1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9166 Hotel)
    >
  3. Penang
    (733 Hotel)
    >
  4. Pulau Pinang
    (626 Hotel)
    >
  5. Air Itam
    (11 Hotel)

Hotel Mewah di Air Itam, Pulau Pinang

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Isn, 22 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Air Itam

Popular Landmark
Kek Lok Si, Pasar Awam Padang Tembak

Ulasan Tetamu dari Hotel di Air Itam

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Air Itam dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Air Itam akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Irna F.
Ini adalah profil peribadi.
10 Dec 2022
Hebat layanan sangat baik keadaan bilik sangat bersih recommended
Guest
Ini adalah profil peribadi.
11 Jun 2022
Hotel yang mesra pelanggan, bersih, selesa
Felicia
Ini adalah profil peribadi.
16 Jun 2019
ac tidak ada, terdapat banyak serangga, wifi tidak stabil walaupun ia tidak boleh digunakan di dalam bilik sehingga sulit untuk berkomunikasi, tempat itu agak menakutkan
kaisar a. k.
Ini adalah profil peribadi.
29 Oct 2022
- Cadar dan selimut tidak bersih, malah selimut dalam keadaan yang agak comot, seperti pernah digunakan orang tetapi tidak diganti. Okay tuala diberi 2. Bilik air kotor, sebab cat dinding banyak mengelupas. Lantai rasa berhabuk + lokasi okay dekat pasar cari makan dan dekat bus stop.

Tentang

Air Itam merupakan kawasan pinggiran bandar di Georgetown, Pulau Pinang dan salah satu dari daerah di Negeri Pulau Pinang. Air Itam terletak di bahagian tengah Pulau Pinang, ianya dilindungi oleh bukit di sebelah barat yang memisahkannya dengan Balik Pulau dan Green Lane di bahagian Selatan. Ianya meliputi beberapa perkampungan dan kawasan kejiranan yang telah wujud sejak ratusan tahun dahulu. Kawasan ini dikenali sebagai Air Itam yang telah dibangunkan pada lewat kurun ke 18 selepas Pulau Pinang di temui oleh Kapten Francis Light pada Tahun 1786. Pegawai British kemudiannya telah menjadikan Air Itam dan Bukit Bendera sebagai kawasan pertanian dan pusat tanaman herba yang terkenal. .

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo Air untuk ke Lapagan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang membuat penerbangan setiap hari ke Pulau Pinang. Setibanya di lapangan terbang, anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Air Itam yang akan mengambil masa perjalanan selama 25 minit. .

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu ke Air Itam melalui Jambatan Pulau Pinang sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Air Itam. Perjalanan ini akan mengambil masa perjalanan selama 4 jam 23 minit. .

Menggunakan Keretapi

Anda boleh menaiki keretapi ETS ke Stesen Keretapi Butterworth. Keretapi berlepas dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral dan tiba di Stesen Keretapi Butterworth Penang di Bahagian Darat dan seterusnya hanya 15 minit perjalanan menaiki feri untuk ke George Town di Pulau Pinang dari stesen tersebut. Dari Georgetown anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Air Itam yang akan mengambil masa perjalanan selama 17 minit pemanduan. .

Tarikan Pelancongan

Air Itam Dam

Empangan Air Itam merupakan kawasan yang sesuai buat pencinta alam. Kehijauan kawasan empangan tersebut pasti dapat memberikan anda ketenangan dan kedamaian ketika berada di situ. Empangan ini terkenal dikalangan mereka yang berjongging dan para pendaki bukit, lengkap dengan laluan jogging dan trekking dan menara tinjau. Empangan ini merupakan empangan yang pertama dibina di Pulau Pinang dan terkenal dikalangan masyarakat tempatan sebagai kawasan untuk berkelah dan berjongging. .

Penang Hill

Bukit Bendera merupakan destinasi utama pelancongan yang mesti dikunjungi di Air Itam. Bukit Bendera merupakan stesen kolonial yang pertama didirikan di atas bukit di Semenanjung Malaysia. Terletak pada ketinggian 821m diatas paras laut, penduduk tempatan memanggilnya sebagai Bukit Bendera dan purata suhu cuacanya adalah 5 celcius lebih rendah dari suhu di Bandar Georgetown. Ianya merupakan tapak terakhir yang masih kekal dengan keindahan alam semulajadi flora dan fauna sejak Tahun 1960. Ianya merupakan tarikan pelancongan yang terkenal di Pulau Pinang kerana cuacanya yang segar dan nyaman. .

Kek Lok Si Temple

Kuil Kek Lok Si merupakan salah satu tarikan utama pelancongan yang mesti dilawati ketika berada di Air Itam. Terletak di atas bukit di Air Itam berhampiran dengan Bukit Bendera, Kek Lok Si merupakan kuil Buddha yang terbesar di Malaysia. Kompleks ini terbahagi kepada 3 zon manakala bahagian bawah kuil tersebut menjadi pintu masuk, pusat jualan cenderamata, makanan dan minuman serta kolam kura-kura. Bahagian tengah pula merupakan kawasan beribadat di dalam kuil, menempatkan taman, pagoda dan 4 patung utama agama mereka dan bahagian atas pula menempatkan patung Goddess of Mercy, Kuan Yin dan juga lebih banyak taman dan bangunan kuil yang lain. .

Chinese Anti-War Memorial

Buat para pelancong yang mencari tapak bersejarah anda boleh meluangkan masa untuk melawat Memorial Chinese Anti-War untuk memahami dengan lebih mendalam lagi sejarah memorial tersebut. Di bulatan Air Itam, anda akan dapat melihat Memorial Chinese Anti-War. Ianya merupakan memorial bagi memperingati rakyat China yang telah terkorban semasa Perang Dunia Ke-2 serta Sukarelawan Pengangkutan Cina Pulau Pinang. .

Air Itam Market

Anda boleh membeli belah di Pasar Air Itam, salah satu tarikan utama pelancongan di Air Itam. Pasar Air Itam merupakan salah satu pasar yang terkenal di Penang. Pasar ini terletak di persimpangan Jalan Air Itam dan Jalan Pasar. Pasar ini terkenal dengan asam laksa dan rempah ratus asli, buah-buahan dan sayur-sayuran. Seperti pasar-pasar lain yang dibuka diwaktu pagi, terdapat pelbagai gerai makanan yang menyediakan jualan makanan sarapan pagi kepada para pengunjung. .

Hotel

Penang Inn Vip

Penang Inn VIP merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang paling sesuai untuk anda inapi apabila berkunjung ke Air Itam. Jarak diantara hotel dan Air Itam hanyalah 3.8km. Hotel ini sesuai untuk tujuan bekerja dan beristirehat. Ianya terletak berhampiran dengan tarikan pelancongan seperti Batu Ferringhi (9km) dan Lebuh Gurney (1.5km). Bagi para pengunjung yang mencari hotel mewah dan selesa, Hotel Penang Inn VIP merupakan pilihan paling sesuai untuk anda kerana ianya menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang hebat. .

Sunway Hotel Georgetown Penang

Sunway Hotel Georgetown Penang adalah hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di tengah-tengah pusat Bandar Georgetown. Jaraknya hanya 5.66km dari Air Itam ke Hotel dan 5 minit pemanduan ke Lebuh Gurney dan 5 minit berjalan kaki dari Komtar. Sunway Hotel Georgetown Penang juga merupakan pilihan bijak untuk pelancong yang berkunjung ke Air Itam.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka