Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. >
  2. (9074 Hotel)
    >
  3. (1801 Hotel)
    >
  4. (562 Hotel)
    >

Hotel Mewah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 06 Okt 2022
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bukit Bintang

8.3
Mengagumkan
196,925 ulasan dari hotel di Bukit Bintang dengan purata penarafan 8.3/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bukit Bintang akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Bagas D. P.
11 Sep 2022
Enjoy lah, duduk kat sini. Staff pun ramah
HD
8 Nov 2021
Lain-lain ok...cuma parking kena ke bangunan lain pulak menyusahkan bagi yang berkeluarga dengan anak kecil
AZ
Ainna Z.
2 Jun 2022
Tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata, over berbaloi lah, semua kemudahan disediakan. Tapi tu la agak panas lah sikit. Will repeat la 😆
11 Sep 2022
Front desk tak mesra. Tanya berkaitan bilik jawab dengan senyum sinis. Saya bertanya dengan elok tetapi jawab seperti tak ikhlas. Booking awal tak menjamin dapat view elok. Sila berhati-hati. Nasib tak baik anda akan dapat bilik sama macam saya. View anda hanya botol arak yang pecah di luar tingkap.
mh
muhamad h. b. k.
1 Sep 2022
Kaunter pendaftaran memang terbaik.. Akak tu baik sgt.. Lupa nama akak tu.. Bagi bilik mengadap menara KL dan KLCC... Bilik lawa dan bersih.. Masa sarapan akak Yaya terbaik... Terima kasih atas layanan hospitality team Hotel Royal Kuala Lumpur.. Korang memang terbaik... Kekalkan hospitality korang.. 🤩🤩😍
NF
NUR F.
15 Dec 2019
Puas hati. Bilik hotel yang cantik, bersih dan selesa. Bilik betul-betul menghadap pemandangan bandar dan menara kuala lumpur. 👍
th
tihajar h. a.
6 Sep 2022
Nice hotel, near Bukit Bintang

Tentang

Bukit Bintang, atau sekarang secara rasmi dikenali sebagai Bintang Walk, adalah tempat membeli-belah dan hiburan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Ia terletak di Jalan Bukit Bintang, dimana ia mendapatkan namanya, dan kawasan sekitarnya. Bermula pada tahun 1980-an, Bukit Bintang ini telah dihidupkan semula oleh YTL Corporation, sebagai sebahagian daripada program pemulihanan wajah bandar raya dan hari ini Bukit Bintang merupakan salah satu destinasi paling trendi di Kuala Lumpur. Terdapat kira-kira sembilan pusat membeli-belah di situ, dengan pusat membeli-belah tertua iaitu Sungei Wang Plaza yang dibuka pada tahun 1977 dan yang terbesar dengan taman tema dalam bangunan, Berjaya Time Square. Bukit Bintang terletak kira-kira 4.5 kilometer dari Kuala Lumpur. Bukit Bintang menjadi pilihan para pelancong dan juga penduduk tempatan untuk mendapatkan barangan-barangan ekslusif dan juga berjenama di satu tempat yang besar dengan pelbagai pilihan.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Memandu dari bandar Kuala Lumpur ke Jalan Bukit Bintang akan mengambil masa kurang dari sepuluh minit, bergantung pada keadaan lalu lintas semasa. Perlu diingatkan bahawa semasa waktu puncak, perjalanan boleh melebihi lima belas minit atau mungkin lebih lama.

Menggunakan Teksi

Teksi sangat mudah didapati di bandar Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi di kawasan yang menjadi tumpuan para pelancong. Perkhidmatan teksi dari KL Sentral adalah perkhidmatan prabayar, di mana harga ke tempat-tempat tetap dan dibayar di kaunter teksi dalam KL Sentral itu sendiri. Selain itu, di sekitar Kuala Lumpur, mudah untuk mencari teksi tetapi perlu diingatkan bahawa sesetengah pemandu teksi enggan menggunakan meter dan akan memberikan harga tetap yang terlalu tinggi. Cari teksi yang menggunakan meter atau tawar-menawar untuk harga yang lebih murah sebelum anda masuk ke dalam teksi.

Menggunakan Monorel

Terdapat sebuah stesen monorel di Bukit Bintang, terletak di antara pusat membeli-belah Lot 10 dan Plaza Sungei Wang, dengan satu lagi stesen monorel, stesen monorel Imbi terletak lebih jauh ke selatan ke stesen Bukit Bintang.

Menggunakan Mass Rapid Transit (MRT)

Pengangkutan awam yang baru dibina di Malaysia juga menghubungkan Bukit Bintang di laluanya, sebagai sebahagian daripada laluan Sungai Buloh. Terdapat dua buah stesen yang terletak di bahagian timur dan bahagian barat Bukit Bintang. MRT boleh diakses melalui KL Sentral.

Menggunakan Akses lain

Pusat membeli-belah Pavilion n Bukit Bintang dihubungkan dengan Suria KLCC melalui laluan pejalan kaki yang berhawa dingin. Dibina oleh Petronas, laluan itu juga menghubungkan monorel Raja Chulan Road - menjadikan akses ke Bukit Bintang jauh lebih mudah.

Tarikan Pelancongan

Taman Tema Berjaya Times Square

Sebagai tempat yang terkenal dengan hiburannya, Bukit Bintang banyak menawarkan pilihan kepada pelancong dan juga penduduk setempat. Salah satu daripadanyaialah Taman Tema Berjaya Times Square, sebuah taman tema yang terletak di dalam sebuah pusat membeli-belah, Berjaya Times Square yang merupakan sebuah bangunan yang mempunyai dua belas tingkat. Ia merupakan sebuah pusat membeli-belah ke-13 terbesar di dunia, tempat yang besar ini menempatkan sebuah taman tema di dalam bangunan terbesar di Malaysia di tingkat 5 hingga 7 bangunan itu. Taman tema ini menawarkan lebih daripada sepuluh jenis permainan dan dibahagikan kepada dua kawasan bertema yang berbeza, iaitu Stesen Galaxy dan Taman Fantasi.

Bintang Walk

Ini terletak di Jalan Bukit Bintang itu sendiri dan sepanjang jalan ini, restoran-restoran telah muncul. Kebanyakan mereka melayani masakan Arab dan Timur Tengah. Terdapat juga makanan antarabangsa dan tempatan lain yang disediakan di restoren-restoren yang tersedia.

Hotel

Hotel Verdant Hill

Hanya 750 meter jauhnya dari pusat Bukit Bintang, hotel mewah ini telah menerima purata 9/10 bintang dari pelanggannya dengan keselesaan dan kebersihannya yang menerima penarafan tertinggi. Harga permulaan bilik di hotel eksklusif ini adalah RM244 untuk Superior Queen dan sehingga RM369 untuk bilik Premier Comfort Twin, bilik terbesar yang mereka miliki. Kawasan hotel pada umumnya adalah bebas asap dan merupakan kawasan larangan merokok, menjadikannya lebih selesa untuk para tetamu, terutama mereka yang mempunyai anak-anak kecil.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2022 Traveloka