1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8929 Hotel)
    >
  3. Terengganu
    (286 Hotel)
    >
  4. Kuala Terengganu
    (131 Hotel)
    >
  5. Batu Rakit
    (7 Hotel)

Hotel Mewah di Batu Rakit, Kuala Nerus

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Batu Rakit

Popular Landmark
Juliette Cups Batu Rakit, Buai Pantai Kolam

Ulasan Tetamu dari Hotel di Batu Rakit

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Batu Rakit dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Batu Rakit akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Mohd H. h. b. m.
Ini adalah profil peribadi.
1 Nov 2019
Bilik penginapan ada lipas dan tempat perlu dipenambahbaikkan.
Pak M. K.
Ini adalah profil peribadi.
26 Mar 2022
Kebersihan mendukacitakan. Bilik bersawang. Bathroom berbau sangat teruk & tidak dibersihkan. Housekeeping cuma kerja dia tukar cadar je. 1st & last datang cni. Tak kan repeat. Harga wpon agak murah tapi tak berbaloi. Pada yang nak menyewa, fikir-fikir kan semula. Baca review yang lain dulu
Nor S.
Ini adalah profil peribadi.
4 Aug 2020
ok dengan harganya, biliknya kecil. Bersih. Saya tiba pada jam 10.30 malam dan 7.30 pagi untuk keluar, jadi hanya untuk tidur sebelum memulakan perjalanan jauh.
Mohamad N. B. I.
Ini adalah profil peribadi.
16 Aug 2020
Tempat yang cantik. pantas bertindak balas. sangat bersih. disyorkan. akan menempah lagi pada masa akan datang

Tentang

Batu Rakit adalah sebuah bandar kecil serta sebuah sub-daerah atau mukim yang terletak di daerah Kuala Nerus, negeri Terengganu, Malaysia. Di sebelah utara, ia bersempadan dengan Setiu; ke barat, Hulu Terengganu; di selatan, ibu negeri Kuala Terengganu. Ia dinamakan sedemikian kerana pembentukan batu yang kelihatan sama dengan rakit, yang boleh ditemui di kawasan pantainya. Pantai-pantai di sini amat sesuai untuk bersantai dengan kampung-kampung nelayan berhampiran dan gerai makanan yang menjual makanan tempatan yang lazat seperti "keropok lekor" dan barang-barang makanan laut bergoreng yang lain.


Walau bagaimanapun, Batu Rakit tidak menjadi terkenal secara langsung dek kerana pantai-pantainya, namun ia terkenal dengan pembukaan pelbagai institusi pendidikan seperti Universiti Sultan Zainal Abidin atau UniSZA, Kolej Pengajian Kuala Terengganu, Institut Teknologi Petronas atau INSTEP dan Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia atau KUSTEM dalam kadar yang pantas, umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Terdapat juga sebuah sekolah berasrama di sini yang dikenali sebagai Sekolah Bersepadu Batu Rakit atau BRaInS. Oleh kerana banyak institusi pendidikan yang terletak rapat antara satu sama lain, ekonomi di sini didorong oleh para pelajar yang akan tinggal di sini selama beberapa tahun untuk menyelesaikan pengajian mereka.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Batu Rakit boleh diakses dengan menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu. Terdapat penerbangan ke Kuala Terengganu yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menaiki teksi atau pengangkutan awam lain ke Batu Rakit.


Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui laluan E8 untuk akses terus ke Batu Rakit. Perjalanan boleh mengambil masa kira-kira lima jam bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.


Menggunakan Bas

Terminal ekspres bas yang terdekat terletak di ibu negeri Kuala Terengganu yang terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin. Ambil perjalanan terus ke Kuala Terengganu dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Transnasional Express atau Ekspress Mutiara sebelum memilih untuk bas-bas laluan tempatan untuk pergi ke Batu Rakit.


Tarikan Pelancongan

Masjid Batu Rakit

Salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi semasa pengunjung berada di Batu Rakit ialah Masjid Batu Rakit yang terletak di Kampung Batu Rakit. Secara rasminya dikenali sebagai Masjid As-Salam, sejarahnya dapat dikesan sejauh pada tahun 1930-an ketika penduduk setempat bekerjasama untuk bergotong-royong membina sebuah masjid untuk kegunaan mereka. Walau bagaimanapun, kerana masa berlalu dengan panjang, keadaan masjid semakin tua dan uzur sementara kampung tersebut semakin besar dan menjadi pekan dan bandar. Oleh itu, masjid ini kemudiannya dibina semula dan diberi wajah baru di tapaknya yang lama, menjadi salah satu tempat utama di kawasan ini ketika para pengunjung berkunjung ke Batu Rakit.


Pantai Batu Rakit

Pantai Batu Rakit terletak di tepi pantai yang belum tercemar, yang dihiasi dengan bot nelayan yang berwarna-warni yang dikelilingi oleh hutan yang subur. Perkampungan nelayan yang terletak bersebelahan dengan pantai ini adalah rumah kepada nelayan-nelayan yang biasanya akan datang kembali dengan bot mereka pada waktu petang dengan ikan segar yang siap untuk dibeli oleh para pembekal. Berdekatan dengan kawasan pantai, terdapat beberapa gerai makanan di pinggir jalan yang menjual hidangan terkenal keropok lekor, otak-otak dan Satar di samping tempura makanan laut seperti ikan, ketam, cumi-cumi, udang dan ikan pari, pisang goreng dan banyak lagi. Jika pengunjung menginginkan hidangan yang lebih berat, kawasan ini juga terkenal dengan kuey teow goreng dengan sotong dan ayam yang dijual di gerai berhampiran. Secara keseluruhannya, ia adalah sebuah pantai yang elok dengan suasana kampung nelayan yang tersendiri.


Taman Rekreasi Batu Buruk

Berhampiran dengan ibu negeri Kuala Terengganu, Taman Rekreasi Batu Buruk adalah taman rekreasi yang lebih terkenal yang terletak berhampiran dengan Pantai Batu Buruk yang juga tidak kurang terkenal. Tempat ini lebih padat kerana berdekatan dengan pusat bandar, namun ia juga lebih meriah di sini. Terdapat banyak aktiviti untuk keluarga dan kawan-kawan seperti menerbangkan layang-layang dan menunggang kuda dengan gerai makanan berdekatan menjual nasi dagang, satu lagi hidangan wajib di Terengganu dan aiskrim goreng.


Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka