1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9492 Hotel)
    >
  3. Kedah
    (560 Hotel)
    >
  4. Langkawi
    (389 Hotel)
    >
  5. Dayang Bunting Is...

Hotel di Dayang Bunting Island

Langkawi, Malaysia · 0 hotel yang tersedia
Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar di dalam gugusan kepulauan Langkawi. Pulau ini seakan-akan terbentuk merupai pandangan seorang wanita yang sedang berbaring dengan keadaan perut seakan-akan sedang mengandung. Antara tarikan menarik yang terdapat disini adalah Tasik Dayang Bunting, Pantai Chenang dan UnderWater World Langkawi. Akhiri hari anda di beberapa hotel di Pulau Dayang Bunting untuk pengalaman penginapan yang selesa.

Facts about hotel in Dayang Bunting Island

Popular Landmark
Dayang Bunting Island

Ulasan Tetamu dari Hotel di Dayang Bunting Island

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Dayang Bunting Island dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Dayang Bunting Island akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!

Soalan lazim tentang Dayang Bunting Island

Di manakah kawasan terbaik untuk menginap di Dayang Bunting Island?

Terdapat berapa hotel yang tersenarai di Dayang Bunting Island?

Buat masa ini, terdapat sekitar 0 hotel yang boleh anda tempah di Dayang Bunting Island

Tentang

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar di dalam gugusan kepulauan Langkawi. Pulau ini telah mendapat namanya menerusi sebuah kisah dongeng berkenaan satu pasangan bernama Mat Teja dan puteri Mambang Sari yang telah sama-sama jatuh cinta di tepi sebuah tasik dan akhirnya mereka berkahwin. Sang puteri kemudiannya melahirkan seorang bayi lelaki. Namun begitu, hidup anaknya adalah singkat lalu bertemu dengan kematian. Pasangan ini memutuskan untuk menyemadikan mayat anak mereka ke dasar tasik terbabit. Langsung daripada kisah ini, kontur bukit yang melatari tasik terbabit, pada pandangan suatu sudut, seakan-akan terbentuk merupai pandangan seorang wanita yang sedang berbaring dengan keadaan perut seakan-akan sedang mengandung.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Langkawi terletak di Padang Mat Sirat. Terdapat penerbangan ke Langkawi disediakan oleh Penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Pelabuhan Langkasuka atau Jeti Kuah dan meneruskan perjalanan ke Pulau Dayang Bunting dengan menggunakan perkhidmatan bot atau feri.

Menggunakan Bot atau Feri

Terdapat perkhidmatan bot atau feri menuju ke Pulau Dayang Bunting di Pelabuhan Langkasuka yang terletak di Pantai Chenang. Pilihan lain adalah dengan menggunakan perkhidmatan bot atau feri menuju ke Pulau Dayang Bunting di Jeti Kuah. Perjalanan ke Pulau Dayang Bunting mengambil kira-kira 20 minit mengikut mana-mana satu perjalanan.

Tarikan Pelancongan

Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting juga dikenali sebagai Tasik Guillemard telah dikatakan menjadi lokasi kepada kisah dongeng melibatkan asal-usul nama Pulau Dayang Bunting. Menurut kisah sebelumnya berkenaan sejarah nama pulau ini, di Tasik Dayang Bunting inilah tasik di mana pasangan malang itu menyemadikan mayat anak lelaki mereka. Inilah juga kawasan di mana si puteri Mambang Sari telah mencurahkan keramatnya ke atas wanita mandul yang mempunyai kesusahan dalam usaha untuk menimang cahayamata. Ianya dipercayai bahawa si mandul berjaya menjadi subur sejurus berendam di dalam tasik berkenaan.

Taman Geoforest Marmar Dayang Bunting

Ini merupakan salah satu daripada tiga taman geo Langkawi yang memaparkan formasi batu kapur hebat, marmar serta beberapa struktur pembentukan tanah yang lain.Taman ini merupakan tempat terletaknya gua-gua termasuklah Gua Langsuir. Taman ini turut merangkumi tapak kepada Tasik Dayang Bunting dan kawasan sekelilingnya meliputi binaan papan pejalan kaki yang menghala ke ‘Sempadan Ajaib’ yang menyaksikan pertemuan halus sempadan di antara tasik dan laut. Papan pejalan kaki itu juga terbina melalui kawasan hutan paya bakau yang memungkinkan pengunjung menikmati aktiviti meninjau burung memandangkan terdapat lebih daripada 90 spesis burung di sini termasuklah kenyalang, raja udang dan belatuk. Kelibat sebahagian haiwan seperti monyet dan biawak juga adalah pemandangan biasa.

Pantai Chenang

Pantai awam yang terletak di tanah besar Pulau Langkawi, di mana letaknya Pelabuhan Langkasuka yang menyediakan pengangkutan untuk berkunjung ke Pulau Dayang Bunting. Pantai Chenang selalunya dipenuhi dengan peminat pantai melakukan pelbagai kegiatan pantai dan sukan air. Terdapat kawasan berenang yang bertanda bagi tujuan keselamatan aktiviti jetski agar tidak bertembung dengan para perenang dan penyelam snorkel.

UnderWater World Langkawi

Salah satu tarikan dikenali ramai di Pulau Langkawi yang terletak di bahagian hujung selatan Pantai Chenang. Ianya merupakan akuarium terbesar di Malaysia yang menempatkan lebih daripada 200 jenis ikan marin dan air tawar termasuklah ikan air tawar terbesar di dunia iaitu ikan Amazonian Arapaima. Tarikan utama di sini ialah tangki gergasi terowong jalan kaki bawah laut 6 juta liter yang memaparkan kebanyakan ikan serta hidupan laut.

Muzium Laman Padi

Muzium terbuka ini adalah lokasi pelancongan-eko yang popular di Pantai Chenang di mana pengunjung dapat mempelajari tentang penanaman padi. Terdapat sawah padi seluas 8 ekar yang membenarkan pengunjung bersantai di atas batas padi dan bermain dengan orang-orang sambil melihat pesawah padi sedang bekerja.

Hotel

Resort Salsa Langkawi

Hotel yang selesa ini terletak di tanah besar Pulau Langkawi di Pantai Chenang kira-kira 20 minit untuk sampai ke Pulau Dayang Bunting melalui perkhidmatan bot atau feri. Bilik hotelnya memaparkan pemandangan sawah padi yang memukau, memberikan suatu perasaan berada di desa.

Resort Landcons

Hotel berorientasikan keluarga ini terletak di bahagian tengah Pantai Chenang kira-kira 20 minit untuk sampai ke Pulau Dayang Bunting melalui perkhidmatan bot atau feri. Penginap di hotel ini mempunyai kemudahan perhubungan untuk menuju ke kebanyakan kawasan tarikan pelancongan sekitar.

Casa del Mar, Langkawi

Hotel bergaya Mediterranean ini menyediakan tarikan suasana ‘home by the sea’ tradisional Sepanyol. Pengunjung juga berpeluang menikmati pengalaman sajian terbaik bermula daripada Restoran La Sal yang menghidangkan makanan Mediterranean, barbeku serta pembuka hidangan Asia. Terdapat juga pengalaman menikmati wain California di sudut kolam renang atau tepi pantai. Casa Del Mar juga terletak di Pantai Chenang kira-kira 20 minit untuk sampai ke Pulau Dayang Bunting melalui perkhidmatan bot atau feri.

The Frangipani Langkawi Resort & Spa

Hotel ini terletak berdekatan Pantai Chenang kira-kira 20 minit untuk sampai ke Pulau Dayang Bunting melalui perkhidmatan bot atau feri. Ia menawarkan pemandangan indah Laut Andaman yang mendamaikan. Semenjak beberapa tahun, The Frangipani Langkawi Resort & Spa telah memenangi beberapa anugerah seperti The ASEAN Green Hotel Award 2014 dan Trip Advisor’s Top 25 Relaxation and Spa Hotels for Malaysia.

Resort dan Spa The Westin Langkawi

Hotel ini merupakan pilihan tepat bagi mereka yang inginkan keselesaan bercuti. Bilik hotel mewahnya terdiri daripada villa dilengkapi kolam mandi persendirian dengan pemandangan kilauan Laut Andaman. Hotel ini turut berbangga akan anugerah kemenangan Heavenly Spa by Westin, menjadikannya satu-satunya penyedia Heavenly Spa di Malaysia.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved