1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8961 Hotel)
    >
  3. Johor
    (850 Hotel)
    >
  4. Mersing
    (23 Hotel)
    >
  5. Pulau Babi Besar
    (3 Hotel)

Hotel Mewah di Pulau Babi Besar, Mersing

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 31 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Pulau Babi Besar

Ulasan Tetamu dari Hotel di Pulau Babi Besar

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Pulau Babi Besar dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Pulau Babi Besar akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Nikkifman
Ini adalah profil peribadi.
25 Jul 2020
pemandangannya hebat, kakitangannya sangat ramah dan membantu dan makanannya enak
Nazrul M.
Ini adalah profil peribadi.
26 Jun 2019
Kami mempunyai masa yang hebat di Bayu Lestari. Pantai dan laut sangat indah, vila yang kami tinggal di adalah bersih dan menyenangkan, hanya 20m dari pantai. Terdapat banyak buaian dan buaian rotan yang dipasang untuk tetamu berehat di pantai. Kakitangan menyediakan kami dengan perkhidmatan yang baik dari pesanan makanan untuk snorkeling di pulau-pulau berdekatan dan juga membantu dengan perayaan ulang tahun yang mengejutkan / BBQ untuk anak perempuan saya. Ia adalah tempat yang bagus untuk berehat dan bersantai.

Tentang

Pulau Babi Besar atau lebih dikenali sebagai Pulau Besar pada masa kini, adalah sebuah pulau yang terletak di bawah bidang kuasa daerah Mersing, Johor, Malaysia. Ia dinamakan sedemikian berikutan kisah-kisah rakyat mengenai babi hutan yang dahulunya berkeliaran dengan banyaknya di pulau sebelum kedatangan manusia yang mendiami pulau tersebut. Pada hari ini, tidak ada lagi babi hutan di pulau berkenaan, maka perkataan babi itu lantas digugurkan sebagai sebahagian daripada nama pulau itu.

Satu lagi legenda yang masih berterusan dari generasi ke generasi dalam kalangan penduduk kampung di sini ialah kisah sepasang suami isteri yang berubah menjadi ikan duyung selepas memakan sejenis rumput laut, di mana ianya dikatakan bahawa tanda gigitan yang muncul di atas batu ketika air surut sebenarnya adalah buatan pasangan duyung ini. Bersama-sama dengan pulau-pulau Rawa dan Sibu yang berdekatan, pulau-pulau ini terkenal kerana pantai putihnya yang indah dengan pemandangan laut yang jernih membiru. Ini adalah kerana jarak pulau-pulau ini yang amat dekat dengan laut lepas, di mana ombak-ombak akan menghempas pantai ini turut berperanan dalam membersihkan lumpur di kawasan pantai tersebut.

Kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan meletakkan pulau itu di bawah status gazet sebagai taman laut untuk mencegahnya daripada dimusnahkan oleh pembangunan manusia. Disebabkan oleh persekitaran alam semulajadinya yang tenang dan damai, pengunjung berpeluang untuk menikmati percutian penuh ketenangan di pulau tersebut. Titik tertinggi di pulau adalah setinggi 258 meter di atas paras laut dengan tumbuh-tumbuhan tebal yang terdiri daripada pokok-pokok hutan tropika dan juga pokok kelapa. Terdapat beberapa pusat peranginan di kawasan pantai dengan sekurang-kurangnya enam perkampungan nelayan. Masa terbaik untuk berkunjung ke pulau ini adalah dari Oktober hingga Mac, sementara ia ditutup dari bulan Mac hingga September. Musim puncaknya adalah dari bulan April hingga Julai, namun Mei hingga Jun adalah masa di mana laut berada pada tahap paling jelas untuk dilihat.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan / E2 untuk akses segera ke terminal jeti Mersing. Perjalanan itu boleh mengambil masa kira-kira 5 jam bergantung kepada keadaan trafik.

Menggunakan Bas

Terdapat terminal bas di bandar Mersing yang terletak sepuluh minit perjalanan dari jeti. Lakukan perjalanan terus ke Mersing dari terminal Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Transnasional Express atau Sepakat Liner sebelum memilih teksi atau berjalan kaki untuk pergi ke jeti.

Menggunakan Bot

Terdapat bot sewa yang boleh didapati dari terminal jeti Mersing ke jeti Pulau Besar setiap hari pada jam 12.30 tengah hari untuk perjalanan ke pulau dari Mersing dan 10.30 pagi dari pulau itu ke Mersing. Walau bagaimanapun, tidak ada perjalanan menggunakan bot pada waktu malam. Biasanya bot akan mengambil masa kira-kira tiga puluh minit untuk sampai ke pulau.

Tarikan Pelancongan

Pulau Rawa

Pulau Rawa merupakan destinasi pelancongan popular yang lain yang terletak tidak jauh dari Pulau Babi Besar. Terletak 16 kilometer jauhnya dari Mersing, ia mendapat namanya daripada sejenis burung merpati putih yang dipanggil "rawa" oleh penduduk tempatan. Terdapat banyak burung merpati putih di sekitar kawasan itu yang menjadi sebahagian daripada pemandangan lazim di sini. Sebagai sebuah pulau yang agak kecil, tidak ada jalan bertar, melainkan hanya laluan pejalan kaki untuk menggalakkan pengunjung untuk berjalan di sekitar pulau untuk menikmati keindahannya. Selain beberapa pusat peranginan yang dibina di sini, kerja-kerja pembangunan telah dilakukan secara berhati-hati oleh pihak kerajaan untuk mengelakkan gangguan lebih teruk terhadap ekosistem semulajadi di sini. Selain dari snorkeling, menyelam dan berenang, pengunjung juga boleh memilih menyewa kanu dan mendayung di sekitar pulau untuk menikmati pemandangan Pulau Rawa dari sudut yang berbeza.

Pantai Air Papan

Pantai Air Papan terletak di bandar Mersing, yang merupakan pantai cetek dan berpasir yang menghadap ke Pulau Setindan yang berdekatan. Ia adalah pantai yang sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan pada hujung minggu di mana terdapat banyak aktivit menarik dan permainan yang boleh dilakukan dengan keluarga dan rakan-rakan seperti berjemur dan berkelah, manakala snorkeling dan menyelam juga boleh dilakukan di sini. Di samping itu, pantai ini adalah tempat memancing yang bagus di mana banyak pertandingan memancing telahpun dianjurkan di pantai ini. Terdapat juga beberapa kedai menjual peralatan untuk snorkeling dan menyelam.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka