Apabila anda menginap di International House di George Town, anda akan berada di Strip, dalam lingkungan 5 minit memandu dari Hospital Lam Wah Ee dan Penghujung Barat Jambatan Pulau Pinang. Hotel ini berada 6.8 km dari Bukit Bendera dan 5.8 km dari KOMTAR.
stay 3hari 2 mlm untuk rest...bilik ok..baloi dengan harga then continue lagi 3hari 2 malam...tapi sayangnya pool x boleh akses..kalau boleh mesti lagi best
Tempat yang sunyi dan menyegarkan. Sangat bagus cuma pintu bilik air agak bunyi bila saya nak masuk bilik air. Katil semuanya bersih dan tersusun. Tapi saya selalu dapat tingkat yang sama iaitu tingkat dua. Saya teringin nak pergi ke tingkat atas lagi seperti tingkat 3 dan ke atas.
Tetamu hotel dikehendaki membayar RM15 setiap orang secara wajib untuk sarapan sebagaimana di dalam gambar. Makanan yang disediakan juga tidak padan dengan harga. Polisi ini juga tidak dimaklumkan awal oleh pihak hotel hanya dimaklumkan ketika berada dikaunter.
Dalam keadaan laman web yang sudah memperuntukkan tempat letak kereta pelanggan tetapi pada hakikatnya tidak. Kedua, penghawa dingin tidak berfungsi sama sekali. Ketiga, cadar kotoran (ada kesan darah).
Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia