amaran

Hotel Bajet di Bandar Hilir, Bandaraya Melaka

Seri Costa Hotel

Bandar Hilir

8.1/10

Sangat Baik

7.5/10

Bagus

8.4/10

Sangat Baik

Fantasy Hotel

Bandar Hilir

8.3/10

Sangat Baik

7.0/10

Bagus

ND Hotel

Bandar Hilir

8.6/10

Sangat Baik

Sunsui Hotel

Bandar Hilir

7.8/10

Bagus

Hollitel

Bandar Hilir

8.1/10

Sangat Baik

Dreamz Hotel

Bandar Hilir

8.3/10

Sangat Baik

9.0/10

Cemerlang

AGH Lodge Melaka

Bandar Hilir

Hash House Hotel

Bandar Hilir

LB Hotel Melaka

Bandar Hilir

Tentang

Bandar Hilir, terletak di tengah-tengah bandar Melaka, ini merupakan salah satu tempat bersejarah penting di negeri ini dan juga di Malaysia. Ia telah diakui oleh UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia pada tahun 2008 kerana ia mempunyai banyak bangunan dan penempatan bersejarah. Semenjak tahun 1984, Bandar Hilir telah menjadi pilihan utama sebagai tempat pelancong yang bersejarah, lebih-lebih lagi selepas banyak perkembangan yang berlaku di kawasan sekitarnya.

Pada tahun 2016, terdapat 15 muzium yang disokong oleh kerajaan negeri dan juga persekutuan. Muzium-muzium ini meliputi sejarah Kesultanan Melayu Melaka, rakyatnya, dan juga orang yang khazah berharga tentang bangsa Melayu dan agama Islam di Muzium Dunia Melayu, Muzium Islam.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Perjalanan dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur akan mengambil masa hanya 15 minit dari dua jam melalui lebuh Raya Utara-Selatan.

Menggunakan Bas

Terdapat beberapa perkhidmatan bas yang bermula dari Terminal Bersepadu Selatan setiap setengah jam. Harga tetap bermula dari RM10, bergantung kepada syarikat bas. Perjalanan tersebuk akan mengambil masa kira-kira dua jam untuk tiba di Melaka.

Menggunakan Kereta Api

Laluan paling memakan masa ke Bandar Hilir dari Kuala Lumpur, dengan perjalanan terpantas mengambil masa lebih kurang tiga jam, dengan dua kereta api dan sedikit berjalan kaki. Terdapat beberapa pilihan syarikat pengangkutan keretapi seperti KTM, KLIA Express dan lain-lain.

Tarikan Pelancongan

The Stadthuys

Stadthuys berasal dari perkataan Belanda lama untuk dewan bandaraya. Bangunan Stadthuys di Bandar Hilir dahulunya merupakan sebuah bangunan pejabat sebelum dijadikan sebagai bangunan bersejarah. Ia juga dikenali sebagai the Red Square kerana bangunan Stadhuys ini berwarna merah pada dinding luarnya dan juga terdapat sebuah menara jam berwarna merah yang terletak berdekatan. Sesuai dengan namanya, Stadthuys pada asalnya merupakan pejabat untuk Pemimpin Belanda dan wakilnya pada tahun 1650-an pada masa ketika Melaka berada di bawah penjajahan Belanda.

Bangunan itu dikatakan bangunan Belanda tertua di bahagian Timur dunia. Hari ini, bangunan ini menjadi rumah kepada Muzium Sejarah dan Etnografi - sebuah muzium yang memegang kostum tradisional dan artifak sepanjang sejarah Melaka.

Muzium Maritim Flora de la Mar

Penduduk tempatan lebih mengenalinya dengan nama 'muzium bot'. Muzium ini adalah tentang sejarah kelautan dan perkapalan Melaka, yang pada masa dahulu merupakan salah satu pusat maritim dan juga mempunyai pelaut terhebat dunia. Muzium ini ditempatkan pada replika sebuah kapal Portugis, Flora de La Mar. Kapal yang asal itu telah tenggelam di Selat Melaka pada tahun 1500. Terletak di Jalan Quayside, berhampiran dengan sungai Melaka, muzium ini telah beroperasi selama 22 tahun. Harga tiket ialah RM10 untuk orang dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak, diskaun untuk pemegang MyKad sehingga 50%.

Hotel

Fantasy Hotel

Sebuah hotel kecil, bertemakan animasi comel seperti Hello Kitty dan Doraemon, dan watak-watak kartun, Winnie the Pooh dan Avengers, ini adalah salah sebuah hotel yang terdapat di Bandar Hilir. Pelanggannya telah mengkaji hotel ini sebagai mengesankan, dengan hiasan yang menarik, harga yang sangat berpatutan juga murah, dan keselesaan. Hotel ini menawarkan perkhidmatan Wi-Fi dan laundri 24 jam. Lokasinya terletak berdekatan dengan pilihan tarikan di Bandar Hilir.

Travellers Planet Hostel & Guesthouse

Jangan biarkan lokasi yang terletak di rumah kedai ini menipu anda. Dari luar, ia mungkin kelihatan murah tetapi bersiaplah untuk mengejutkan dengan perkhidmatan yang diberikan, bilik-bilik yang disediakan dan keseluruhan tempat ini menawarkan dekorasi yang cukup cantik dan mengenakan tema tradisional. Bilik ini bermula pada RM75 setiap malam, dengan bilik berhawa dingin yang luas, lengkap dengan kemudahan dalam bilik seperti meja make up dengan kerusi, televisyen dan lain-lain. Terdapat sebuah dapur kecil untuk kegunaan para tetamu di hostel ini dan juga ruangan menonton filem yang boleh digunakan. Perkhidmatan yang diberikan oleh para staf juga menerima banyak pujian yang hebat dari pelanggan sebelumnya. Asrama ini terletak di tempat-tempat menarik berhampiran tarikan-tarikan utama Bandar Hilir seperti Muzium Maritim, Melaka River Cruise dan pusat kegemaran tempatan, Mahkota Parade.

evtbvsrwfq