1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9165 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (546 Hotel)
    >
  4. Langkawi
    (376 Hotel)
    >
  5. Padang Matsirat
    (39 Hotel)

Hotel Mewah di Burau Bay, Langkawi

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 21 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
SWIMMING_POOL Berjaya Langkawi Resort

Berjaya Langkawi Resort

Resort
Burau Bay, Padang Matsirat
Mengagumkan
8.6
(156 Reviews)
Lihat Harga

Hilton Langkawi, Malaysia

Lain-lain
Burau Bay, Padang Matsirat
Lihat Harga
See all 2 Hotels near Burau Bay

Facts about hotel in Burau Bay

Popular Hotel
Berjaya Langkawi Resort, Hilton Langkawi, Malaysia

Ulasan Tetamu dari Hotel di Burau Bay

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Burau Bay dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Burau Bay akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
murni f. j.
Ini adalah profil peribadi.
3 Oct 2022
Overall sangat terbaik👍decoration bilik untuk birthday 🤩

Tentang

Ini adalah pantai pasir yang panjang dan indah dengan air biru jernih dan terletak di pantai barat Langkawi di kawasan Pantai Kok (bahagian utara barat). Pantai Burau Bay yang juga dikenali sebagai Pantai Teluk Burau dalam bahasa Melayu, terletak kira-kira 25 meter lebar dan 1.5 km panjang. Pantai ini diapit oleh dua resort bertaraf lima bintang yang besar di kedua hujungnya. Sekiranya berdiri menghadap pantai, Berjaya Resorts dengan chalet berhadapan lautan berada di sebelah kanan manakala Mutiara Bay Beach Resort terletak di sebelah kiri. Walaupun bahagian tengah pantai diwartakan untuk kegunaan orang awam, kawasan pantai kebanyakannya digunakan oleh para tetamu dari dua buah resort tersebut. Pasir putih yang lembut di pantai ini sangat sesuai untuk berjemur atau bersantai sambil menikmati pemandangan air biru zamrud berlatarbelakangkan beberapa buah pulau kecil. Pulau Burau terletak di luar pesisir pantai. Seluruh kawasan pantai dan Pulau Burau adalah rumah bagi pelbagai spesies burung yang berwarna-warni.


Satu struktur semula jadi yang menambah keindahan suasana Burau bay dan pantai adalah Gunung Mat Cincang, gunung kedua tertinggi di Langkawi yang mengunjur dari sebelah kanan dan ke arah pantai. Pantai yang berbatu-batu di beberapa bahagian bersama-sama dengan hutan hujan di lereng gunung menambah lagi keindahan teluk dan pantai di Burau Bay. Kedua-dua tempat peranginan di sini menawarkan pelbagai aktiviti sukan air termasuk perahu pisang (banana boat), jet ski, bot motor untuk lawatan pulau dan lain-lain. Walaupun anda tidak menginap di pusat peranginan di sini, anda boleh mengikuti aktiviti-aktiviti sukan air tersebut. Pantai Teluk Burau juga sesuai untuk berenang. Sekiranya anda melawat pantai pada waktu petang, maka jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat menakjubkan. Berdiri di tengah-tengah pantai sambil melihat ke arah kawasan pantai, anda akan melihat banyak cabanas atau chalets dari Berjaya Resorts yang telah terletak di atas air.

Walaupun Pantai Teluk Burau dianggap sebagai sebuah pantai awam, akses utama dan paling mudah ke pantai adalah melalui Mutiara Burau Bay Resort. Jika anda hanya mahu melawat pantai untuk seketika atau merancang untuk membeli makanan ringan atau minuman di kafe resort, anda boleh pergi ke pantai melalui resort. Jika tidak, anda perlu mengakses pantai melalui kawasan berhutan yang tiagak sukar untuk dijumpai dan mungkin bukan pilihan yang praktikal. Oleh itu, secara amnya, melainkan jika anda menginap di Mutiara Bay Beach Resort, anda boleh datang ke pantai hanya pada waktu siang. Semua kemudahan disediakan oleh kedua-dua buah resort di hujung pantai. Selain itu, tiada kemudahan awam lain di pantai.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Sekiranya anda menggunakan perjalanan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (IATA: LGK, ICAO: WMKL), yang merupakan lapangan terbang antarabangsa yang terletak di Padang Matsirat, Langkawi, Kedah, Malaysia. Dari Lapangan Terbang Langkawi, perjalanan untuk ke Burau Bay mengambil masa kira-kira 20 minit dengan menggunakan kereta. Anda boleh sampai ke pantai dengan menyewa kereta sewa atau menyewa teksi. Tiada perkhidmatan bas disediakan untuk ke pantai. Burau Bay Beach terletak di pantai barat Langkawi di kawasan Pantai Kok. Anda perlu mengambil jalan Jalan Teluk Burau (pantai yang terletak di hujung barat). Ia adalah sekitar 30 km dari Bandar Kuah (mengambil masa 40 minit bagi pemanduan dengan kereta).


Tarikan Pelancongan

Pantai Kok

Pantai yang indah dengan pasir yang bersih dan air yang jernih ini manjadi tarikan utama pelancong. Kedamaian dan ketenangan di pantai ini, menjadikan tempat ini begitu popular. Di tepi pantai, di Teluk Burau, terletaknya Telaga Harbour Park yang baru dibina, sebuah marina kapal layar dengan rangkaian kedai, bar dan restoran, serta sebuah stesen minyak, selain bank dan juga pejabat pos. Selain itu Pantai Kok juga mempunyai beberapa tarikan rekreasi termasuk kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang dan Telaga Tujuh Air Terjun. Kawasan Pantai Kok yang tidak terganggu serta kehijauan hijau menjadikannya lebih popular - terutama jika anda suka alam semula jadi atau mahu destinasi percutian yang lebih tenang.


Hotel

Berjaya Langkawi Resort

Hotel ini berjarak 2 minit berjalan kaki dari pantai. Berjaya Langkawi Resort terletak di sepanjang Teluk Burau di Kedah. Resort yang elegan ini menawarkan kolam renang luar, pelbagai pilihan tempat makan dan tempat meletak kereta yang percuma. Resort ini terletak kira-kira 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.


Other Popular Hotels in Burau Bay

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka