amaran

Hotel Mewah di Pusat Bandar Batu Pahat, Batu Pahat

The Katerina Hotel

Pusat Bandar Batu Pahat

8.5/10

Sangat Baik

Tentang

Daerah Batu Pahat adalah daerah di negeri Johor, Malaysia. Ia terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, barat laut Pontian, selatan Segamat dan Daerah Tangkak. Pusat pentadbiran bagi daerah ini terletak di Bandar Penggaram, Batu Pahat. Menurut orang-orang lama, nama "Batu Pahat" berasal dari telaga dekat pinggir laut Minyak Beku, yang telah di buat oleh sekumpulan orang Thailand.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Jika anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (IATA: JHB, ICAO: WMKJ) ataupun Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail yang merupakan sebuah lapangan terbang yang terbaru terletak di Senai, berhampiran dengan Johor Bahru, di negeri Johor, Malaysia. Lapangan terbang ini terletak di dalam daerah Kulaijaya yang terletak kira-kira 30 kilometer dari ibu negeri Johor, Johor Bahru dan sekitar 1 jam 20 minit dari Batu Pahat.

Menggunakan Kereta

Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) adalah laluan terbaik untuk diambil jika anda memandu dengan kereta. Jika anda datang dari Utara, keluar melalui susur keluar Pagoh dan anda akan memandu sepanjang 45 minit perjalanan sebelum tiba di pekan Batu Pahat. Sebagai alternatif, anda juga boleh ambil susur keluar di Yong Peng dan anda akan memandu 30 minit untuk sampai ke bandar Batu Pahat. Laluan ini lebih kerap digunakan dan mempunyai tanda jalan yang mencukupi dan mudah. Jika anda sesat, tanya mana-mana penduduk tempatan. Mereka akan dapat membantu kerana laluan itu tidak begitu sukar untuk di lalui.

Menggunakan Bas

Terdapat banyak laluan bas utama yang menghubungkan Batu Pahat daripada beberapa bandar utama termasuk Kuala Lumpur (melalui Stesen Bas Terminal Bersepadu Selatan, dikenali sebagai TBS), Johor Bahru (melalui Stesen Larkin), Kuala Terengganu, Ipoh dan Kuantan.

Tarikan Pelancongan

Dataran Penggaram

Juga dikenali sebagai "padang", kerana ia adalah satu-satunya padang di bandar. Hari ini, dataran ini telah menjadi tarikan dengan mercu tanda yang terdiri daripada tukul, pahat dan batu, sebagai perwakilan kepada bandar "Batu Pahat", yang bermaksud Batu Pahat. Pada waktu malam, kawasan ini dihiasi dengan cahaya lampu warna-warna terang.

Pinggir Pantai Minyak Beku

Kawasan pinggir pantai dengan sebuah rumah api berdekatan. Walaupun anda tidak boleh masuk ke dalam rumah api tersebut, anda boleh menikmati angin laut sambil menikmati ais kacang atau kopi di warung kopi yang terdapat di situ. Di sini, anda juga boleh menikmati pemandangan semasa matahari tenggelam yang paling tenang dan romantik di Batu Pahat. Anda juga boleh melihat kepulauan Riau yang terletak di Indonesia, di seberang perairan.

Hotel

Hotel Katerina

Hotel Katerina adalah sebuah hotel bertaraf empat bintang yang terletak di tengah-tengah kawasan bandar Batu Pahat yang meriah. Hotel ini terdiri daripada lima belas tingkat dan terdiri daripada 9 Premier Suites, 9 Family Suites, 10 Executive Suites dan bilik-bilik yang lain seperti 160 Bilik Deluxe. Lobi menyambut anda dengan ketenangan hiasan istana Eropah dan pemandangan lilin yang indah, cermin siling yang tinggi, lukisan dan bunyi pancuran air dapat didengari di seluruh kawasan lobi. Hotel ini dibina untuk menggambarkan imej tersendiri yang dicampur dengan gaya Eropah dengan juga Asia dengan keanggunan yang tiada tandingannya melalui reka bentuk dalaman yang unik yang menggabungkan pengaruh Asia dan Eropah. Reka bentuk lantai yang diimport sangat indah, perabot kayu jati yang di bawa khas dari Bali, lukisan-lukisan yang indah dan candelier bercahaya memberi ketenangan kepada penggunjung Hotel Katerina. Pasti merupakan satu-satunya hotel yang terbaik di Batu Pahat. Apabila anda berada di Batu Pahat, pilih Hotel Katerina dan nikmati ketenangan dan gaya hidup bandar Batu Pahat.

Pinetree Hotel

Pinetree Hotel menawarkan bilik-bilik yang dilengkapi dengan penghawa dingin dengan dikawal secara individu dan perabot dan kelengkapan yang kontemporari. Bilik-bilik di hotel ini juga dilengkapi dengan bar mini, kemudahan membuat kopi dan teh, yang pastinya memberikan tetamu kesenangan dan kemudahan - sebuah pengalaman seperti di rumah sendiri!