amaran

Hotel Mewah di Durian Tunggal, Alor Gajah

Tentang

Durian Tunggal merupakan sebuah mukim di Daerah Alor Gajah. Ianya terletak didalam kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya dan daerah di Selatan Alor Gajah. Ianya juga hanya berada pada jarak 4km dari Plaza Tol Ayer Keroh. Terdapat Empangan Air utama yang terletak 3km dari Bandar Durian Tunggal ke Selandar, Jasin. Kawasan tadahan air ini telah kering pada tahun 80an. Terdapat juga landasan keretapi yang tidak digunakan lagi sekarang yang dahulunya menghubungkan Pulau Sebang dan Melaka sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun. Landasan keretapi ini tidak digunakan lagi pada masa kini, namun jambatan landasan keretapinya yang menyeberangi sungai masih lagi wujud sehingga kini.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Lapangan terbang yang berhampiran dengan Durian Tunggal ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang terletak di Batu Berendam yang menghubungkan Melaka dengan Utara Johor, 10 km jarak dari Durian Tunggal dan Bandar Melaka. Terdapat penerbangan Malindo Air dan XpressAir yang membawa penumpang ke lapangan terbang ini. China Southern Airlines juga beroperasi menggunakan pernerbangan sewa khas dari Melaka ke Guangzhou dan sebaliknya membawa pelancong dari kedua-dua tempat. Bagi mereka yang tiba melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Melaka yang berada pada jarak 136km atau pemanduan selama 1 jam 49 minit.

Menggunakan Kereta

Melaka dihubungi dengan Lebuhraya Utara Selatan. Sekiranya anda datang dari arah Selatan, anda boleh menggunakan lebuhraya E2 dan susur keluar di Ayer Keroh. Perjalanan dari Ayer Keroh ke Durian Tunggal ialah pada jarak 4.5 km ataupun masa pemanduan selama 6 minit. Jarak Melaka dengan Kuala Lumpur adalah 150 km, 216 km dari Johor Bahru dan 60 km dari Port Dickson.

Menggunakan Bas

Banyak perkhidmatan bas menghubungkan Melaka dengan Kuala Lumpur, Seremban, Johor Bahru, Singapura dan lain-lain bandar utama di Semenanjung Malaysia. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur anda boleh menaiki bas menghala ke selatan dari Terminal Bas Bersepadu Selatan, yang terletak bersebelahan dengan Stesen LRT dan Stesen KTM Komuter Bandar Tasik Selatan. Dari Singapura, terdapat banyak syarikat bas yang beroperasi dari City Plaza terus ke Melaka Sentral.

Menggunakan Kereta Api

Melaka tidak dihubungi dengan laluan keretapi. Stesen keretapi yang berhampiran untuk ke Durian Tunggal terletak di Pulau Sebang (Tampin) iaitu pada jarak 30km. KTMB beroperasi dari pelbagai destinasi di Malaysia menuju ke Tampin dan sebaliknya. Anda boleh menaiki teksi atau bas dari Stesen Tampin untuk ke Durian Tunggal.

Tarikan Pelancongan

Zoo Melaka

Zoo Melaka merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia yang terletak di Ayer Keroh iaitu 13km di luar Bandar Melaka. Ianya menyimpan 1,200 haiwan yang terdiri daripada 200 jenis spesis binatang. Tarikan utama zoo ini adalah safari malam dimana para pengunjung akan dibawa mengelilingi zoo tersebut dengan menaiki tram untuk melihat haiwan-haiwan yang aktif diwaktu malam.

Mini Malaysia and ASEAN Cultural Park

Bagi pengunjung yang ingin mempelajari mengenai sejarah dan kebudayaan anda boleh berkunjung ke Mini Malaysia dan Taman Kebudyaan ASEAN yang merupakan sebuah taman tema yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Taman ini mempamerkan rumah tradisional dari setiap negeri di Malaysia dan juga dari setiap Negara yang menggangotai Association of Southeast Asian Nations. Dibina dengan penuh teliti dan menggunakan kayu seperti meranti, cengal, keranji dan damar laut, rumah-rumah ini menampilkan ciri-ciri keunikan dan dekorasi yang tersendiri. Disini anda juga boleh mengambil bahagian di dalam permainan tradisional sambil menyaksikan persembahan kebudayaan.

Melaka Wonderland Theme Park & Resort

Taman tema air dan resort yang serba baru ini terletak di Ayer Keroh. Ianya menjanjikan pengalaman taman tema air yang lengkap untuk semua pengunjung, menawarkan pelbagai tarikan permainan yang terdiri dari gelungsur air laju sehingga ke dalam taman yang menghijau. Taman tema air yang unik ini menampilkan 16 tarikan utama dan dikelilingi oleh kehijauan hutan rekreasinya.

Melaka Planetarium Adventure Science Center

Pusat Sains Kembara Planetarium Melaka merupakan sebuah pusat pembelajaran yang bertujuan untuk mendidik pengunjung mengenai alam semesta astronomi dan sains. Dibuka pada Tahun 2009, planetarium ini terletak bersebelahan dengan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), lebih kurang 13 minit dari Durian Tunggal. Bangunan 3 tingkat yang bercirikan tamadun Islam menempatkan pelbagai ruang pameran lengkap dengan kafetaria, perpustakaan dan teater dome separuh bulat yang terbesar untuk tayangan filem.

Taman Rama-rama dan Reptilia

Sanktuari Rama-Rama dan Reptilia merupakan salah satu daripada tarikan utama yang sering dilawati oleh para pelancong di Ayer Keroh. Juga dikenali sebagai Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka, ianya menempatkan simpanan pelbagai hidupan yang terdiri dari rama-rama yang cantik sehingga kepada lebih daripada 20 jenis spesis ular dan cicak, buaya, ikan emas yang berwarna-warni dan juga beberapa spesis katak.

Hotel

Bayou Lagoon Park Resort

Menginap di Bayaou Lagoon Park Resort merupakan pilihan yang bijak sekiranya anda berkunjung ke Durian Tunggal. Resort bertaraf 4 bintang ini terletak pada jarak 9km dari Durian Tunggal dan berhampiran dengan destinasi pelancongan seperti Zoo Melaka (3.8km) dan Kuil Cheng Hoong (8.3km). Bayaou Lagoon Park Resort menjamin setiap pengunjungnya akan dapat menikmati penginapan yang selesa samada berkunjung ke Melaka untuk tujuan bercuti ataupun bekerja.

Gold Coast Malacca International Resort

Bagi para pengunjung yang ingin mencari keriangan dan keseronokan di Melaka, Gold Coast Malacca International Resort merupakan pilihan yang paling tepat. Resort bertaraf 4 bintang ini menampilkan taman tema air lengkap berserta kolam ombak, kolam keluarga, jakuzi, taman permainan kanak-kanak dan air pancut yang dihiasi dan ditempatkan di lokasi yang bersesuaian dengan lanskap semulajadinya. Sesuai untuk para pengunjung yang menginginkan keriangan dan keselesaan ketika berada di Durian Tunggal.