1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (8946 Hotel)
    >
  3. Sabah
    (820 Hotel)
    >
  4. Kota Kinabalu
    (471 Hotel)
    >
  5. Pulau Gaya
    (3 Hotel)

Hotel Mewah di Pulau Gaya, Kota Kinabalu

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 21 Mac 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
EXTERIOR_BUILDING Gaya Island Resort - Small Luxury Hotels of the World
Lihat Harga
LOBBY Bunga Raya Island Resort

Bunga Raya Island Resort

Resort
Pulau Gaya, Kota Kinabalu
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Gayana Marine Resort

Gayana Marine Resort

Resort
Pulau Gaya, Kota Kinabalu
Sangat Hebat
9.5
(5 Reviews)
Lihat Harga
See all 3 Hotels near Pulau Gaya

Facts about hotel in Pulau Gaya

Popular Hotel
Gaya Island Resort - Small Luxury Hotels of the World, Bunga Raya Island Resort

Ulasan Tetamu dari Hotel di Pulau Gaya

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Pulau Gaya dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Pulau Gaya akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
BONG Y. J.
Ini adalah profil peribadi.
19 Feb 2024
Great place and outstanding hospitality. Just wished that they could do something more about the debris floating at the sea.
Ong C. K.
Ini adalah profil peribadi.
6 Nov 2023
Great Resort, akan kembali lagi.

Tentang

Pulau Gaya merupakan pulau terbesar di dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman yang berdekatan dengan bandar Kota Kinabalu iaitu pada jarak 6 km dan 10 minit dari bandar Kota Kinabalu. Pulau ini diliputi oleh hutan tebal tropika yang terjaga serta terpelihara dengan baik. Pulau ini telah menjadi sebagai hutan simpan sejak dari tahun 1923. Asal usul nama Gaya ini adalah dari perkataan Bajau ‘Gayo’ yang bermaksud besar. Pulau ini mempunyai keluasan 3,700 ekar dan dan mempunyai ketinggian sehingga 300 meter. Pulau ini mempunyai 20 km laluan mendaki dan 2 resort bertaraf 5 bintang iaitu Gayana Eco Resort yang merupakan Pusat Ekologi Marin dan Bunga Raya Island Resort yang terletak di utara timur pulau . Mengikut sejarah, Pulau Gaya merupakan tapak pelabuhan penjajah Inggeris iaitu Dermaga British North Borneo Company’s , namun telah dimusnahkan oleh ketua masyarakat kampung Mat Salleh pada 9 Julai 1897. Baru-baru ini terdapat perancangan untuk menjadikan Pulau Gaya sebagai pulau bandar dan pusat pelancongan. Pembinaan kereta kabel turut dicadangkan bagi menghubungkan pulau dengan pusat bandar Kota Kinabalu.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Penerbangan tanpa henti dari semua destinasi lapangan terbang seluruh dunia ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI) boleh didapati dengan penerbangan Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke Terminal Feri Jesselton di mana ianya mengambil masa selama 20 minit memandu dari lapangan terbang menuju ke terminal.

Menggunakan Bot

Terminal Feri Jesselton merupakan terminal feri yang terkenal untuk para pengunjung yang terletak di pusat bandar Kota Kinabalu. Anda boleh menaiki bot untuk ke Pulau Gaya di mana ianya mengambil masa selama 15 minit untuk sampai ke pulau. Perkhidmatan bot bermula seawal 7.30 pagi dan bot terakhir pada pukul 4 petang.

Menggunakan Teksi/Bas

Dari bandar Kota Kinabalu anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Terminal Feri Jesselton. Dari terminal anda boleh menaiki bot laju untuk ke Pulau Gaya.

Tarikan Pelancongan

Padi Snorkeling and Dive Programmes

Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda terokai sepanjang anda tinggal di Pulau Gaya. Anda boleh menyertai program yang disediakan oleh Gaya Island Resort untuk menikmati aktiviti laut seperti selam paras permukaan dan aktiviti menyelam di Taman Tunku Abdul Rahman yang terletak di dalam kawasan segitiga terumbu karang yang dikenali sebagai pusat akuamarina dunia. Program akan dijalankan di sekitar 5 pulau di dalam taman marin.

Marine Ecology Research Center

Marine Ecology Research Center terletak di Gayana Eco Resort. Program ini memberi tumpuan kepada mutiara gergasi dan pemulihan karang. Pakar Biologi di Marine Ecology Research Center membantu para pengunjung untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menjaga alam persekitaran marin. Pusat marin ini turut dibuka kepada para pengunjung bagi aktiviti lawatan untuk sehari.

Down Below Adventure Centre

Sekiranya anda seronok untuk menerokai kehidupan laut anda bolehlah mengunjungi Down Below Adventure Center yang merupakan destinasi pelancongan yang sesuai untuk anda kunjungi. Pusat ini dapat menentukan sama ada anda merupakan penyelam yang berpengalaman atau baru menyertai aktiviti selam. Juru pandu selam yang berkelayakan akan membantu anda untuk melihat kawasan seperti kuda laut, penyu besar dan ikan Nemo dan beberapa lagi haiwan laut yang terdapat di pusat ini. Tenaga Pengajar juga turut disediakan bagi mereka yang tidak pernah melakukan aktiviti menyelam skuba . Dengan itu anda boleh meikmati keseronokan aktiviti meyelam skuba ini tidak kira dengan siapa anda pergi bagi melakukan aktiviti menyelam skuba ini.

Coral Flyer

Kebanyakan pengunjung menggemari aktiviti Coral Flyer zip-line di mana ianya menghubungkan Pulau Gaya dengan Pulau Sapi. Dengan teknologi yang terkini serta pembinaan yang mengikut tahap piawaian yang tinggi memberi anda pengalaman yang sangat unik dan menarik yang hanya terdapat di pulau ini. Walaupun anda perlu menuggu namun anda tidak akan pernah dapat melupakan pemandangan yang menakjubkan serta indah dari Coral Flyer Zip-line ini.

Gaya Street (Sunday Market)

Anda boleh menaiki bot untuk sampai ke pusat bandar Kota Kinabalu di mana ianya terletak pada jarak 10 minit dari Pulau Gaya untuk anda kunjungi Gaya Street(Sunday Market). Anda boleh membeli belah di sini yang terdapat pelbagai barangan seperti pakaian, perhiasan, kopi Borneo yang segar, cake, snek Sabah, herba, batik sarong, buah-buahan dan bunga, barang seni dan barang hasil buatan tangan, barang-barang lama serta barang-barang cenderahati.

Hotel

Gaya Island Resort

Menginap di Gaya Island Resort merupakan pilihan yang baik sekiranya anda mengunjungi Pulau Gaya. Resort bertaraf 5 bintang ini terletak berhampiran pantai dan hanya 5km dari Stadium Likas, Masjid Negeri Sabah serta Terminal Feri Jesselton. Selain itu Wisma Merdeka dan KK Esplanade juga terletak berhampiran resort ini iaitu hanya pada jarak 2 km. Oleh itu anda boleh nikmati percutian yang berharga serta memori yang tidak dapat dilupakan sepanjang anda menginap di Gaya Island Resort.

Gayana Eco Resort

Dengan lokasi yang baik di Pulau Gaya, Gayana Eco Resort merupakan tempat yang paling sesuai bagi anda untuk memulakan segala aktiviti di Pulau Gaya. Resort bertaraf 5 bintang ini terletak berhampiran Lapangan Terbang iaitu hanya pada jarak 8.3 km. Resort ini merupakan resort yang menjadi syurga untuk anda beristirehat yang menyediakan perkhidmatan penuh spa kesihatan di mana anda boleh menikmati pelbagai rawatan di spa ini. Di resort ini juga terdapat restoran, program kanak-kanak, aktiviti kayak dan lawatan menyelam bagi mereka yang ingin mendaftar serta merasai kolam renang panas. Anda boleh menikmati percutian mewah serta pengalaman yang tidak dapat dibandingkan dengan resort lain sekiranya anda menginap di Gayana Eco Resort.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka