Popular Hotel | Mangala Resort & Spa - All Villa |
Popular Landmark | Bukit Gambang Water Park, Gambang Mosque |
Gambang merupakan sebuah bandar di Daerah Kuantan, Pahang. Ia terletak di persimpangan antara Jalan Persekutuan, Lebuhraya MEC dan Lebuhraya Tun Razak. Malaysia Electric Corporation (MEC) dan kilang pengeluar alatan elektrik terletak di sini. Ianya boleh dihubungi melalui Persimpangan Gambang melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Gambang ialah sebuah bandar kecil yang terletak diluar Ibu Negara Pahang iaitu Kuantan. Tarikan utama di Gambang ialah Bukit Gambang Resort City. Pada masa ini, Bukit Gambang Resort City menempatkan bangunan apartmen, hotel dan taman tema air. Terletak 8km daripada Universiti Malaysia Pahang, Bukit Gambang Resort City merupakan tarikan utama pelancong dalam dan luar Malaysia. Selain dari resort tersebut, Pusat Rekreasi Sungai Pancing juga terletak di situ. Ianya adalah sebuah air terjun di pinggir hutan Gambang dan merupakan kawasan tarikan dikalangan pengunjung tempatan terutamanya pada hujung minggu.
Untuk perjalanan yang lebih selamat dan selesa ke Gambang, anda boleh menaiki kapal terbang untuk ke Gambang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan. Penerbangan terus ke Lapangan Terbang Kuantan terdapat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura. Perjalanan ke Gambang dari Lapangan Terbang Kuantan akan mengambil masa selama 30 minit.
Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur, anda boleh menggunakan Lebuhraya Karak menuju je Kuantan yang akan mengambil masa perjalanan selama 3 jam. Anda boleh keluar di persimpangan 830 Gambang dan menyambung perjalanan menggunakan Lebuhraya MEC sehingga anda tiba di Gambang. Sekiranya anda memandu dari Johor Bharu atau Singapura, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan ke Yong Peng dan meneruskan perjalanan dengan menggunakan Lebuhraya 1 ke Labis dan seterusnya ke Segamat. Teruskan pemanduan dengan mengikut papan tanda tunjuk arah ke Gambang.
Anda boleh ke Gambang dengan menaiki bas dari Kuala Lumpur dan tempat-tempat lain di Semenanjung Malaysia. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, anda boleh menaiki bas Transnasional atau Etika dari Terminal Bersepadu Selatan, Jalan Pekeliling dan Stesen Pudu Sentral untuk ke Gambang.
Anda boleh berkunjung ke Taman Tema Air Bukit Gambang untuk mendapatkan pengalaman menarik di sepanjang percutian anda ke Gambang. Taman Tema Air Bukit Gambang merupakan antara Taman Tema Air yang terbaik di Malaysia yang mempunyai keluasan 45.8 ekar yang telah dibangunkan di kawasan hutan. Anda boleh merasai pengalaman menaiki permainan air yang terpanjang, tertinggi, terbesar dan terlebar di Malaysia. Ianya pasti akan menggembirakan setiap pengunjung yang berkunjung ke sini terutamanya kanak-kanak.
Anda boleh meluangkan masa untuk melawat Taman Safari Bukit Gambang yang merupakan safari terbesar di Malaysia. Sanktuari binatang seluas 138 ekar ini pasti akan memberikan anda pengalaman baru yang mempesonakan kerana anda boleh melihat dan bermain dengan haiwan eksotik dari seluruh dunia. Terdapat lebih dari 300 spesis haiwan dan kebanyakannya hanya terdapat di safari ini sahaja. Taman Safari Bukit Gambang sesuai untuk pengunjung dari pelbagai lapisan umur dan kemudahan laluan berbumbung serta kemudahan kereta sorong bayi turut disediakan.
Sekiranya anda ingin melihat keindahan alam semulajadi, Air Terjun Sungai Pandan merupakan destinasi yang paling sesuai untuk anda lawati. Air Terjun Sungai Pandan ini terletak lebih kurang 23 km dari Gambang. Ianya merupakan kawasan perkelahan dan rekreasi terkenal dikalangan penduduk Kuantan serta penduduk di kawasan berhampiran. Anda boleh meluangkan masa bersama ahli keluarga atau sahabat handai di Air Terjun Sungai Pandan ini untuk menikmati kesegaran dan kesejukan airnya sambil melihat keindahan alam semulajadi di sekelilingnya.
Sekiranya anda mencari tempat untuk beristirehat yang cantik, bersih dan privasi, Air Terjun Berkelah merupakan tempat yang sesuai untuk anda kunjungi sekiranya anda berada di Gambang. Ianya merupakan sebuah tempat yang sangat menarik dengan air terjunnya yang mempunyai 7 tingkatan dan lebih dikenali sebagai air terjun batu 9. Ianya amat mengagumkan kerana mempunyai semua ciri-ciri air terjun yang indah dan menarik. Air nya yang jernih dan tenang sesuai untuk aktiviti mandi manda.
Pantai Teluk Cempedak merupakan sebuah pantai utama bagi kebanyakan penduduk tempatan datang untuk beristirehat dan beriadah bersama ahli keluarga. Pantai ini merupakan teluk yang terlindung dan sesuai untuk semua aktiviti sukan air seperti berenang, bot ski air, kapal layar dan berjemur di pantai. Permainan layang-layang ketika musim berangin juga merupakan permainan utama untuk semua lapisan umur terutamanya kanak-kanak. Pantai Teluk Cempedak juga turut menyediakan kemudahan asas seperti tandas awam, bilik persalinan, gerai makanan, kafe dan restoran kepada para pengunjung.
Mangala Resort and Spa adalah sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang yag terletak di tengah-tengah Gambang. Resort ini terletak berhampiran dengan tarikan utama pelancongan seperti Bukit Gambang Water Park iaitu hanya pada jarak 7.4 km dan berhampiran dengan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah iaitu pada jarak 11.8 km. Hotel ini merupakan pilihan yang tepat sekiranya anda mencari penginapan yang mewah di Gambang.
Arabian Bay Resort merupakan pilihan tepat sekiranya anda berkunjung ke Gambang. Dengan jaraknya yang hanya 30km dari pusat bandar dan 20km dari lapangan terbang, resort bertaraf 4 bintang ini telah menarik ramai pelancong setiap tahun. Pengunjung yang menginapi resort ini berpeluang untuk melawat kawasan tarikan utama pelancongan seperti Resort Bukit Gambang, Taman Tema Air Bukit Gambang dan Air Terjun Sungai Pandan. Untuk pengunjung yang mencari penginapan yang selesa pada harga berpatutan, Arabian Bay Resort merupakan pilihan yang sesuai.