1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9491 Hotel)
    >
  3. Penang
    (742 Hotel)
    >
  4. Pulau Pinang
    (632 Hotel)
    >
  5. Georgetown
    (436 Hotel)

Hotel Mewah di Gelugor, Pulau Pinang

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Gelugor

See all 26 Hotels near Gelugor

Facts about hotel in Gelugor

Popular Landmark
USM - Universiti Sains Malaysia

Ulasan Tetamu dari Hotel di Gelugor

8.0
Menyenangkan
370 ulasan dari hotel di Gelugor dengan purata penarafan 8.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Gelugor akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
MOHD K. A. B. Y.
Ini adalah profil peribadi.
6.0
/ 10
15 Jan 2019
Semasa masuk ke bilik, didapati cadar katil berselerak dan tidak ditukar ganti.
zelhaj b. n.
Ini adalah profil peribadi.
24 Jun 2019
Layanan baik, kemudahan hotel baik, bilik agak selesa, harga berpatutan, boleh singgah lagi lain masa.
mohamad i. i. b. z.
Ini adalah profil peribadi.
7 Mar 2020
service terbaik. apartment yang sangat selesa dan sangat-sangat berbaloiii☺️😘
Muhammad L. H.
Ini adalah profil peribadi.
21 Nov 2021
Boleh la.standart hostel.jgn espek mcm hotel sangat
Norhana b. A. A.
Ini adalah profil peribadi.
9.7
/ 10
26 Apr 2019
Bilik selesa, kemas & bersih, cuma suhu aircond yang kurang memuaskan memandangkan sekarang cuaca panas.
Iryani R.
Ini adalah profil peribadi.
15 Mar 2021
stay 3hari 2 mlm untuk rest...bilik ok..baloi dengan harga then continue lagi 3hari 2 malam...tapi sayangnya pool x boleh akses..kalau boleh mesti lagi best
FA
Farhana Ayu Shahira Binti Kamal
17 Jun 2019
Tempat yang sunyi dan menyegarkan. Sangat bagus cuma pintu bilik air agak bunyi bila saya nak masuk bilik air. Katil semuanya bersih dan tersusun. Tapi saya selalu dapat tingkat yang sama iaitu tingkat dua. Saya teringin nak pergi ke tingkat atas lagi seperti tingkat 3 dan ke atas.
MS
Mohd Shah bin Hussin Ismail
18 Aug 2023
Tetamu hotel dikehendaki membayar RM15 setiap orang secara wajib untuk sarapan sebagaimana di dalam gambar. Makanan yang disediakan juga tidak padan dengan harga. Polisi ini juga tidak dimaklumkan awal oleh pihak hotel hanya dimaklumkan ketika berada dikaunter.
Ramizah B. I.
Ini adalah profil peribadi.
30 Oct 2023
Dalam keadaan laman web yang sudah memperuntukkan tempat letak kereta pelanggan tetapi pada hakikatnya tidak. Kedua, penghawa dingin tidak berfungsi sama sekali. Ketiga, cadar kotoran (ada kesan darah).

Tentang

Gelugor adalah kawasan yang terletak di pinggir selatan George Town di Pulau Pinang. Ia juga terletak di sepanjang pesisiran timur Pulau Pinang, antara Jelutong dan Sungai Dua, dan hampir 5 kilometer di selatan George Town. Tempat ini dinamakan sempena spesies tumbuhan, Garcinia atroviridis yang dikenali dalam bahasa Melayu sebagai asam gelugor. Secara sejarahnya, kawasan ini telah berada seawal lewat abad ke-18 dan diduduki oleh para nelayan Melayu yang tiba di sini dari Sumatra dan kemudian diberikan untuk kawasan ladang pertanian oleh David Brown, rakan kongsi Kapten Francis Light. Pada tahun 1985, Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan Gelugor dengan Semenanjung Melayu telah siap. Pembangunan estet kediaman di Gelugor bermula pada tahun 1960-an, yang pada mulanya menjadi rumah penjawat awam. Universiti pertama yang ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969, sebelum dipindahkan ke bekas Barisan Minden pada tahun 1971. Universiti ini telah ditukar nama menjadi Universiti Sains Malaysia yang kini merupakan salah satu universiti awam peringkat tinggi di Malaysia.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Air Asia, Malaysia Airlines dan Malindo Airlines menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Pulau Pinang di Bayan Lepas. Ia biasanya mengambil masa kira-kira 50 minit dan sebaik sahaja anda tiba, anda boleh mengambil bas dan kereta ke Gelugor yang mengambil masa 25 minit dengan menggunakan jalan Sultan Azlan Shah atau Bukit Gambir.

Menggunakan Kereta

Ia mengambil masa kira-kira 4 jam dari pusat bandar Kuala Lumpur ke Gelugor dengan menggunakan lebuh raya Utara-Selatan.

Tarikan Pelancongan

Penang Hill

Penang Hill adalah stesen bukit kolonial pertama yang dibangunkan di Semenanjung Malaysia dan terletak 6 kilometer dari Georgetown. Merangkumi Bukit Barat, Bukit Laksamana, Tiger Hill, Flagstaff Hill dan Bukit Kerajaan, ia terletak 821 meter di atas Bukit Bendera. Ia merupakan hutan hujan tropika terakhir di Pulau Pinang dan flora dan fauna di sini telah dilindungi sejak tahun 1960. Penang Hill terdiri daripada jisim granit berbukit di tengah Pulau Pinang yang mencapai ketinggian 833 meter (2723 kaki) di Western Hill. Selain dari Western Hill, puncak lain yang membentuk Pulau Pinang termasuk Bukit Laksamana, Tiger Hill, Bukit Bendera dan Bukit Kerajaan.

Penang Street Art

Terletak sekitar 17 minit dari Gelugor, terdapat sebuah seni jalanan yang terkenal yang boleh ditemui di sepanjang jalan Muntri. Artis yang dikenali sebagai Zacharevic telah mencipta muralnya yang terkenal, 'Little Girl In Blue' yang berukuran 20 kaki, sebuah mural seorang anak kecil yang memakai baju tidur biru laut yang diapit oleh dua tingkap. Selain itu, mural lain seperti yang dipanggil 'Little Boy with Pet Dinosaur' yang berwarna-warni mempaparkan gambar seorang anak muda dengan lakaran garis besar dinosaur pada tali. Selain itu, reka bentuk lain Zacharevic termasuk hasil kerja yang diberi nama 'Reaching Up' di Cannon Street, sebuah lukisan dinding seorang budak lelaki yang menjangkau sebuah pasu bunga hidup di ambang jendela. Di samping itu, terdapat sebuah lukisan di sepanjang Jalan Armenia yang dikenali sebagai 'Little Children on a Bicycle', yang serupa dengan 'Boy on a Bike' tetapi terdapat sebuah basikal. Dari jalan ke Eastern & Oriental Hotel, beca berwarna terang dapat membawa anda melihat karya seni yang unik di sekitar Georgetown. Harga bermula pada kira-kira RM80 untuk perjalanan selama sejam tetapi anda boleh menawarkan sehingga RM40 untuk perjalanan selama 30 minit.

Hotel

Island Living

Penginapan ini mempunyai akses mudah ke pelbagai tempat-tempat menarik serta mempunyai mercu tanda seperti KOMTAR dan berdekatan Universiti Sains Malaysia serta Pusat Penyelidikan Sains dan Matematik. Ia juga menawarkan bilik-bilik penginapan yang mempunyai TV berskrin tipis, cerek elektrik, dan pembuat teh atau kopi. Terdapat bilik mandi peribadi termasuk tab mandi atau pancuran air mandian, pengering rambut dan peralatan mandian percuma. Kemudahan lain termasuklah stesen komputer, peti simpanan keselamatan dan Wi-Fi di kawasan awam. Hotel ini juga mempunyai sebuah kedai serbaneka, kaunter menyambut tetamu yang beroperasi selama 24 jam serta menyediakan tempat letak kenderaan percuma, ruang tamu menunggu di lobi, perkhidmatan tiket dan meja tempahan lawatan.

Kondominium Sunny Ville

Kondominium ini adalah penginapan yang terkenal di kalangan pelancong, para perniagaan dan tema percutian. Ia terletak berhampiran dari Universiti Sains Malaysia. Disekitarnya juga mempunyai pasaraya Tesco, QueenBay Mall dan hab FTZ dinamik melalui lebuh raya. Empat jenis susun atur termasuk dua bilik tidur dan tiga bilik tidur dengan pemandangan Chicago Bay yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan dari Jambatan Pulau Pinang. Tetamu hotel boleh menikmati kemudahan yang disediakan seperti perkhidmatan bilik 24 jam, Wi-Fi percuma di semua bilik, kawalan keselamatan 24 jam, kedai serbaneka, pengemasan bilik secara harian. Di samping itu, hotel ini menawarkan persembahan rekreasi seperti gimnasium, kedai serbaneka, dobi, gelanggang tenis, gelanggang badminton, gelanggang skuasy dan kolam renang.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved