amaran

Hotel Bajet di Georgetown, Pulau Pinang

9.0/10

Cemerlang

Hostel Ceylon

Georgetown

Tonight Hotel

Georgetown

Sunny Side

Georgetown

Tentang

Georgetown merupakan pusat pentadbiran Pulau Pinang. Ianya merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia dan telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008. Bandar pentadbiran ini mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berusia 200 tahun yang masih boleh dilihat sehingga ke hari ini. Keunikan bangunan bersejarah serta senibinanya dan juga elemen kebudayaan yang terdapat di sini telah menjadikan Georgetown sebuah bandar yang unik dan jarang dilihat di rantau Asia Tenggara. Georgetown juga merupakan destinasi yang terkenal sebagai syurga makanan di Malaysia kerana ianya menawarkan pelbagai jenis pilihan makanan jalanan merangkumi makanan Melayu, Cina, India, Thailand dan Barat.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines atau tambang murah seperti Air Asia dan Malindo Air terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang menyediakan penerbangan setiap hari ke Pulau Pinang. Setibanya anda di lapangan terbang anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Georgetown yang akan mengambil masa perjalanan selama 30 minit.

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu ke Georgetown menggunakan Jambatan Pulau Pinang sambil menikmati pemandangan yang indah disepanjang perjalanan. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Georgetown. Perjalanan dari Kuala Lumpur akan mengambil masa selama 4 jam 23 minit.

Menggunakan Kereta Api

Perkhidmatan Keretapi Elektrik (ETS) merupakan cara yang paling murah dan mudah untuk ke Georgetown. Anda boleh menaiki ETS ke Stesen Keretapi Butterworth. Keretapi berlepas dari Stesen Kuala Lumpur Sentral dan tiba di Stesen Keretapi Butterworth Pulau Pinang di darat dan kemudiannya menyambung perjalanan ke Georgetown dengan menaiki feri selama 15 minit untuk ke Pulau Pinang.

Tarikan Pelancongan

Muzium Negeri Pulau Pinang

Muzium Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan pada tahun 1821 dan menempatkan pelbagai khazanah negara dan negeri seperti seramik Baba Nyonya, perabot, barangan kemas dan kostum dan juga 8 lukisan minyak oleh Kapten Robert Smith. Ianya juga turut mempunyai galeri artifak, termasuk barangan antik yang dimiliki oleh keluarga cina Negeri Selat yang terkenal.

Masjid Kapitan Keling

Masjid Kapitan Keling merupakan salah satu mercu tanda di Pulau Pinang. Ianya merupakan masjid bersejarah yang terbesar di Georgetown. Masjid Kapitan Keling mempunyai madrasah untuk pengajian agama dan sebuah menara yang menempatkan pembesar suara untuk tujuan azan. Dinding berbatu putih dilengkapi dengan kubah besar ala Moghul, bulan sabit dan bintang menjadikan Masjid Kapitan Keling berbeza dari yang lain.

Pinang Peranakan Mansion

Istana Peranakan Pinang telah dibina pada penghujung abad ke-19. Istana besar ini mempunyai lebih dari 1,000 koleksi barangan antik dan anda boleh lihat terdapat kotak antik besar yang klasik dan dulang, lukisan Cina dan perabot antik Eropah yang terletak dilaluan masuk ke balai utamanya.

Kota Cornwallis

Kota Cornwallis merupakan salah satu tapak bersejarah yang terkenal untuk anda lawati sepanjang berada di Georgetown. Kota Cornwallis merupakan kota terbesar yang masih wujud di Malaysia. Ianya juga terletak berhampiran dengan menara jam yang pasti akan memberikan anda pemandangan indah melihat kawasan dermaga disekitarnya. Lawatan di sekitar kawasan kota tersebut hanya akan mengambil masa kurang dari sejam. Cenderamata dan minuman ringan juga terdapat di gerai yang tersedia berhampiran dengan pintu masuk.

Jeti Clan

Untuk mendapatkan pemandangan dan pengalaman yang indah anda boleh melawat Jeti Clan dimana ianya merupakan sebahagian dari Jejak Warisan Negeri Pulau Pinang. Ianya merupakan penempatan Cina yang terakhir di di pulau ini yang menempatkan masyarakat pelbagai kaum Cina yang duduk di rumah kayu atas air. Jeti Chew merupakan penempatan yang paling mesra pelancong dengan bilangan rumah atas air yang paling banyak, mempunyai pelantar pejalan kaki yang panjang menjadikan ianya berbaloi untuk dikunjungi dan mempunyai banyak perhentian yang indah untuk anda bergambar kenangan di sini.

Hotel

Apollo Inn

Apollo Inn merupakan sebuah hotel bajet bertaraf 2 bintang yang terletak di lokasi yang sangat strategik iaitu di tengah-tengah Bandar Georgetown. Hotel ini terletak berhampiran dengan kawasan tarikan utama pelancongan seperti Komtar dan Little India Penang. Apollo Inn merupakan pilihan yang tepat buat anda yang mencari penginapan murah dengan kemudahan asas yang serba lengkap.

Grand Inn Hotel-Macalister Road

Grand Inn Hotel-Macalister Road merupakan sebuah hotel bajet bertaraf 1 bintang yang terletak ditengah Bandar Georgetown. Hotel ini mempunyai kemudahan wifi percuma didalam setiap bilik penginapan, perkhidmatan kaunter hadapan 24 jam, penyimpanan bagasi dan wifi percuma di ruang awam yang menjadikan Hotel Grand Inn ini lain dari bajet hotel yang terdapat di Bandar. Grand Inn Hotel-Macalister Road amat dicadangkan untuk pelancong yang mencari percutian murah.