amaran

Hotel Mewah di Bandar Mersing, Mersing

Tentang

Bandar Mersing yang mempunyai anggaran penduduk berjumlah 21,670 orang pada tahun 2009, merupakan sebuah destinasi pelancongan yang terkenal dikalangan penduduk tempatan dan pelancong asing kerana ianya menempatkan jeti utama feri untuk berlepas ke pulau yang terkenal seperti Pulau Tioman, Pulau Rawa, Pulau Aur dan lain-lain. Bandar Mersing terletak di Bahagian Pantai Timur Semenanjung Malaysia di Negeri Johor. Mersing merupakan sebuah bandar, mukim dan pusat pentadbiran Daerah Mersing. Orang Melayu di Mersing mempunyai keunikan mereka yang tersendiri berbanding dengan penduduk Melayu lain di Negeri Johor kerana kebanyakkan daripada mereka berasal dari keturunan Terengganu dan ini dibuktikan dengan wujudnya industri keropok lekor yang terkenal di Mersing disamping penggunaan bahasa yang digunakan mengikut dialek Melayu Terengganu dan juga dialek Melayu Johor. Manakala, masyarakat Cina di Mersing pula berasal dari keturunan Kantonis dan mereka bertutur di dalam Bahasa Kantonis, namun begitu kebanyakkan penduduk tempatan terutamanya mereka dikalangan ahli perniagaan tidak mempunyai masalah untuk bertutur di dalam Bahasa Mandarin.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Bas

Terdapat beberapa syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas secara terus ke Mersing seperti Transnasional dari Kuala Lumpur, Melaka dan Singapura, sementara terdapat juga perkhidmatan bas yang menggunakan laluan lebuhraya pantai timur yang turut berhenti di Mersing. Dari Melaka anda boleh menaiki bas milik syarikat S&S International dari Stesen Bas Melaka Sentral dan dari Kuala Lumpur anda boleh juga menaiki bas S&S International dari TBS. Perjalanannya mengambil masa selama 5 hingga 6 jam untuk tiba di Terminal Bas Mersing (15 minit berjalan kaki ke jeti bot). Dari Singapura, cara yang paling murah untuk ke Mersing adalah dengan menaiki bas dari Terminal Bas Jalan Queen ke Terminal Bas Larkin di Johor Bahru.

Menggunakan Kereta

Sekiranya anda memandu dari Johor Bahru atau Singapura, anda boleh menggunakan Jalan Persekutuan 3 dari Johor Bharu menuju ke Ulu Tiram. Seterusnya anda menuju ke Jemaluang dari Kota Tinggi sehingga anda tiba di Mersing. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur atau Melaka, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Selatan dan susur keluar di Plaza Tol Ayer Hitam. Dari situ, anda boleh menggunakan Jalan Persekutuan 50 menuju ke Kluang dan terus ke Kahang melalui Felda Nitar sehingga anda tiba di Mersing. Sekiranya anda memandu dari Kuantan anda boleh menggunakan Jalan Persekutuan 3 menuju ke Pekan dan terus memandu ke Rompin, Endau sehingga anda tiba di Mersing.

Menggunakan Teksi

Perkhidmatan teksi untuk pergi dan balik ke Mersing turut disediakan dari Johor Bahru dan bandar-bandar lain di Malaysia. Anggaran tambang teksi adalah pada sekitar harga RM180 untuk sebuah teksi pada waktu kemuncak dan RM130 pada waktu biasa.

Tarikan Pelancongan

Air Papan Beach

Pantai Air Papan merupakan salah satu daripada pantai yang terkenal di Mersing. Anda boleh melihat banyak chalet yang disediakan untuk penginapan para pelancong di pantai ini pada harga yang murah. Terdapat juga program rumah inap desa yang membolehkan anda untuk menginap bersama tuan rumah di rumah meraka pada harga yang murah. Sekiranya anda berada di sini pada awal musim bunga, anda boleh menyertai acara Pesta Air Papan yang berlangsung pada setiap 1 Mei setiap tahun. Terdapat pelbagai jenis makanan, hiburan dan pertandingan permainan pantai yang dianjurkan untuk masyarakat tempatan dan pelancong antarabangsa yang berkunjung ke pantai ini.

Mersing Esplanade and Marine Park

Tempat ini adalah sangat menarik untuk dilawati dan terletak tidak jauh dari Bandar Lama Mersing. Anda dapat menikmati perbezaan ketenangan dan kesegaran udaranya di sini berbanding suasana di bandar. Anda boleh membeli cenderamata yang sesuai untuk dijadikan sebagai kenangan untuk diberikan kepada ahli keluarga anda di deretan kedai yang terletak bersebelahan dengan pantai. Anda boleh beristirehat di sini sambil menikmati makanan ringan dan minum di bawah pondok-pondok yang disediakan disepanjang pantai. Panjang keseluruhan laluan pejalan kaki ini adalah lebih kurang setengah batu dan terdapat ruang untuk bersenam serta ruang meletak kenderaan turut disediakan disepanjang laluan.

Gunung Arong Recreational Forest

Hutan Rekreasi Gunung Arong terletak di jalan Mersing-Endau. Hutan yang cantik ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang meredupkan suasana di bawahnya serta menjadikan alam semulajadi hutan ini sangat nyaman dan segar dengan aliran sungainya yang bersih dan jernih menjadikan ianya sangat sesuai buat para pengunjung yang ingin beristirehat dan menikmati keindahan alam semulajadi. Hutan Rekreasi Gunung Arong ini terkenal sebagai tapak perkemahan untuk penggemar tumbuh-tumbuhan yang ingin menikmati keindahan pokok-pokok bersama ahli keluarga atau kumpulan perkhemahan yang lain.

Pulau Pemanggil

Pulau Pemanggil terkenal sebagai salah satu tempat untuk memancing di Malaysia. Ianya dikenali oleh semua kaki pancing sebagai tempat yang paling sesuai untuk memancing di laut dalam. Selain itu, ia turut dikenali sebagai salah satu kawasan aktiviti air dikalangan ahli selam skuba dan snorkel. Terdapat juga bukit untuk penggemar aktiviti lasak. Anda boleh mendaki sehingga ke puncak nya untuk melihat keindahan pemandangan pulau dan laut disekelilingnya dari puncak bukit tersebut. Tempat ini merupakan tempat yang sesuai bagi mereka yang ingin mencari kelainan dan ketenangan.

Endau Rompin National Park

Bagi penggemar alam semulajadi anda boleh mencuba menerokai hutan Taman Negara Endau-Rompin yang terletak hanya 30km dari Bandar Mersing. Taman Negara terletak diantara sempadan Negeri Johor dan Negeri Pahang yang mempunyai sungai yang bersambung di kedua-dua negeri dan memiliki keindahannya yang tersendiri dengan persekitaran hutan yang masih asli. Anda boleh berkunjung ke perkampungan Orang Asli yang tinggal di Kampung Peta hanya 15 minit dari Taman Negara ini untuk melihat kehidupan mereka yang hidup secara sederhana di dalam hutan tersebut dan mempunyai bekalan elektrik yang diperolehi melalui teknologi solar.

Hotel

Hotel Seri Malaysia Mersing

Menginap di Hotel Seri Malaysia Mersing merupakan pilihan yang paling tepat sekiranya anda berkunjung ke Bandar Mersing. Hotel ini sangat mudah untuk dicari kerana kedudukannya yang berada di tengah-tengah bandar berhampiran dengan semua kemudahan awam dan bersebelahan dengan pantai Mersing di pantai timur Negeri Johor. Hotel bertaraf 3 bintang ini menawarkan kemudahan awam yang hebat, selesa dan pasti akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik.

Aseania Resort Pulau Besar

Aseania Resort Pulau Besar merupakan pilihan yang tepat sekiranya anda berada di Bandar Mersing. Dikelilingi oleh lagun yang cantik, resort bertaraf 3 bintang ini menampilkan chalet yang menenangkan dengan pemandangan taman atau pemandangan laut yang indah terletak didalam taman marina. Anda boleh menikmati keriangan di kolam renangnya ataupun mandi manda di pantai di mana anda boleh turut melakukan aktiviti snorkel di situ.

evtbvsrwfq