Muat Turun Aplikasi
MYR
Log masuk
Daftar
Pengangkutan
Penginapan
Aktiviti dan Hiburan
Produk Tambahan
  1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8382 Hotel)
    >
  3. Kuala Lumpur
    (1649 Hotel)
    >
  4. Cheras
    (87 Hotel)

Hotel Mewah di Cheras, Kuala Lumpur

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Rab, 27 Sep 2023
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar ketika Daftar Masuk
ภาพหลัก M Vertica Residences by Cozy KL Homes

M Vertica Residences by Cozy KL Homes

Apartmen
Cheras, Kuala Lumpur
Dengan penginapan di M Vertica Residences by Cozy KL Homes, anda akan berada betul-betul di tengah Kuala Lumpur, dalam lingkungan 10 minit memandu dari Menara Berkembar Petronas dan Berjaya Times Square. Hotel pangsapuri 4.5 bintang ini berada 5.3 km dari Taman KLCC dan 5.9 km dari Pavilion Kuala Lumpur.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Vivatel Kuala Lumpur

Vivatel Kuala Lumpur

Hotel
Cheras, Kuala Lumpur
Mengagumkan
8.4
(345 Reviews)
Lihat Harga
BEDROOM INNSiDE by Melia Kuala Lumpur

INNSiDE by Melia Kuala Lumpur

Hotel
Cheras, Kuala Lumpur
Mengagumkan
8.6
(7 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Le Quadri Hotel Kuala Lumpur

Le Quadri Hotel Kuala Lumpur

Apartmen
Cheras, Kuala Lumpur
Menyenangkan
7.7
(96 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING  Komune Living & Wellness IN THE PARK Cheras

Komune Living & Wellness IN THE PARK Cheras

Hotel
Cheras, Kuala Lumpur
Mengagumkan
8.3
(26 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Bello & Bella Boutique Hotel

Bello & Bella Boutique Hotel

Hotel
Cheras, Kuala Lumpur
Lihat Harga
See all 87 Hotels in Cheras

Facts about Cheras

Popular Hotel
M Vertica Residences by Cozy KL Homes, Vivatel Kuala Lumpur
Popular Landmark
Maluri LRT Station, Miharja LRT Station

Ulasan Tetamu dari Hotel di Cheras

8.3
Mengagumkan
2,514 ulasan dari hotel di Cheras dengan purata penarafan 8.3/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Cheras akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
HL
Heng Liew Choo
25 Oct 2022
Many variant menu for breakfast. Hotel design is good, but poor maintenance. Many space for parking. Peti sejuk rosak, panggil maintenance and mereka orang ganti dengan peti sejuk yang boleh berfungsi. Pillow case bau tak sedap, panggil house keeping, mereka orang tukar 1 set sekali tukar bed cover.
MOHD Z. B. O.
Ini adalah profil peribadi.
29 Oct 2018
Staff friendly. Breakfast boleh diperbaiki lagi. Stay 2 malam makan breakfast yang sama. Kemudahan pakir kerendaan tidak memuaskan.
Cornie H.
Ini adalah profil peribadi.
1 Sep 2023
Bunyi kipas exhaust sangat bising, TV tidak mempunyai saluran Cina, dan penghawa dingin tidak sejuk
Nik R. B. N. M.
Ini adalah profil peribadi.
16 Aug 2020
Kakitangan yang mesra dan informative.bilik air tiptop dan bersih. cuma patut disediakan kopi 3 in 1 sebab saya penggemar kopi.selain dari tu, good job.
QA
Qatadah Azaman
6 Sep 2020
Hotel yang entah apa-apa je.. Menyusahkan orang.. Management jenis tak tahu apa.. Nampak dalm gambar elok je.. Bila masuk hampeh..
Irma S.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
20 Mar 2023
Hotel yang cukup nyaman dan bersih, I like it very much 🥰
Mohd A. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
5 Jun 2018
Aircond tidak sejuk, water dispuser tidak boleh guna.
MUHAMAD N. B. A.
Ini adalah profil peribadi.
26 Nov 2019
Bilik yang luas, dekat dengan LRT dan MRT serta shopping mall seperti AEON Maluri dan Sunway Velocity.

Tentang

Cheras merupakan sebuah daerah yang besar di Kuala Lumpur, Malaysia. Bandar Cheras ini terletak di sebelah selatan-timur Kuala Lumpur. Cheras adalah jiran kepada Ampang di sebelah utara dan Kajang di sebelah selatan. Cheras dipisahkan kepada dua; iaitu Cheras Kuala Lumpur dan Cheras Selangor. Cheras kebanyakkannya dihuni oleh orang Melayu, Cina dan India yang mana setiap bangsa bercakap bahasa mereka sendiri; iaitu Bahasa Malaysia, mandarin dan tamil. Penduduk pelbagai kaum ini secara terbuka dan aman dapat mempraktikkan agama mereka masing-masing seperti Islam, Buddha, Hindu dan Kristian. Cheras kini sebuah bandar yang pesat membangun di mana banyak kompleks pejabat, pangsapuri, pusat membeli-belah dibina dan dibuka. Disebabkan perkembangannya yang pesat, Cheras baru-baru ini mengalami kesesakan lalu lintas yang membimbangkan. Walaupun terdapat beberapa stesen kereta api yang dibina di Cheras, ia masih sesak dengan kereta dan motosikal kerana Cheras kini mempunyai beberapa tarikan yang popular untuk dikunjungi dan Cheras juga merupakan tempat sememangnya aman tenang dan strategik untuk dihuni.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta Api

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dapatkan kereta api; sama ada ERL atau KL Express, terus ke Bandar Tasik Selatan. Turun dari kereta api dan dapatkan pula teksi ke destinasi anda di Cheras. Dari Lapangan Terbang Subang, dapatkan teksi ke stesen kereta api terdekat. Ambil kereta api yang menuju ke Masjid Jamek. Kemudian, di Masjid Jamek tukar kereta api lain yang menuju ke Cheras.

Menggunakan Bas

Dari Kuala Lumpur ke Cheras, terdapat banyak bas dengan nombor laluan; sama ada T300, T301, T302, T303, T304, T350, T351 dan T352. Bas-bas ini menuju ke destinasi yang berbeza di Cheras. Oleh itu, sahkan dengan pemandu sebelum anda menaiki mana-mana bas untuk memastikan anda sampai ke lokasi anda.

Tarikan Pelancongan

IKEA Cheras

Terletak di 2A Jalan Cochrane, Taman Maluri, 55100 Kuala Lumpur, IKEA adalah rantaian Scandinavia yang menjual perabot berkualiti tinggi, perabot siap dipasang, barangan rumah, di dalam sebuah bangunan seperti gudang yang besar.

Sunway Velocity

Sebagai rantaian kepada Sunway Group, Sunway Velocity adalah pusat membeli-belah baru yang dibuka pada 2017. Sunway Velocity mempunyai konsep moden di mana ia juga mempunyai kedai-kedai di luar bangunan yang kebanyakannya menjual makanan. Pusat membeli-belah Sunway Velocity telah menjadi kebanggaan penduduk berdekatan.

Cheras Sentral

Bercantum dengan bangunan Hotel Silka, Cheras Sentral adalah pusat membeli-belah baru yang dinaik taraf dan diubah suai dari pusat membeli-belah sebelumnya yang pernah dikenali sebagai Plaza Phoenix. Terletak di Taman Len Sen, ia mudah diakses kerana ia terletak hanya di tepi jalan yang sibuk serta bertentangan dengan stesen kereta api Taman Connaught. Selain daripada menempatkan beberapa jenama terkenal, ia juga mempunyai pawagam TGV.

Hutan Lipur Sungai Congkak

Diletakkan di 43100 Hulu Langat, Selangor, Sungai Congkak adalah salah satu tempat perkelahan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan untuk melarikan diri dari kesibukan bandar. Sungai Congkak boleh ditujui dalam masa 30 minit memandu dari Cheras. Air sejuk mengalir tenang dan hutan hijau yang rimbun menawarkan ketenangan untuk penduduk tempatan melepaskan tekanan kerja mereka pada hujung minggu.

Hotel

Vivatel Kuala Lumpur

Vivatel terletak strategik di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur, 55200. Vivatel adalah sebuah hotel mewah empat bintang yang menempatkan empat jenis suite. Hotel ini berkongsi bangunan yang sama dengan pusat membeli-belah Viva Homes di mana terdapat banyak kedai yang menjual pakaian, makanan, dan juga pawagam MBO. Vivatel juga merupakan tempat yang terkenal untuk mana-mana syarikat mengadakan acara syarikat mereka, popular untuk majlis perkahwinan dan lain-lain. Ini disebabkan kerana dewan utama yang disediakan cukup besar dan dihias mewah.

Silka Cheras Kuala Lumpur

Silka Cheras terletak di KM10 Jalan Cheras, Kuala Lumpur, 56000. Ia juga merupakan sebuah hotel empat bintang yang terletak strategik berhampiran rangkaian pengangkutan utama iaitu stesen kereta api dan lebuh raya. Hotel ini menempatkan 317 buah bilik tetamu, yang menawarkan tahap perkhidmatan dan kemudahan moden. Untuk memastikan keselesaan tetamu, kemudahan yang sesuai disediakan seperti bilik mesyuarat yang sesuai untuk mesyuarat kumpulan kecil ke sederhana besar, sesuai untuk makan malam atau apa-apa sambutan.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2023 Traveloka