amaran

Hotel Mewah di Bandar Taiping, Larut, Matang & Selama

Novotel Taiping Perak

Bandar Taiping

9.1/10

Cemerlang

Tentang

Taiping merupakan sebuah bandar yang terletak di negeri Perak, iaitu di bahagian barat laut Malaysia. Ia terkenal dengan seni bina dan pembangunan kolonialnya yang terpelihara. Taman Tasik Taiping, yang juga merupakan taman awam dengan pokok angsana dan kolam teratai mula dibuka pada tahun 1880 di tapak sebuah lombong timah lama. Daerah ini berkembang pesat pada abad ke-19 apabila bijih timah ditemui. Lombong-lombong di sini menarik ramai peneroka, terutamanya orang Cina. Selain itu, Taiping juga adalah merupakan ibu kota bagi daerah Larut, Matang dan Selama di Perak. Ibu kota Perak dipindahkan dari Bandar Baru (Bandar Baru) ke Taiping selepas Datok Maharaja Lela membunuh Residen British pertama, Encik James Wheeler Woodford Birch di Pasir Salak pada tahun 1875. Pada tahun 1937, ibu kota Perak dipindahkan dari Taiping ke Ipoh. Selain itu, keretapi pertama di negara ini dibina menghubungkan antara Taiping dengan Kuala Sepetang yang dahulu dikenali sebagai Port Weld.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta Api

Ia mengambil masa sekitar 2 jam 58 minit dari Stesen Kereta Api Kuala Lumpur ke Taiping, Perak. Kos keretapi dianggarkan kira-kira RM29 hingga RM50 bergantung kepada tempat duduk penumpangnya.

Menggunakan Kereta

Dari pusat bandar Kuala Lumpur, perjalanan mengambil kira-kira 2 jam 55 minit dari Lebuhraya Utara-Selatan ke Taiping, Perak.

Tarikan Pelancongan

Zoo Taiping

Taman binatang Taiping atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping ini terletak di persekitaran semula jadi di Taman Tasik Taiping, iaitu berdekatan kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Taman Mergastua Sultan Idris Shah' atau Zoo Taiping, merupakan satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia dan kini mempunyai lebih daripada 180 spesies haiwan termasuk harimau, singa, gajah, kuda nil, zirafah, pelanduk, orang utan serta banyak lagi . Safari di waktu malam yang boleh didapati di Zoo Taiping mempamerkan haiwan yang aktif pada waktu malam dalam habitat semula jadi mereka. Lampu suluh serta cahaya kilat dari kamera tidak dibenarkan untuk digunakan semasa berada aktiviti ini kerana akan mengganggu haiwan-haiwan di sini.

Muzium Perak

Muzium Perak merupakan muzium tertua di Malaysia. Ia diasaskan pada tahun 1883 dan berfungsi sebagai sebuah repositori untuk koleksi barang-barang etnologi, antropologi dan zoologi yang luas. Tempat ini dikendalikan semasa tempoh Sir Hugh Low sebagai Residen Perak (1877 - 1889). Terdapat beberapa galeri di sini yang memaparkan pelbagai jenis artifak serta koleksinya. Galeri Alam mempamerkan pelbagai jenis haiwan, burung, ikan, siput dan spesies herberium yang ditempatkan dalam pelbagai jenis diorama yang mencatatkan kaedah persembahan gaya Inggeris sambil mengekalkan persekitaran habitat liar yang menarik dan penuh dengan unsur-unsur estatiknya yang hebat. Di samping itu, Galeri Kebudayaan memaparkan koleksi dan artifak dari pelbagai jenis hasil kerja dan kraf tangan serta hasil tenunan rakyat Malaysia, terutamanya dari Perak, seperti tenunan unik yang dibuat oleh ibu Sultan Perak. Galeri Tanah Liat dan Orang Asli merupakan sumber koleksi dan artifak. Perak adalah salah satu daripada negeri yang merupakan rumah kepada banyak orang asli dari suku Melayu Proto, Senoi dan Negrito. Kerja-kerja tanah liat yang dipamerkan oleh muzium adalah produk perindustrian tradisional seperti "labu", "geluk", "belanga", "pasu bucung", "buyung", "kukusan" dan "perasapan" yang semuanya berusia lebih dari 100 tahun. Waktu lawatan muzium ini adalah dari 9.00 pagi sehingga 6.00 petang, setiap hari dan ditutup hanya pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha. Tiket berharga RM2.00 untuk orang dewasa dan kemasukan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan kanak-kanak yang berpakaian seragam sekolah.

Hotel

Novotel Taiping

Terletak dengan strategik di tengah-tengah bandar Taiping, ia hanya 15 minit berjalan kaki dari Taiping Night Safari, Zoo Taping, Taman Tasik Taiping dan Muzium Perak. Hotel ini sesuai untuk para pelancong dan ahli perniagaan. Sejumlah 197 buah bilik ditawarkan dan terdapat unit-unit tertentu yang menghadap pemandangan bandar dan tasik. Hotel ini juga mempunyai sebuah restoran, bilik permainan utama dan kira-kira 6 buah bilik mesyuarat disediakan. Terdapat juga restoran halal, perkhidmatan teksi, perkhidmatan menjaga bayi, kelab kanak-kanak dan serta perkhidmatan dobi dan pengemasan bilik secara harian.