Selesa luar biasa boleh terjangkau dengan pusat bandar dan shopping centre
8.5
- Perjalanan perniagaan
Hotel bagus dan selesa untuk urusan perniagaan
7.3
- Perjalanan perniagaan
Bilik yang cukup luas, selesa dan menyenangkan
1
Bermula 1 September 2017, tetamu hotel yang bukan warga Malaysia atau bukan Penduduk Tetap Malaysia perlu membayar cukai pelancongan sebanyak MYR 10 untuk 1 bilik 1 malam bagi semua hotellihat lagi

Kemudahan Hotel

Keterangan

Polisi Hotel

  • Kemudahan Umum
    • Parkir
    • Peti keselamatan
    • WiFi di kawasan umum
    • Lif
  • Kemudahan Dalam Bilik
    • Kaunter
    • Pengering rambut
    • TV
    • Pancuran mandi
  • Kemudahan Perniagaan
    • Pusat perniagaan
    • Kemudahan mesyuarat
    • Mesin fotokopi
  • Perkhidmatan Hotel
    • Perkhidmatan dobi
    • Penyambut tetamu 24 jam
  • Umum
    • Penyaman Udara
    • Bilik larangan merokok
  • Kemudahan OKU
    • Pembolehcapaian mudah
  • Pengangkutan
    • Sewaan kereta
  • Kemudahan Internet
    • Internet LAN

    Masa Daftar Masuk dan Daftar Keluar

    Daftar masuk: 15.00
    Daftar keluar: 12.00

    Dari luar, Alora Hotel Penang kelihatan seperti kondominium mewah dan / atau pangsapuri, tetapi sebaik sahaja anda melangkah masuk, anda akan kagum dengan reka bentuk dalaman di setiap sudutnya. Luas adalah elemen utama untuk hotel ini kerana setiap bilik menyediakan ruang yang mencukupi untuk menampung anda dan keluarga anda. Hotel 3-bintang ini terletak berhampiran Universiti Sains Malaysia dan di pusat salah satu hab komersil Bandar Pulau Pinang. Lokasinya sangat strategik dengan akses yang mudah ke pelbagai tempat sekitar seperti Bayan Lepas, George Town, Queensbay Mall dan banyak lagi. Hotel ini menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kelas pertama untuk memastikan anda melalui penginapan yang selesa.

    Cara untuk ke Alora Hotel Penang

    Memandangkan Alora Hotel terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, jadi, soal pengangkutan menjadi agak mudah. Jika anda menggunakan khidmatl kereta Uber / Grab dari lapangan terbang, ia akan mengambil hanya 20 minit untuk tiba ke hotel, iaitu kira-kira dalam jarak 7.4 km. Jika anda menaika bas dari lapangan terbang, anda perlu mengambil bas 401E yang akan melalui 12 perhentian sebelum tiba di Kompleks Bukit Jambul. Dari situ, anda hanya perlu berjalan kaki ke hotel ini. Perjalanan keseluruhan akan menjadi lama kerana ia mengambil masa sehingga satu jam untuk sampai ke hotel Alora. Jika anda memandu dari Jambatan Pulau Pinang pula, jarak hotel menjadi lebih dekat, iaitu hanya 16 minit perjalanan. Anda juga boleh mencari mercu tanda yang lazim untuk tiba ke hotel seperti seperti Queensbay Mall, Universiti Sains Malaysia dan Hospital Lam Wah Ee yang terletak dalam jarak 7 km berhampiran dengan hotel.

    Restoran dan Kafe di Alora Hotel Penang

    Alora Hotel menyediakan restoran dan bar istimewa seperti Ichiban Japanese Restaurant & Bar yang menyediakan hidangan Jepun indah. Jika anda memilih untuk makan dalam persekitaran yang kasual, Franco Restaurant ialah tempatnya. Kawasan persekitarannya sangat santai dan kasual, maka, sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan untuk berkumpul lalu menikmati hidangan makan malam di situ. Hidangan yang tersedia dimasak khas oleh chef profesional, dengan itu, setiap hidangan dibuat dengan tepat dan persembahannya terjamin.

    Pilihan bilik di Alora Hotel Penang

    Penginapan yang disediakan di Alora Hotel Penang dibuat untuk melengkapi keperluan semua jenis pelancong. Anda boleh menikmati Standard Room untuk dua orang jika anda menjelajah secara backpacking dan berharap untuk mencari bilik bermalam dalam perjalanan. Kemudahan percuma yang disediakan termasuk minuman, makanan ringan, bijirin, teh dan kopi. Jika anda berada dalam percutian romantis, Deluxe Room sesuai untuk anda. Manakala percutian keluarga boleh memilih pakej Family Room yang disediakan oleh hotel. Biliknya luas dan mempunyai banyak ruang untuk anak-anak anda bermain.

    Kemudahan dan Aktiviti di Alora Hotel Penang

    Alora Hotel memenuhi keperluan asas bagi semua tetamu dengan menyediakan ruang letak kereta yang mencukupi, peti deposit keselamatan, akses Wi-Fi dan lif. Ini menjadikan penginapan mereka lebih mudah dan selesa. Perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak pengurusan termasuk perkhidmatan dobi, penyambut tetamu 24 jam dan khidmat sewa kereta. Harga sewa kereta mungkin berubah dari masa ke semasa, dengan itu, adalah lebih baik untuk semak dengan hotel berkenaan harga terkininya.

    Tempat menarik berhampiran Alora Hotel Penang

    Universiti Sains Malaysia (USM) - USM telah terletak 2.66 km dari hotel. Ia adalah sebuah institusi akademik yang terkenal di Malaysia dan satu-satunya institusi yang melaksanakan Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (APEX) - program pembangunan pantas bagi membolehkan institusi pengajian tinggi diiktiraf sebagai entiti bertaraf dunia. Sehingga 2015, USM berada di kedudukan universiti ke-289 dalam QS World University Rankings.

    Jambatan Pulau Pinang - Inilah mercu tanda yang membezakan Pulau Pinang dari negeri-negeri utama lain di Malaysia. Jambatan ini sepanjang 13.5 km dengan ketinggian 33 meter di atas lautan, justeru menjadikannya jambatan kelima terpanjang di Asia Tenggara. Ia merupakan mercu tanda utama yang perlu disaksikan oleh setiap pelancong setiap kali mereka berada di Pulau Pinang.

    Laser Battle - Anda boleh menambah keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan di Laser Battle, iaitu satu permainan tag laser yang diiringi pelbagai warna LED berserta cahaya laser hijau yang terang dan tebal. Cawangan Laser Battle ini telah merebak di seluruh Malaysia seperti cendawan dan salah satunya boleh didapati di Queensbay Mall di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jenis-jenis permainan yang disediakan termasuk Standard Solo, Standard Team, Capture The Flag, Flags Base, Power Ball, Midnight Madness Solo / Team, Zon Collector dan Friend or Foe. Tidak kira sama ada anda berumur 14 atau 41 tahun, anda boleh bersedia untuk perlawanan di Laser Battle.

    Queensbay Mall - Queensbay Mall terletak di Bayan Lepas dan dianggap sebagai pusat membeli-belah terbesar di Pulau Pinang. Pusat membeli-belah terbaik di Pulau Pinang ini hanya beberapa minit dari Jambatan Pulau Pinang. Ia disertai dengan pemandangan laut di kompleks pantai berhampiran dengan lapangan terbang. Ia merentasi 73 ekar dan merangkumi lebih daripada 2.5 juta kaki persegi. Pusat membeli-belah Pulau Pinang ini mengandungi lebih daripada 500 kedai berjenama terkenal seperti Nichii, Quicksilver, Gap, Timberland, Golden Screen Cinema, Neway Karaoke Box dan banyak lagi.

    Merokok adalah dilarang dalam bangunan penginapan, tetapi tetamu dibenarkan untuk merokok di kawasan yang ditetapkan.

    Haiwan peliharaan adalah tidak dibenarkan.

    Hotel membenarkan daftar masuk Awal, tertakluk pada ketersediaan bilik, dengan fi tambahan.

    Hotel membenarkan daftar keluar Lewat, tertakluk pada ketersediaan bilik, dengan fi tambahan.

    Effective from June 1, 2014, the City Council of Penang will impose a Local Council Tax of MYR 3 per room per night for 4 and 5-star hotels, and MYR 2 per room per night for 0 to 3-star hotels. The star rating will be in accordance to the rating from Local Council and should the rating differ from the website, the local council rating will apply. This fee is payable directly to the hotel upon check-in and is not included in the room rate and taxes stated herein.
    Bayaran tetamu tambahan boleh dikenakan dan berbeza-beza mengikut dasar hotel.
    Pengenalan bergambar keluaran kerajaan dan kad kredit atau deposit tunai diperlukan semasa daftar masuk untuk bayaran sampingan.
    Permintaan khas adalah tertakluk kepada ketersediaan semasa daftar masuk dan boleh dikenakan bayaran tambahan. Permintaan khas tidak dapat dijamin.
    Penafian: Adalah tanggungjawab hotel untuk memastikan semua gambar adalah tepat. Traveloka tidak akan bertanggungjawab atas sebarang gambar yang tidak tepat.
    24 Jam Khidmat Pelanggan+6015 4840 9469 atau +603 7724 3501
    Perlu Bantuan?