Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8466 Hotel)
    >
  3. Pahang
    (671 Hotel)
    >
  4. Kuantan
    (196 Hotel)
    >
  5. Balok
    (42 Hotel)

Hotel Mewah di Balok, Kuantan

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Rab, 22 Mac 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk
BEDROOM Royale Chulan Cherating Villa

Royale Chulan Cherating Villa

Hotel
Cherating, Balok
Mengagumkan
8.9
(97 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING The Kasturi

The Kasturi

Resort
Cherating, Balok
Mengagumkan
8.8
(62 Reviews)
Lihat Harga
LOBBY Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating

Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating

Resort
Cherating, Balok
Menyenangkan
8.1
(369 Reviews)
Lihat Harga
SWIMMING_POOL Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

Resort
Beserah, Balok
Mengagumkan
8.3
(389 Reviews)
Lihat Harga
Featured Image Samsuria Beach Resort & Residence

Samsuria Beach Resort & Residence

Apartmen
Cherating, Balok
Menyenangkan
8.1
(113 Reviews)
Lihat Harga
BEDROOM LaVilla by Holiday Villa Cherating

LaVilla by Holiday Villa Cherating

Resort
Cherating, Balok
Mengagumkan
8.7
(28 Reviews)
Lihat Harga
VIEW_ATTRACTIONS Swiss Garden Resort Residences Kuantan
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Timurbay Beachfront by Perfect Host

Timurbay Beachfront by Perfect Host

Apartmen
Beserah, Balok
Menyenangkan
7.9
(20 Reviews)
Lihat Harga
See all 42 Hotels in Balok

Facts about Balok

Popular Area
Cherating, Beserah
Popular Hotel
Royale Chulan Cherating Villa, The Kasturi
Popular Landmark
Cherating Turtle Sanctuary, Natural Batik Village

Ulasan Tetamu dari Hotel di Balok

8.1
Menyenangkan
4,344 ulasan dari hotel di Balok dengan purata penarafan 8.1/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Balok akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
mohamad i. b. m.
Ini adalah profil peribadi.
27 Nov 2022
Balik kemas dah selase. Cume koride kotor sb tempat buruh tido. Makan pagi ok la menu pantai timul. Hger hotel ni cun la. Kolam good.
Shahera C. I.
Ini adalah profil peribadi.
10 May 2022
Check in kena tunggu hampir setengah jam. Then minta kain lap kaki pun tak dapat-dapat. Tu je la. Food ok, permainan ok, kolam ok. Mintak baiki singkin tersumbat pun cepat je.
Norazlaili M.
Ini adalah profil peribadi.
16 Aug 2022
Hotel bersih. Makanan sedap.Kolam menyeronokan untuk kanak-kanak cuma kondisi bilik air mungkin lepas ni boleh kemaskini lagi. Bilik nampak macam baru upgraded.Parking lot pun berbumbung. Overall nice hotel.
MAIZATULAKMAR B. A. K.
Ini adalah profil peribadi.
31 Jan 2023
Cadar ada kesan kotor. Lantai bersampah & berpasir. Bilik air dan sinki tersumbat. Laluan ke restoran tiada penunjuk arah. Sangat tidak puas hati.
Shezeren J. L.
Ini adalah profil peribadi.
24 May 2022
Apartment bersih. Sangat berpuas hati
MOHD K. A. B. A. H.
Ini adalah profil peribadi.
26 Nov 2022
Tempat memang nice….facility terbaik….kolam paling best sebab banyak jenis….cuma sygnya breakfast agak mengecewakan…..menu ala kadar….overall ok laaaa….
ILa H. E.
Ini adalah profil peribadi.
4 Jul 2022
Penginapan oke, selesa dari segi kebersihan semua oke, cuma kelengkapan tak lengkap, iron untuk gosok baju tak disediakan

Tentang

Sebuah perkampungan kecil di tepi pantai di Kuantan, kira-kira 30 minit dari bandar Kuantan. Terletak di sepanjang pantai, ia adalah tempat yang indah untuk merasai pengalaman dan kehidupan penduduk tempatan sehari-hari. Pantai tersebut, iaitu Pantai Balok, merupakan satu pantai yang cukup popular di kalangan penduduk tempatan dan sekitar tetapi kurang diketahui pelancong.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta/Motosikal

Memandu adalah satu-satunya cara untuk sampai ke Balok kerana tidak ada pengangkutan awam yang tersedia. Ketersediaan teksi juga tersangatlah jarang. Memandu atau menunggang motosikal adalah pilihan terbaik untuk pergi ke Balok. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Balok adalah tiga dan setengah jam.

Menggunakan Bas/Teksi

Terdapat juga perjalanan bas dari Kuala Lumpur ke Stesen Bas Kuantan dan dari sana, mengambil teksi untuk ke Balok yang akan mengambil masa kira-kira setengah jam. Harga untuk perjalanan teksi adalah berdasarkan meter teksi atau harga tiket tetap dari pengusaha teksi, pastikan harganya terlebih dahulu, sebelum menaiki teksi untuk mengelakkan diri daripada ditipu oleh beberapa pemandu teksi yang tidak jujur.

Tarikan Pelancongan

Pantai Balok

Oleh kerana Balok merupakan sebuah perkampungan kecil yang berada di sepanjang pantai, tarikan terbesarnya pastilah pantai, iaitu Pantai Balok. Pantai Balok ini merupakan pantai yang terdapat di sepanjang persisiran perkampungan tersebut

Pantai Balok mempunyai pantai dengan pasir yang sangat halus, berwarna sedikit agak kehitaman, merupakan kawasan rekreasi dan juga sumber ekonomi kepada penduduk setempat. Sebagai kawasan rekreasi, Pantai Balok adalah tempat yang cantic untuk dikunjungi. Ia mempunyai air jernih dan pantai dipenuhi dengan banyak pohon kelapa, tumbuh tinggi di atasnya, mengurangkan terik matahari kepada pengunjungnya. Penduduk tempatan juga telah membina beberapa kedai kopi kecil, menjual minuman panas, penghilang dahaga yang wajib diminum kalau ke pantai iaitu air kelapa segar dan juga beberapa makanan ringan seperti keropok ikan dan pisang goreng.

Penduduk tempatan juga menjual makanan laut segar, baru ditangkap dari laut, di sepanjang Pantai Balok. Selain itu, sesetengah daripada mereka juga menjual produk makanan laut yang diproses seperti snek tempatan, keropok lekor, dan ikan kering dan ikan masin.

Hotel

Swiss Garden Resort

Salah satu pilihan hotel terbaik di kawasan Balok, hotel ini telah menerima ulasan yang sangat hebat dari para pelanggannya. Ia adalah sebuah hotel yang selesa di tepi pantai, dengan perkhidmatan yang sangat mesra, dan bilik-bilik yang selesa dan bersih.

Resort ini hanya 12 kilometer dari Balok, dan walaupun agak jauh, ia adalah salah satu pilihan terbaik untuk menghabiskan percutian di pantai anda. Resort ini juga dilengkapi dengan kemudahan sukan dan rekreasi seperti gelanggang tenis, bilik permainan, gelanggang bola tampar pantai; bermain di atas pasir hangat di tepi pantai. Siapa yang tidak mahu itu? Selepas hari yang melelahkan menjelajah pantai, pelanggan boleh menikmati urutan di spa mereka atau mungkin sauna untuk menghilangkan lebih banyak peluh.

Harga bilik untuk malam bermula pada harga RM284, dan dengan semua kemudahan yang hebat yang ditawarkan oleh resort ini, kenapa tidak memberi peluang untuk menjadikan percutian anda lebih istimewa dan bermakna?

Residence Inn Cherating

Satu lagi resort di tepi pantai. Residence Inn of Cherating dikenali kerana lokasi yang agak istimewa. Terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama, sedikit terpencil dari lebuh raya yang sibuk, hotel ini menawarkan bilik yang cukup selesa dengan harga yang sangat berpatutan. Harganya lebih murah daripada kebanyakan hotel di sekitarnya tetapi ini tidak bermakna ia tidak menghiraukan apa yang pelanggan inginkan dari penginapan di sebuah hotel. Hotel ini menyediakan penginapan yang sangat selesa di bangunan hotel yang mempunyai tiga tingkat.

Resort ini mempunyai tiga kolam renang, satu untuk orang dewasa, dua lagi untuk kanak-kanak. Berenang di dalamnya, atau mungkin berjalan sedikit lebih jauh dan sampai ke pantai yang terdapat di kawasan hotel. Jika tidak berkeinginan untuk berenang, hotel ini juga mempunyai beberapa aktiviti yang ditawarkan kepada pelanggan seperti bermain dart, berkanu, berbasikal, memancing atau bahkan menunggang kuda; tidak setiap hotel menawarkan menunggang kuda, bukan?

Harga untuk biliknya bermula pada RM181 + per malam. Satu tip berguna di sini, meminta bilik di sayap baru mereka, ia lebih baik dan lebih selesa.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka