amaran

Hotel Bajet di Bukit Merah, Larut, Matang & Selama

Tentang

Bukit Merah terletak berdekatan dengan Gunung Semanggol, Taiping, Perak. Sebuah empangan telah dibina di sini dan menenggelamkan sebahagian kawasannya sehingga membentuk sebuah tasik air tawar yang besar. Sebahagian kawasan daratannya pula telah dibangunkan sebagai kawasan hartanah Resort Laketown Bukit Merah merangkumi kawasan hijau seluas 7000 ekar.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat perkhidmatan penerbangan ke Ipoh disediakan oleh Malaysia Airlines, Malindo Air, Firefly dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Bukit Merah.

Menggunakan Kereta

Perjalanan menggunakan kereta, memandu dari Kuala Lumpur menggunakan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), susur keluar ialah samada di tol Kamunting atau tol Bukit Merah sebelum meneruskan perjalanan menuju ke pusat bandar atau ke pintu masuk kawasan Laketown Bukit Merah.

Menggunakan Bas

Kebanyakan bas ekspres dari Kuala Lumpur menuju ke Perak berpusat di Medan Gopeng di Ipoh. Dari Ipoh, Pengunjung boleh meneruskan perjalanan dengan menaiki sebuah lagi bas ke arah stesen bas Taiping. Dari stesen bas, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Bukit Merah.

Menggunakan Kereta Api

Keretapi Tanah Melayu ada menyediakan perkhidmatan keretapi arah utara mengikut laluan KL Sentral – Butterworth yang menawarkan hentian di Stesen Keretapi Bukit Gantang. Dari stesen keretapi, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Bukit Merah.

Tarikan Pelancongan

Taman Air Laketown Bukit Merah

Taman Air Laketown Bukit Merah merupakan taman tema air terbesar di bahagian utara Malaysia. Ia menyediakan lebih daripada 10 permainan tarikan berbeza yang sesuai untuk pengunjung pelbagai peringkat umur. Permainan dan aktiviti air ini mampu menghiburkan para pengunjungnya sepanjang hari. Selain itu, terdapat juga pengangkutan lif kerusi yang membolehkan para pengunjung menikmati pemandangan indah kawasan keseluruhan Laketown Bukit Merah.

Pulau Orang Utan Bukit Merah

Pulau Orang Utan Bukit Merah adalah yang pertama dan satu-satunya kemudahan pemeliharaan dan pemuliharaan di dunia yang membolehkan orang utan bergerak bebas di atas sebuah pulau. Pulau ini juga menempatkan sebuah pusat pendidikan dan kajian bagi meningkatkan kefahaman tentang spesis terancam ini.

Taman Eko Bukit Merah

Taman Eko Bukit Merah merupakan sebuah sanktuari mesra alam yang menempatkan tiga kurungan yang luas disediakan menurut kumpulan berfokus iaitu Taman Burung, Taman Reptilia dan Trek Tropika. Trek Tropika memaparkan primat dan mamalia yang bebas bergerak di dalam habitat semulajadinya. Sebuah pengangkutan monorel manual bernama ‘Skycycle’ berupaya membawa pengunjung untuk meneroka kawasan hutan hujan tropika di sini.

Kolam Arowana Bukit Merah

Kolam Arowana Bukit Merah terdiri daripada lebih 200 buah kolam Arowana dengan aliran air 24-jam dari kawasan tasik air tawar Bukit Merah. Air bebas pencemaran ini menjadikan kola mini tempat terbaik bagi pembiakan Arowana Asia. Antara spesis yang terdapat di sini termasuklah Malaysian Golden, Chili Red, Super Red serta Blue Base Malaysian Golden. Kolam Arowana Bukit Merah mengendalikan satu-satunya bilik pameran Arowana yang terletak di laluan Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Hotel

Hotel Kavanas

Hotel bandar yang ringkas ini menawarkan bilik-bilik yang selesa dan berpatutan bagi penginapan yang menyenangkan. Ianya terletak di kawasan pusat bandar yang strategik dan memudahkan perhubungan ke kawasan tumpuan pilihan.

Hotel Casavilla Taiping

Hotel ini digemari oleh mereka yang mencari tempat penginapan bajet. Bilik-biliknya dijaga dengan rapi, bersih dan ditata sempurna bagi memastikan penginapnya menikmati keselesaan sepanjang penginapan.

Hotel Kelisa

Ini merupakan sebuah hotel bandar yang ringkas terletak di antara deretan rumah kedai disandarkan buat pengembara bajet. Ia menawarkan kemudahan yang memadai dan selesa bagi penginapan yang selamat. Ianya turut terletak di kawasan yang cukup strategik yang memudahkan untuk ke destinasi kawasan tumpuan pilihan.

Hotel Louis

Hotel ini merupakan antara tempat pilihan untuk pengembara bajet kerana nilainya yang berpatutan. Bilik-biliknya agak luas dan memaparkan kemudahan standard bagi memenuhi kehendak penginapnya pada setiap ketika.

Hotel Vistana Micassa

Hotel ini melayani penginapnya dengan perkhidmatan yang menyenangkan. Para pekerja sangat ramah dan sentiasa bersedia memenuhi kehendak penginap. Bilik-bilik ditata dengan kemudahan yang memadai untuk memberikan keselesaan kepada penginapnya pada setiap ketika.

evtbvsrwfq