1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9440 Hotel)
    >
  3. Negeri Sembilan
    (240 Hotel)
    >
  4. Jempol
    (10 Hotel)
    >
  5. Bahau
    (10 Hotel)

Hotel Mewah di Bahau, Jempol

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Bahau

Popular Area
Bahau
Popular Landmark
Bahau Town Hall, Tesco Bahau

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bahau

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Bahau dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bahau akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Roslinawati R.
Ini adalah profil peribadi.
14 Feb 2022
Lokasi ok berhampiran kedai makan. Bilik berbau. Laluan menuju ke bilik sedikit kotor. Layanan kaunter sangat baik. Mungkin tak akan datang menginap lagi kat sini
Siti H.
Ini adalah profil peribadi.
6 Oct 2019
Memuaskan, berbaloi dengan harga yang dibayar.
LATIFAH B. A. R.
Ini adalah profil peribadi.
12 Jun 2022
Online agent cannot be trusted. What it's show doesn't describe the real situation. I expect what I see the same I got at the hotel but it otherwise 👎 it does not sync with hotel. I'm not gonna use the app again.
Muhammad H. T.
Ini adalah profil peribadi.
5 Apr 2021
Bilik agak simple, tapi kemas dan bersih. Kawasan juga agak strategik, senang sebab ada banyak kedai di sekitar. sesuai untuk family. 3.5/5
SITI N. N. B. A. R.
Ini adalah profil peribadi.
17 Feb 2022
Kemudahan yang bagus, servis yang laju.
Mohd K.
Ini adalah profil peribadi.
5 Dec 2023
TV tidak berfungsi, tandas rosak.

Tentang

Bahau adalah merupakan antara pekan yang utama dalam daerah Jempol, yang terletak di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia terletak kira-kira sejam perjalanan dari ibu negeri, Seremban, yang ditadbir di bawah Majlis Daerah Jempol. Adalah dipercayai bahawa nama bandar itu berasal dari frasa Cina yang secara literalny diterjemahkan sebagai mulut kuda. Pekan ini, pada masa awalnya, dikenali sebagai pekan yang terletak di sepanjang Jalan Penarikan, sebuah laluan sungai yang mengalir melalui kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia yang menghubungkan pekan Muar, Johor di kawasan Pantai Barat ke daerah Pekan, Pahang di kawasan Pantai Timur.


Pekan ini mula benar-benar berkembang apabila peneroka-peneroka Cina mula menduduki kawasan ini sebagai sebahagian daripada usaha pencarian bijih timah mereka. Kemudian, industri getah, kelapa sawit dan kayu berkembang di pekan ini dan menjadi pemacu ekonomi utama di Bahau. Terdapat banyak juga kedai-kedai komersil kemudian dibina di tengah-tengah pekan di sepanjang jalan utama ketika zaman penjajah, kebanyakannya dikendalikan oleh pedagang dan pembekal Cina. Setelah negara mencapai kemerdekaan, lebih banyak orang Melayu berpindah ke pinggiran pekan ini kerana pembukaan penempatan oleh FELDA, namun orang Cina dan India masih membentuk demografi penduduk utama di pekan ini. Industri di pekan ini juga semakin berkembang sejak pembukaan kawasani perindustrian Bahau yang terletak berhampiran Taman Kwang Hup, di mana bengkel kereta, mekanik dan kedai aksesori mendominasi kawasan itu kerana pergerakan kayu-kayan untuk tujuan perdagangan, dan lori berhenti di sini untuk tujuan pembaikan.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan keluar di Senawang sebelum meneruskan perjalanan ke arah Bahau menggunakan Jalan Kuala Pilah / Laluan 51. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira dua jam bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.


Menggunakan Kereta Api

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, pengunjung boleh menaiki kereta api Express Rail Link (ERL) yang menuju ke laluan KL Sentral/Bandar Tasik Putrajaya/Cyberjaya / Salak Tinggi / KLIA. Di sana, seseorang boleh menaiki koc selatan Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan berhenti di stesen Seremban sebelum memilih pengangkutan awam untuk ke Bahau.


Menggunakan Bas

Terminal bas ekspres yang terdekat terletak di Terminal One, Seremban. Ambil perjalanan terus ke Seremban dari terminal Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Sanwa Tours, KPB Express dan Kesatuan Express. Dari sini, tukar ke bas laluan tempatan menuju ke Bahau.


Tarikan Pelancongan

Teratak Za’ba

Sebuah muzium yang terletak di Kampung Bukit Kerdas di Batu Kikir, muzium ini adalah sebuah rumah yang bersejarah yang mencatat secara terperinci, kehidupan dan sumbangan Tan Sri Zainal Abidin Bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Za'ba, yang merupakan ikon kesusasteraan Melayu dan pemikir ulung yang melakukan banyak sumbangan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial kepada negara. Dedikasi dan kerja keras beliau telah menyebabkan belia memperoleh pengiktirafan sebagai Pendeta Za'ba. Di samping merenungkan kehidupan dan warisannya di sini, rumah ini juga menjadi contoh seni bina tradisional Negeri Sembilan yang dipelihara dengan baik, dengan bumbungnya yang tinggi dan berupa seolah-olah tanduk kerbau yang mempunyai ciri-ciri Minang yang kuat. Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang.


Jalan Penarikan

Jalan Penarikan adalah pelabuhan sungai kecil yang terletak di antara Sungai Jempol dan Sungai Serting di Malaysia yang memendekkan laluan Sungai Pahang-Sungai Muar. Pada masa lalu, laluan sungai ini popular bagi peniaga Arab untuk pergi dari Pekan ke Muar tanpa perlu berlayar di sepanjang Laut China Selatan. Ia juga lebih selamat kerana ketiadaan ancaman daripada lanun-lanun yang berleluasa di lautan. Perahu-perahu perdagangan dari Sungai Muar dapat meneruskan perjalanan mereka sampai ke Kuala Pahang di Pekan, atau Kuala Lipis dan masih boleh meneruskan perjalanan ke Terengganu, Kelantan atau Perak. Apabila bot sampai di darat, mereka masih memerlukan bantuan dari penduduk tempatan untuk menarik bot di jalan raya sejauh kira-kira 300 meter. Susulan inilah, laluan tersebut seterusnya dinamakan sebagai Jalan Penarikan.


Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved