1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9492 Hotel)
    >
  3. Penang
    (742 Hotel)
    >
  4. Pulau Pinang
    (632 Hotel)
    >
  5. Balik Pulau
    (6 Hotel)

Hotel Mewah di Balik Pulau, Pulau Pinang

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Balik Pulau

Popular Landmark
Tropical Fruit Farm, Keracut Beach

Ulasan Tetamu dari Hotel di Balik Pulau

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Balik Pulau dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Balik Pulau akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Hun S.
Ini adalah profil peribadi.
27 Jul 2022
Penginapan adalah menyeronokkan. Persekitaran yang sangat bagus dan pemandangan yang mengagumkan. Benar-benar bebaskan fikiran saya di sana. Pemandangan yang indah dengan persekitaran yang indah. Memandu agak menakutkan tetapi ia adalah pengalaman baru. Akan melawat lagi.
Rohana b. A.
Ini adalah profil peribadi.
16 Mar 2020
Sebenarnya Ia tidak seperti yang dirancang. Apartmen telah dua kali ditempah dan kerana itu bukan salah kami, pemiliknya telah menaikkan taraf kami ke apartmen 3 bilik tidur dan bukannya studio yang ditempah. Jadi, ya kami mempunyai penginapan hebat di sini.
Sheh H.
Ini adalah profil peribadi.
13 Mar 2023
Suka suasana semula jadi untuk penginapan. Kakitangan yang mesra dan persekitaran yang bersih. Pemandangan kehijauan dan kem (bilik) yang mewah. Pasti akan memperkenalkan kepada rakan-rakan saya.

Tentang

Balik Pulau, yang diterjemahkan maksudnya sebagai ‘di belakang pulau’ adalah sebuah pekan yang terletak di perairan barat di Pulau Pinang. Berlainan dengan suasana hiruk-pikuk di sekitar kawasan timur, terasing dengan pergunungan tinggi di tengah pulau, terdapatnya suasana tenang di sini, yang mana gaya kehidupan tidak banyak berbeza berbanding 50 tahun yang lalu. Dengan tanaman padi yang terakhir, perkampungan nelayan, ladang tanaman durian dan buah pala, kawasan ini memberi gambaran terbaik sebagai kawasan pedalaman bagi sesiapa yang mengejarnya. Walaupun proses urbanisasi merupakan suatu realiti yang tidak dapat dihalang, Balik Pulau walaubagaimanapun ternyata berjaya dalam mengekalkan tinggalan warisan, yang tersembunyi di balik pembangunan pesat pulau, yang wajar dihargai untuk generasi akan datang.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Di dalam pekan itu sendiri, terdapat basikal yang boleh disewa di pusta pelawat dan merupakan cara yang baik untuk mengembara di kawasan sekitar dengan trafik yang tidak sibuk. Pekan ini boleh diakses dengan 3 jalan besar di atas pulau, yang bertindih di pusat pekan. Jalan Balik Pulau menghubungkan pekan ini ke perkampungan nelayan di selatan, Jalan Sungai Pinang menghubungkannya ke Teluk Bahang di utara dan Jalan Tun Sardon ke arah timur merentas gunung di tengah pulau. Melalui jalan udara, pusat terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, menghubungkannya ke ibu negara Kuala Lumpur, penerbangan yang mengambil masa sejam, servis yang disediakan oleh Malindo, Air Asia dan Malaysia Airlines. Lapangan terbang itu sendiri yang terkenal sebagai lapangan terbang tertua di Malaysia menghubungkan Pulau Pinang ke pelbagai destinasi seperti Singapura, Surabaya dan Hong Kong.

Tarikan Pelancongan

Kebun Durian Bao Sheng

Kira-kira perjalanan 10 minit dari Empangan Teluk Bahang, terdapatnya syurga untuk penggemar durian. Ditubuhkan sejak tahun 1959, Kebun Durian Bao Sheng menawarkan para pengunjung pengalaman untuk mencuba pelbagai jenis rasa durian yang berbeza di samping belajar berkenaan kepentingan menjalankan penanaman tanpa menggunakan racun perosak. Pada masa yang sama, adalah menjadi kebanggaan mereka juga untuk menanam durian yang memberi rasa ‘kebas’ yang unik, yang jarang sekali dan adalah amat dihargai walaupun di kalangan mereka sendiri. Para penggemar durian adalah digalakkan untuk membuat tempahan lebih awal untuk turut serta dalam bufet durian, setibanya musim buah tersebut dijangka pada bulan Mei hingga Ogos. Maka, andai anda berada di kawasan berdekatan pada masa itu, sudah pasti anda perlu singgah ke kebun ini!

Kampung Pulau Betong

Bayangkan rumah-rumah kayu yang tegak disokong tiang, barisan-barisan bot terikat di sisi pelabuhan dan bunga-bunga berkembang di sekitar…dan dengan itu, anda sudah dapat gambaran tentang apa yang boleh dilihat di Kampung Pulau Betong. Dinamakan sempena pulau kecil yang berada bertentangan pelabuhan, perkampungan nelayan yang sunyi yang terletak berdekatan Balik Pulau ini adalah tempat para nelayan pulang dengan hasil tangkapan seharian dan menjualnya kepada para pengunjung. Dengan hasil laut yang segar, para pengujung juga boleh menjumpai restoran-restoran berdekatan yang memasaknya mengikut citarasa tersendiri. Dengan berlalunya peristiwa tsunami 2004 yang mencabar kekuatan penduduk kampung, kewujudannya pada hari ini menjadi simbol keutuhan gaya hidup masyarakat tempatan yang berterusan.

Hotel

Malihom Private Estate

Berdekatan dengan Balik Pulau terletaknya Malihom Private Estate, suatu tempat penginapan yang berbeza dari yang lain. Terletak di kawasan tinggi, premis ini menawarkan pemandangan indah Selat Melaka, dikelilingi dengan pokok-pokok rimbun, kolam ikan koi, dan angina sepoi-sepoi bahasa yang membawa perasaan tenang dan tersendiri kepada sesiapa yang mengunjunginya. Dengan nama yang bermaksud ‘kampung beras wangi’, para pengunjung adalah dijemput untuk memilih dari 8 bilik unik degna nama berlainan, setiap satu lengkap dengan bilik air dan taman tersendiri pada aras dek, mendefinisikan perwatakan bilik yang tersendiri. Dengan setiap bilik dahulunya tempat menyimpan beras dan setiap dek tinggalan bekas laluan keretapi, para pengunjung semestinya akan merasai keaslian premis, menjadikannya tempat penginapan yang amat sesuai untuk penggemar alam sekitar.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved