amaran

Hotel Mewah di Dengkil, Sepang

Tentang

Selain daripada kawasan rekreasi, terdapat lagi dua kawasan di taman eko ini; Kawasan Pendidikan dan juga kawasan Pemuliharaan dan Penyelidikan. Tempahan perlu dilakukan kira-kira tiga minggu sebelumnya jika mahu memasuki kawasan ini. Kawasan ini akan dikenakan bayaran sekitar RM120 dan pelancong hanya dibenarkan masuk selama 4 jam, dengan jumlah orang maksimum seramai 12 orang satu kelompok. Akan ada pemandu pelancong yang memperlihatkan pelawat di sekitar dua kawasan terhad ini. Sila hubungi taman eko ini untuk maklumat lanjut untuk perjalanan di zon terhad tersebut.


Dengkil adalah satu mukim di daerah Sepang, Selangor, Malaysia. Ia terletak di antara Cyberjaya, pada bahagian utara Dengkil, dan Salak Tinggi di selatannya. Dahulu, ia merupakan kawasan yang penuh dengan hutan tebal, agak sunyi dan terpencil tetapi pembangunan yang berlaku di Putrajaya dan Cyberjaya, ekonomi Dengkil telah berkembang dengan pesat secara tidak langsung. Di samping itu, salah satu Pusat Asasi Universiti Teknologi Mara juga telah membuka kampusnya di situ, membuatkan Dengkil membangun secara tidak langsung.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Memandu ke Dengkil adalah cara paling mudah untuk ke sana dengan perjalanan yang mengambil masa kira-kira setengah jam dari Kuala Lumpur Bandaraya melalui Lebuhraya Kuala Lumpur - Putrajaya, jalur terpantas.

Mengambil kereta api juga boleh, iaitu dengan menaiki kereta api KLIA Transit. Jika menggunakan ini, hendaklah turun di stesen kereta api Putrajaya, dan mengambil teksi atau bas untuk ke Dengkil yang jaraknya terletak lebih kurang 10 kilometer

Tarikan Pelancongan

Paya Indah Wetlands

Taman eko yang diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), terletak kira-kira 20 minit dari Putrajaya. Oleh kerana jaraknya dekat dengan Putrajaya, orang ramai kadang-kadang menjadi keliru dengan taman wetlands yang satu lagi, Putrajaya Wetland - yang merupakan taman tasik. Paya Indah Wetlands di Dengkil ini menawarkan lebih banyak aktiviti dan kehidupan daripada Putrajaya Wetlands.


Tempat ini merupakan sebuah tanah perlombongan pada suatu masa dahulu sebelum kerajaan memulihkannya. Dengan kawasan yang luas yang meliputi lebih daripada 3,000 hektar, ini pasti tempat untuk pergi jika flora dan fauna adalah sesuatu yang disukai oleh anda. Tumbuhan pelbagai jenis tumbuh dan berkembang di sini, pelbagai kehidupan liar juga dibela dan beberapa spesies yang dikonservasi bagi memastikan jumlah mereka tetap banyak di muka bumi ini. Ini adalah salah satu daripada tanah lembap yang mempunyai tasik, rawa dan hutan tropika di sekitarnya dengan beratus-ratus spesies haiwan akuatik, burung, dan beberapa jenis mamalia.


Taman eko dibahagikan kepada tiga kawasan. Pertama adalah kawasan rekreasi. Ini adalah satu-satunya tempat yang terbuka untuk orang awam, sepanjang tahun, dan bila-bila masa. Di zon ini, ia boleh diakses dengan kereta atau kaki. Berjalan-jalan di kawasan ini untuk menikmati pemandangan, flora dan fauna di tanah lembap. Kawasan rekreasi juga sesuai untuk memerhati burung, menaiki basikal, fotografi dan yang istimewa, melihat badak air yang hidup berhampiran dengan tasik. Haiwan separuh akuatik ini biasanya datang mendarat semasa jam makan, iaitu pada pukul sepuluh pagi, selama tiga puluh minit di Tasik Hippo.


Selain melihat sesi makan si badak air, para pelancong juga boleh melihat aktiviti memberi makan kepada buaya. Buaya ini akan diberikan makan di depan orang ramai hanya setengah jam selepas badak air, tetapi hanya pada hujung minggu. Terdapat juga Menara Peninjau di Kawasan Rekreasi. Ia dibina pada tahun 2011, memberikan pengunjung pemandangan penuh ke tanah lembap.

Jambatan Seri Gemilang

Terletak tepat di sebelah Dengkil iaitu di Putrajaya, ini adalah salah satu tarikan terbaik di kawasan tersebut. Ia adalah jambatan upacara, yang dibuka pada tahun 2003, melintasi tasik Putrajaya. Ia adalah jambatan berbentuk gerbang yang direka dengan indah, dengan tema Islam dan moden, melengkapi tema di sekitar Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Panjangnya adalah 120 meter, dengan kelebaran sepanjag 60 meter, dan mempunyai enam lorong trafik, tiga ke setiap arah. Jambatan ini membawa kepada Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada hujungnya, dan Dataran Warisan di hujung yang lain.