1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8928 Hotel)
    >
  3. Pahang
    (738 Hotel)
    >
  4. Cameron Highlands
    (193 Hotel)
    >
  5. Brinchang
    (70 Hotel)

Hotel Mewah di Brinchang, Cameron Highlands

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
EXTERIOR_BUILDING Copthorne Cameron Highlands

Copthorne Cameron Highlands

Hotel
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Mengagumkan
8.3
(2165 Reviews)
Sangat selesa, bilik yang luas, pemandangan yang cantik.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING SPRINGHILL RESORT

SPRINGHILL RESORT

Hotel
Brinchang, Cameron Highlands
Lihat Harga
ภาพหลัก Cameron Nova Highlands

Cameron Nova Highlands

Apartmen
Brinchang, Cameron Highlands
Apabila anda menginap di hotel pangsapuri ini di Brinchang, anda akan berada dihubungkan dengan pusat membeli-belah, tidak jauh dari Ladang Ee Feng Gu Bee dan Taman Rama-rama Cameron Highland. Hotel pangsapuri 4 bintang ini berada 2.3 km dari Ladang Teh Boh dan 6.4 km dari Pasar Malam Tanah Tinggi Cameron.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Strawberry Park Resort

Strawberry Park Resort

Resort
Brinchang, Cameron Highlands
Mengagumkan
8.7
(165 Reviews)
Penginapan yang sangat privasi n selesa.
Lihat Harga
See all 70 Hotels near Brinchang

Facts about hotel in Brinchang

Popular Area
Kea Farm & Green Cow
Popular Hotel
Copthorne Cameron Highlands, SPRINGHILL RESORT
Popular Landmark
Raju Hill Strawberry Farm, Cactus Point

Ulasan Tetamu dari Hotel di Brinchang

8.2
Menyenangkan
12,209 ulasan dari hotel di Brinchang dengan purata penarafan 8.2/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Brinchang akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Norlina
Ini adalah profil peribadi.
12 Feb 2024
Bilik yang sangat luas, selesa, tempat yang berhampiran dengan kedai. Breakfast pun disediakan.
Ismazura I.
Ini adalah profil peribadi.
22 Oct 2023
Masuk 2 bilik berbau, reception jauh dari bilik hotel, penjaga kaunter pon tak berapa mesra, tak ingat nama. Tapi bilik sangat luas, tapi tak de kipas dalam bilik. Kipas hanya ada kat luar dekat TV. Overall ok. Ada mikrowave kettle.
Amirul A.
Ini adalah profil peribadi.
19 Feb 2024
Dekat dengan pekan, kedai makan dekat sangat
Nurul I. B. M.
Ini adalah profil peribadi.
29 May 2023
Hotel ok. Cuma parking la masalah sikit. Kemudahan untuk membeli keperluan semua dekat-dekat. Overall ok
AIZAT B. A. S.
Ini adalah profil peribadi.
28 Jan 2024
Toilet paper tidak disediakan walaupun sudah minta di kaunter. Televisyen tiada siaran. Bilik banyak habuk dan rambut di lantai, tidak disapu & dibersihkan.
NOOR H. B. M.
Ini adalah profil peribadi.
26 Jun 2023
Selimut, cadar, bantal, terlalu hapak terbatuk sampai nak muntah tak pernah basuh ke tolong lah jaga servis.
amirah f.
Ini adalah profil peribadi.
9 Nov 2023
Bilik berbau. Mungkin mop lantai. Bathroom kotor. Lantai & dinding tak berus, terasa licin-licin kulat.
muhamad t. b. y.
Ini adalah profil peribadi.
2 Aug 2020
Hotel style lama tapi menarik, cuma bising sebab ramai oran, tengah malam pon memekak lagi.
Umi M.
Ini adalah profil peribadi.
15 Nov 2021
Bilik selesa, bersih kemas. Tak payah bawak iron dah sebab dah ada sedia iron hahahah best best 😘 cuma water heater dia tak function tadak ayaq panaih siap sedia la mandi sejuk 😂
Nur H. B. H.
Ini adalah profil peribadi.
17 Nov 2023
Kawasan strategik untuk stay sebab berada di tengah kawasan brinchang. Bersih dan selesa. Parking agak limited.

Tentang

Mencari tempat yang santai untuk melarikan diri dari kehidupan kerja yang sibuk dan kehidupan bandar yang kacau-bilau? Jika ya, rancang perjalanan anda ke Brinchang. Nama 'Brinchang' telah diambil daripada nama ‘Gunung Brinchang’. Terletak pada ketinggian 1540 meter di atas paras laut, Brinchang adalah bandar pelancongan kedua selepas Tanah Rata. Ia terletak 2 kilometer selepas Tanah Rata dan 3 kilometer sebelum Kea Farm. Dengan kawasan yang lebih kecil berbanding Tanah Rata, Brinchang adalah yang paling pesat dalam pembangunan. Hal ini telah menjadikannya sebuah pusat pelancongan untuk warga Malaysia, Singapura dan pelancong-pelancong daripada negara lain. Dikelilingi dengan persekitaran yang tenang dan segar, pelancong sering terpesona oleh rasa dan gaya tempatan di bandar ini. Pancarian tempat percutian anda terhenti di sini. Bawa orang yang anda sayangi dan luangkan masa berkualiti bersama mereka di sini!

Bagaimana untuk ke Destinasi

Untuk sampai ke tempat yang menakjubkan ini, anda hanya boleh menggunakan jalan darat kerana tiada mod kenderaan lain yang sesuai untuk ke sini. Memandu terus ke atas melalui jalan raya yang menghubungkan Gunung Brinchang dan Laluan Persekutuan 59. Bas ekspres dengan harga yang berpatutan turut disediakan untuk bandar ini. Oleh itu, jika anda ingin duduk dan menikmati pemandangan, perjalanan dengan bas sangat disyorkan untuk anda. Walau bagaimanapun, jika anda mudah mabuk kereta, pastikan anda menyediakan pil sebelum anda meneruskan perjalanan yang megujakan.

Tarikan Pelancongan

Kok Lim Strawberry Farm

Ingin mengalami sendiri pengalaman menarik memetik buah strawberi yang segar dan manis? Terletak hanya di tepi jalan sahaja, anda akan dapat meluangkan masa bersama yang tersayang sambil menikmati keindahan ladang strawberi ini. Anda boleh memetik strawberi di ladang ini sebanyak mana yang anda mampu. Anda juga boleh menikmatinya dengan coklat panas yang penuh berkrim sambil melawat kawasan sekitar di ladang sepert pasar sayuran, galeri membeli-belah, kafe vintaj dan juga kedai-kedai pastri. Sekiranya anda datang ke sini pada hujung minggu atau cuti umum, jangan bimbang tentang kawasan meletak kereta. Mereka menyediakan ruang meletak kenderaan yang cukup untuk menampung jumlah pengunjung yang ramai. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengalami pengalaman kembali ke masa silam dengan melakukan perjalanan ke dalam Terowong Masa, sebuah muzium yang dibina di ladang ini sebagai usaha memperingati dan dedikasi kepada era kolonial antik dan warisan.

Lavender Garden

Sebagai salah satu ladang yang terkenal di Cameron Highlands, Lavender Garden adalah merupakan salah satu tempat wajib yang perlu dilawati jika anda berada di sekitar sini. Berjalan merentasi lautan bunga-bungaan yang cantik dan menarik, anda akan menyedari bahawa ladang ini dibina berdasarkan konsep ‘kayangan’. Anda akan dapat melihat istana pasir, patung pari-pari dan peti surat yang ditempatkan di sepanjang ladang ini. Cameron Highlands sememangnya sinonim dengan strawberi, maka di sini juga terdapat ladang strawberi dan anda boleh memetik dan menikmatinya di ladang ini. Kebun hidroponik juga boleh didapati di dalam kawasan ladang ini di mana ia nya menjadi tempat utk menanam sayur-sayuran. Oleh itu,jangan lupa untuk meletakkan ladang ini di dalam tentatif lawatan anda ke sini kerana anda pasti akan menyesal jikalau tidak menjejakkan kaki ke sini!

Hotel

Copthorne Cameron Highlands

Dengan harga hanya RM304.32, anda akan dapat mengalami pengalaman yang tidak akan dilupakan di hotel 4 bintang ini. Ianya merupakan salah satu pilihan yang bijak, terutamanya jika anda bersama dengan yang tersayang. Anda pasti akan terpukau dengan pemandangan yang indah daripada jendela bilik anda sambil menikmati teh yang panas. Terletak di Kea Farm, hotel ini dikelilingi tempat-tempat yang menarik seperti Cameron Bharat Tea Estate, Time Tunnel Museum dan Lavender Garden. Lengkapi penginapan anda di sini dengan merehatkan diri dan mendapatkan urutan yang menyegarkan di spa yang disediakan. Bukan itu sahaja, anda boleh memanaskan badan anda dengan berendam didalam kolam renang bertutup yang dilengkapi dengan pemanas. Kolam ini juga sesuai untuk kanak-kanak. Dilengkapi ruangan meletak kenderaan yang besar, hotel ini juga menyediakan lawatan untuk tetamu di hotel ini.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka