amaran

Hotel Mewah di Bukit Jambul, Pulau Pinang

8.7/10

Sangat Baik

8.4/10

Sangat Baik

Tentang

Bukit Jambul adalah satu lagi kawasan kejiranan yang diapit di antara pusat bandar George Town dan kawasan perindustrian Bayan Lepas, yang terletak di Pulau Pinang, Malaysia. Oleh itu, ramai orang yang mengembara dari Bayan Lepas atau Balik Pulau tidak dapat tidak, pasti akan melalui kawasan tersebut jika mereka berhasrat untuk pergi ke George Town kerana waktu perjalanan yang lebih singkat melalui bandar ini. Selain itu, ia juga bersempadan dengan Sungai Dua, Sungai Nibong Kecil, Bayan Baru, Relau dan Bukit Gambir. Ia terletak di sepanjang bahagian timur laut pulau ini, yang rata-ratanya dipenuhi oleh kondominium dan rumah kediaman, di mana kebanyakannya diduduki oleh penduduk yang bekerja di kawasan perindustrian Bayan Lepas.


Ciri-ciri geografi kawasan itu adalah berbukit, dengan kerja-kerja pembangunan yang telahpun mengorbankan kebanyakan kehijauan alam kecuali apa yang masih berbaki di padang golf dan taman rama-rama. Kompleks membeli-belah utama, Queensbay Mall juga dapat dilihat dari kawasan tersebut. Nama Bukit Jambul sebenarnya merujuk kepada bukit kecil di mana Hotel Equatorial terletak. Terdapat juga satu lagi bukit berhampiran yang sering dianggap sebagai Bukit Jambul, namun ia sebenarnya terletak di Bukit Pasir. Pada masa kini ia telah dirujuk sebagai Bukit Jambul Hiking Trail.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat penerbangan ke Pulau Pinang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Apabila turun dari lapangan terbang, para pengunjung boleh pergi ke Bukit Jambul menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti teksi atau bas serta pengangkutan alternatif seperti Uber dan Grab.


Menggunakan Kereta

Mereka yang memandu dari Kuala Lumpur boleh memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan / E1 untuk akses segera ke Bukit Jambul. Perjalanan itu boleh mengambil masa sehingga empat jam bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.


Tarikan Pelancongan

Bukit Jambul Orchid and Hibiscus Garden

Bukit Jambul Orchid and Hibiscus Garden hanya unik untuk kawasan Bukit Jambul, yang terletak di sepanjang Persiaran Bukit Jambul berdekatan dengan Hotel Equatorial yang terkenal. Menduduki kawasan seluas dua hektar penuh kehijauan, ia ditubuhkan oleh dua sekawan, seorang yang menjadi ahli hortikultur dan yang lain bekerja sebagai ahli herpetolog. Selaras dengan penamaannya, taman di sini rata-ratanya mempamerkan tanaman orkid dan bunga raya yang indah, walaupun terdapat banyak tumbuhan dan haiwan dari seluruh dunia dan juga dari Malaysia sendiri yang boleh didapati di sini. Antara perkara utama yang dapat dilihat di sini adalah spesis “tiger orchid” yang terbesar di dunia dan bung raya yang dinamakan sempena nama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah.


Penang Aquarium

Sebagai salah satu permata tersembunyi di sekitar kawasan itu, Penang Aquarium juga dikenali secara formal sebagai Akuarium Tunku Abdul Rahman dan seringkali juga dipanggil sebagai Akuarium Jabatan Perikanan atau Akuarium Batu Maung, merupakan salah satu tarikan pelancong di Batu Maung yang tidak jauh letaknya dari Bukit Jambul. Akuarium ini diletakkan di kompleks Institut Penyelidikan Perikanan yang sederhana besarnya berbanding dengan akuarium lain di negara ini. Terdapat hampir dua puluh lima kolam kaca untuk mempamerkan pelbagai jenis kehidupan marin seperti lion fish, the boxfishes, belut Moray, tangs, surgeon fish, cat sharks, stone fish, angel fish, ikan pari berbintik biru, fox face fish, parrot fish, squirrel fish, damsels, bivalves dan banyak lagi. Tangki terbesar berukuran 15 hingga 10 kaki dan menempatkan ikan-ikan yang lebih besar seperti snappers, tudung periuk dan nyior nyior, beberapa di antaranya boleh ditemui di perairan serantau.


Hotel

Vistana Penang Bukit Jambul

Hotel yang selesa yang terletak di Jalan Bukit Gambir. Sebuah hotel bertaraf empat bintang yang menawarkan suasana yang sungguh elegan. Perkhidmatan dan kemudahan hotel termasuk daftar masuk dan daftar keluar ekspres, penukar wang, restoran, kolam renang luaran, pusat kecergasan, perkhidmatan dobi dan perkhidmatan ulang-alik di sekitar kawasan.


Hotel Equatorial Penang

Hotel yang lebih mantap yang terletak di Jalan Bukit Jambul. Hotel bertaraf lima bintang mewah dengan kemudahan yang cukup banyak seperti televisyen kabel, pancuran mandi, WiFi, peti keselamatan dalam bilik, bar mini, peti sejuk, kedai kopi, salun kecantikan, teater, pasar raya dan banyak lagi.


evtbvsrwfq