1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9440 Hotel)
    >
  3. Johor
    (905 Hotel)
    >
  4. Johor Bahru
    (639 Hotel)
    >
  5. Danga Bay
    (36 Hotel)

Hotel Mewah di Danga Bay, Johor Bahru

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Jum, 26 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Danga Bay

Bedroom Country Garden Nest Suite by NestHome at Danga Bay
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING M Suites Hotel

M Suites Hotel

Hotel
Danga Bay, Johor Bahru
Mengagumkan
8.3
(456 Reviews)
Tempat ok, selesa, anak-anak suka area swimming pool, makanan best n sedap, banyak pilihan, will come again.
Lihat Harga
Hotel Interior/Public Areas Modern • Seaview | Near CIQ | 3B3B

Modern • Seaview | Near CIQ | 3B3B

Apartmen
Danga Bay, Johor Bahru
Lihat Harga
室外游泳池 Sea View Country Garden Danga Bay by Neo Suites
Lihat Harga
See all 36 Hotels near Danga Bay

Facts about hotel in Danga Bay

Popular Hotel
Country Garden Nest Suite by NestHome at Danga Bay, M Suites Hotel
Popular Landmark
Danga Bay, Masjid Sultan Abu Bakar

Ulasan Tetamu dari Hotel di Danga Bay

8.2
Menyenangkan
3,232 ulasan dari hotel di Danga Bay dengan purata penarafan 8.2/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Danga Bay akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Ziti A. K.
Ini adalah profil peribadi.
25 Oct 2022
Hotel baik, selesa, harga berpatutan
ZAIDI B. Y.
Ini adalah profil peribadi.
28 Jan 2020
Suasana agak menakutkan bila malam tapi dapat bilik yang terbaik. Memang hebat
nor e. b. h.
Ini adalah profil peribadi.
19 Dec 2023
Staff yang baik, bilik yang selesa. Katil yang besar, cuma sabun dan shampoo lebih baik bawa sendiri. Overall boleh, recommended.
Amelhan b. a. g.
Ini adalah profil peribadi.
8 Oct 2022
Inilah hotel pertama kali saya stay, dalam gambar bukan main lagi lawa, sampai-sampai macam hostel deh. Bilik busuk, tangga gelap, air tak laju, selimut busuk, bilik elok lagi rumah bangla ddk! Kebersihan jangan cakap lah kata reception dalam ada anjing slumber je bela dalam tu. Hotel ni betul-betul sangat tak berbaloi kalau nak stay, better pergi tune harga lagi murah.
NN
Norhudda Norhudda
27 Sep 2018
Toilet room smelly lipas. Others was ok, hotel location good dekat tempat makan, Jdt stadium pusat bandar.
qalif a.
Ini adalah profil peribadi.
21 Nov 2017
Mesra pelanggan dan mudah berurusan.
Afindy B. H.
Ini adalah profil peribadi.
2 Mar 2024
Family room 4 adults is big, comfort and clean. Room rates is worth the money spend. Just the location wise not good. Every time went back need to long you turn.

Tentang

Danga Bay yang terletak di Johor, Malaysia, merupakan kawasan rekreasi terbesar di bandar Johor Bahru. Ia mempunyai keluasan kira-kira 450 ekar. Dikenali sebagai bandar perdana di Malaysia, ia terletak berhampiran dengan Istana Bukit Serene, kediaman rasmi Sultan Johor. Ia terbentang sepanjang 25 km dari pantai yang menghadap ke Selat Johor. Banyak aktiviti yang sesuai untuk semua peringkat umur yang boleh dinikmati di sini dengan keluarga dan rakan anda. Tempat ini menempatkan kedai-kedai serta restoran-restoran yang glam dan mewah.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Untuk sampai ke destinasi, anda boleh menaikki teksi dari pusat bandar Johor Bahru dengan tambang lebih kurang RM4 ke RM5. Sekiranya anda lebih suka memandu, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan yang merupakan lebuh raya dari utara ke Johor. Sekiranya anda ingin ke destinasi melalui udara, penerbangan di dalam negara di bawah AirAsia, Firefly, Malaysia Airlines atau Malindo Air ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dari Kuala Lumpur boleh didapati. Jika anda gemar berjalan kaki, anda boleh mengikuti laluan pejalan kaki di sepanjang selat kira-kira 2 km sambil menikmati pemandangan. Dari Singapura, anda boleh mengakses Danga Bay melalui Jalan Skudai.

Tarikan Pelancongan

Zoo Johor

Terletak di Jalan Gertak Merah yang berjarak 12 minit dari Danga Bay, Zoo Johor dianggap sebagai zoo yang tertua di Malaysia. Ia dibina pada tahun 1928 dan sejak itu, ia menjadi salah satu tarikan utama di Johor. Zoo ini menempatkan lebih daripada 100 spesies haiwan termasuk beberapa spesies terancam seperti gorila, gajah, singa, flamingo dan banyak lagi. Dengan RM3 sebagai bayaran masuk, anda boleh menonton pertunjukan haiwan yang menyeronokkan dengan keluarga anda yang tersayang. Anda tidak perlu bimbang tentang makanan kerana zoo yang teratur ini mempunyai kedai menjual makanan yang bersih dan lazat. Zoo yang mengujakan ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Oleh itu, jika anda mencari pengalaman langsung menonton haiwan-haiwan yang menakjubkan ini dengan orang yang anda sayangi, pastikan anda berkunjung ke sini.

Taman Tema Mini Dunia Danga

Taman tema ini adalah salah satu tarikan terbesar di Teluk Danga atau Danga Bay. Sekiranya anda berada dalam perjalanan yang mesra bajet, anda boleh pergi ke tempat ini kerana ia adalah alternatif kepada Taman Tema Legoland Malaysia di Nusajaya. Keluarga dan kanak-kanak, berkunjung ke sini semasa waktu siang dan menikmati permainan tunggangan yang menyeronokkan yang selamat untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Rasai adrenalin anda melalui tunggangan seperti ‘pirate ship’, ‘roller coaster’, cawan teh berputar, ‘merry-go-round’, roda Ferris, kereta bumper dan banyak lagi. Anda juga boleh datang ke sini bersama pasangan anda dan menluangkan masa yang berkualiti bersama sambil menikmati pemandangan yang indah.

Hotel

M Suites Hotel

Terletak hanya 2 km dari Danga Bay, hotel ini menjanjikan penginapan yang baik dengan harga yang berpatutan bermula dari RM180 untuk satu malam. Hotel 4-bintang ini terletak berhampiran dengan pusat bandar dan hanya beberapa kilometer dari negara jiran, Singapura. Hotel mesra keluarga ini membolehkan anda menikmati pemandangan indahnya kerana ia terletak di sempadan Selat Johor yang menghadap ke Singapura. Menginap di sini pasti merupakan pilihan yang ideal kerana ia dikelilingi dengan pusat perniagaan dan pusat membeli-belah yang menarik di Johor Bahru. Anda boleh menghilangkan stres anda di kolam renang yang sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Jadi, tunggu apa lagi? Tempah penginapan anda sekarang!

Tune Hotel

Terletak di tengah-tengah Teluk Danga, hotel ini sentiasa menjadi pilihan terbaik untuk pelawat yang memprioritaskan keberbaloian wang. Ia terletak 12 km dari Woodlands Checkpoint di Singapura. Ia memudahkan anda untuk mengunjungi negara tersebut. Dengan harga dari RM103 semalam, hotel bajet ini menawarkan penginapan yang selesa. Bukan itu sahaja, ia terletak berhampiran dengan tarikan utama seperti Zoo Johor, Taman Tema Mini Dunia Danga, Johor Premium Outlet dan Legoland Malaysia. Hotel ini juga menyediakan perkhidmatan ulang-alik untuk pelawat yang ingin pergi Legoland Malaysia atau Resorts World Sentosa & Universal Studios Singapura. Di samping itu, ia juga menempatkan Pusat Pelancongan & Perkhidmatan AirAsia.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved