Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8500 Hotel)
    >
  3. Melaka
    (577 Hotel)
    >
  4. Bandaraya Melaka
    (541 Hotel)
    >
  5. Pusat Bandar Mela...
    (377 Hotel)

Hotel Mewah di Bandar Hilir, Bandaraya Melaka

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 05 Okt 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk
EXTERIOR_BUILDING Hatten Hotel Melaka

Hatten Hotel Melaka

Hotel
Bandar Hilir, Melaka City Center
Mengagumkan
8.7
(4306 Reviews)
Bilik luas, urusan mudah dan cepat serta staff yang mesra.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Estadia Hotel

Estadia Hotel

Hotel
Bandar Hilir, Melaka City Center
Mengagumkan
8.7
(3321 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Moty Hotel

Moty Hotel

Hotel
Bandar Hilir, Melaka City Center
Mengagumkan
8.9
(1217 Reviews)
Bilik yang luas dan sangat selesa. Staff yang sangat friendly! Semuanya terbaik! Akan repeat lagi duduk di hotel ni 😍😁
Lihat Harga
LOBBY Christee Suites Hotel

Christee Suites Hotel

Hotel
Bandar Hilir, Melaka City Center
Sangat Hebat
9.5
(6 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Hotel Equatorial Melaka

Hotel Equatorial Melaka

Hotel
Bandar Hilir, Melaka City Center
Mengagumkan
8.7
(252 Reviews)
Hotel yang cantik, makanan untuk breakfast pun sedap & banyak pilihan.
Lihat Harga
See all 45 Hotels in Bandar Hilir

Facts about Bandar Hilir

Popular Hotel
Hatten Hotel Melaka, Estadia Hotel
Popular Landmark
A'Famosa, Mahkota Medical Centre

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bandar Hilir

8.7
Mengagumkan
21,847 ulasan dari hotel di Bandar Hilir dengan purata penarafan 8.7/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bandar Hilir akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Reni m.
Ini adalah profil peribadi.
21 Jun 2023
Hotel yang sangat dekat dengan rumah sakit dan tempat makan
MUHAMMAD S. B. S.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
28 Aug 2023
Bilik besar lahanat boleh main konda-kondi dalam bilik. Staff semua peramah dan rajin senyum even security guard dia pun. Swimming pool jgn datang time Maghrib sebab semua mindset macam tu hahaha. Cuma parking limited hawau. Tapi nak jenjalan dekat lah Dataran Pahlawan, Taming Sari dll. Kau jangan nak malas jalan kaki ek dekat je taksampai 2 marhallah. Setiap Jumaat, Sabtu Ahad ada pasar dekat depan Taming Sari.
salleh b. k.
Ini adalah profil peribadi.
30 May 2023
Hotel berdekatan dengan tempat pelancongan. Yang tak best bilik tidak dikemas, tuala tak di tukar, masa check out lambat
Surida B. A. h.
Ini adalah profil peribadi.
22 Aug 2023
Layanan staff baik sangat, hotel setaraf 5 bintang, berdekatan bandar hilir. Parking ok. Hotel pom selesa.
Siti K. B. H. K.
Ini adalah profil peribadi.
16 Dec 2022
Bermula check in, receptionist tak mesra, bilik tak dibersihkan, lantai masih kotor dan tandas berbau, masa turun untuk breakfast, lobi gelap dan lampu tidak dibuka. Waktu breakfast jam 7, makanan tak ready, harap boleh tingkatkan lagi perkhidmatan.
eyzah M.
Ini adalah profil peribadi.
25 Mar 2018
Harga yang berpatutan dengan bilik, so far best je tinggal kat sana, agak selesa dan sesuai untuk backpacker, dekat dengan menara taming sari, dekat kedai makan, kedai ole-oleh dan hujung miggu dekat dengan pasar malam.
Nor D.
Ini adalah profil peribadi.
13 Dec 2021
Tak tahu salah siapa hotel ke online agent. Pergi-pergi receptionist kata nama takde dalam list. Book da seminggu. Tp check email, ad booking id kami. Mara lah juga orang hotel kata kami tak call dulu, bilik pon ambil yang standard. Kalau murah pon aku nak bilik murah tu, aku bising-bising. Akhirnya mereka bagi bilik orang lain. Logik akal hari sabtu public holiday nak cari bilik lain semua da full. Aku suggest korang kalau nak pagi, bila da book call lah hotel confirmkan.

Tentang

Bandar Hilir merupakan salah satu tarikan utama pelancong di Melaka. Lokasinya terletak di dalam daerah Melaka Tengah bersebelahan dengan Banda Kaba dan Melaka Raya. Pusat Penyelidikan Arkeologi, Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengesahkan penemuan 4 rangka manusia di Bandar Hilir adalah rangka manusia yang pernah hidup diantara Tahun 1400 ke 1450, semasa era Kesultanan Melayu Melaka. Mereka juga telah menjumpai 23 jenis artifaks seperti pinggan mangkuk dari China, periuk, paip Belanda, pinggan mangkuk diperbuat dari tanah liat, botol kaca, bumbung genting, syiling purba, batu bata merah dari zaman Pemerintahan Belanda, senapang diperbuat dari timah, lampu tanah, gelang jed dan cerek air. Kesemua artifaks ini ditemui ketika kerja-kerja pembangunan menara tinjau Bandar Hilir berhampiran dengan Unit Polis Pelancong Melaka di Bandar Hilir pada Ogos 2007. Bandar hilir menempatkan beberapa produk tarikan utama pelancong ke Melaka seperti A Famosa, Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Porta De Santiago, Dataran Belanda dan lain-lain lagi. Bahasa utama yang dipertuturkan disini ialah Bahasa Melayu, walaubagaimanapun, Baba Nyonya dan Ceti juga mempunyai bahasa mereka yang tersendiri dikalangan mereka. Kaum Portugis Melaka juga mempunyai bahasa mereka yang tersendiri yang dikenai sebagai Bahasa Kristang.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan Terbang yang berhampiran dengan Bandar Hilir ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang terletak di Batu Berendam yang menyediakan perkhidmatan udara untuk Bandar Melaka dan Utara Johor. Malindo Air dan Xpress Air membuat penerbangan ke Melaka. Malindo Air terbang setiap hari dari Melaka ke Pekan Baru di Indonesia dan Pulau Pinang di Malaysia. Xpress Air membuat empat penerbangan setiap hari ke Pekan Baru. Penerbangan China Southern juga menyediakan penerbangan tempahan khas dari Melaka ke Guangzhou untuk membawa pelancong dari Negara China. Anda juga boleh mengambil penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lapangan terbang tersebut dihubungi melalui lebuhraya PLUS. Dari KLIA anda boleh mengambil teksi ke Bandar Hilir Melaka dengan jarak perjalanan sejauh 136km atau 1 jam 49 minit masa pemanduan.

Menggunakan Kereta

Melaka boleh dihubungi melalui Lebuhraya Utara Selatan. Sekiranya anda datang dari arah Selatan, anda boleh mengambil E2 dan susur keluar lebuhraya di persimpangan Ayer Keroh. Bandar Melaka terletak di Jalan Pantai (Jalan Persekutuan 5)dan boleh boleh dihubungi ke Jalan Utama (Jalan Persekutuan 1) dengan keluar di Simpang Kendong atau Tampin, Negeri Sembilan. Melaka terletak 150km daripada Kuala Lumpur, 216km daripada Johor Bharu dan 60km daripada Port Dickson.

Menggunakan Bas

Kebanyakkan bas ekspress menyediakan perkhidmatan dari Melaka ke Kuala Lumpur, Seremban, Johor Bahru, Singapura dan lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki bas dari Terminal Bas Bersepadu Selatan yang terletak bersebelahan dengan stesen LRT dan KTM Bandar Tasik Selatan. Anda juga boleh menaiki KTM Komuter dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur dengan tambang berharga RM2.40 atau LRT dari Stesen Masjid Jamek. Bas dari stesen ini berlepas setiap 30 minit ke Melaka. Dari Singapura, terdapat banyak bas yang berlepas ke Melaka daripada City Plaza. Jadual perjalanan berbeza mengikut syarikat namun kebanyakkan syarikat bas menyediakan perkhidmatan bas setiap jam ke Melaka. Anda dinasihati untuk membeli tiket awal sekiranya anda ingin menaiki bas pada hari sabtu dan ahad kerana kebanyakkan rakyat Singapura menggunakan perkhidmatan bas tersebut.

Menggunakan Kereta Api

Bandar Melaka tidak dihubungi dengan laluan keretapi. Stesen keretapi yang paling hampir adalah di Pulau Sebang (Tampin) dan di Daerah Alor Gajah lebih kurang 30km dari Bandar Melaka. Stesen tersebut terletak di dalam laluan utama Kuala Lumpur-Johor Bahru dan dilalui oleh semua keretapi.

Tarikan Pelancongan

A Famosa and Porta de Santiago

A Famosa merupakan persinggahan untuk bergambar yang terkenal dikalangan para pelancong. Dibina pada tahun 1511, penempatannya dahulu meliputi keseluruhan kawasan bukit tersebut tetapi pada masa kini hanya tinggal sebuah pagar sahaja yang dikenali sebagai Porta De Santiago. Ianya merupakan kesan tinggalan sejarah era penjajahan zaman eropah yang masih kekal di Asia.

Melaka Sultanate Palace Museum

Untuk pengunjung yang mencari maklumat tentang sejarah dan kebudayaan Melaka anda boleh berkunjung ke Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka. Muzium Kebudayaan ini memaparkan replika ukuran sebenar Istana Kesultanan Melaka pada abad ke 15. Muzium ini mempamerkan peralatan yang berkaitan dengan kebudayaan negeri dengan mempamerkan ruang perjumpaan untuk menghadap sultan yang sangat luas.

Proclamation of Independence

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan adalah tempat yang mesti dikunjungi oleh para pengunjung ke Melaka untuk mendapatkan sejarah terperinci tentang urutan peristiwa Negara di dalam mencapai kemerdekaan. Pameran dan rekod yang terdapat di dalam Memorial ini mempamerkan semangat dan keberanian penduduk asal Melayu dan kaum-kaum yang lain di dalam Malaysia dahulunya dikenali sebagai Malaya yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan.

The Stadthuys

Dikenali dengan dinding batu berwarna merah salmon merupakan kediaman rasmi Gabenor Belanda dan para pegawainya. Dibina pada tahun 1645, ianya sekarang menempatkan muzium sejarah dan Etnik. Pengunjung juga boleh melawat Gereja Kristian, Gereja yang dibangunkan oleh Belanda pada abad ke 18 yang terletak bersebelahan dengan bangunan Stadthuys yang mempunyai warna yang sama dengan bengunan disekitarnya.

Melaka River Cruise

Anda boleh menyusuri Sungai Melaka dan menikmati keindahan sungainya dengan menaiki bot yang telah disediakan untuk para pengunjung. Anda akan diberikan penerangan disepanjang perjalanan menyusuri Sungai Melaka. Cruise Sungai Melaka akan membawa anda melihat sebahagian daripada kesan tinggalan sejarah termasuklah gudang lama, kedai barangan antik, jambatan asal dan Kampung Morten iaitu merupakan kampung tradisional Melayu.

Hotel

Hatten Hotel

Penginapan di Hotel Hatten Melaka merupakan pilihan yang tepat sekiranya anda berkunjung ke Bandar Hilir. Hotel ini terletak ditengah-tengah bandar berhampiran dengan semua kemudahan awam. Hotel bertaraf 4 bintang ini terletak berhampiran dengan tempat tarikan pelancongan utama seperti A Famosa (0.35km) dan bertentang dengan Pusat Membeli Belah Dataran Pahlawan.

Hotel Equatorial Melaka

Hotel Equatorial Melaka terletak ditengah-tengah bandar Melaka, hotel antarabangsa 22 tingkat bertaraf 5 bintang ini terletak berhampiran dengan kebanyakkan tapak-tapak bersejarah, kawasan perniagaan dan pusat membeli belah. Sesuai untuk para pengunjung yang ingin mencari penginapan mewah, mudah dan selesa disepanjang percutian di Bandar Hilir.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka