amaran

Hotel Mewah di Georgetown, Pulau Pinang

8.7/10

Sangat Baik

8.2/10

Sangat Baik

8.7/10

Sangat Baik

8.2/10

Sangat Baik

8.6/10

Sangat Baik

8.6/10

Sangat Baik

8.6/10

Sangat Baik

G Hotel Gurney

Gurney Drive

8.9/10

Sangat Baik

G Hotel Kelawai

Gurney Drive

9.0/10

Cemerlang

7.8/10

Bagus

Cititel Penang

Georgetown

8.6/10

Sangat Baik

8.9/10

Sangat Baik

Mansion One Suites

Gurney Drive

8.2/10

Sangat Baik

8.9/10

Sangat Baik

9.2/10

Cemerlang

8.7/10

Sangat Baik

8.6/10

Sangat Baik

9.1/10

Cemerlang

9.5/10

Cemerlang

Urban Suite

Georgetown

Hotel Penaga

Georgetown

Campbell House

Georgetown

8.8/10

Sangat Baik

Tentang

Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang yang merupakan bandar kedua terbesar di Malaysia dan telah di senaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2008. Georgetown merupakan ibu negeri Pulau Pinang yang penuh dengan kepelbagaian sejarah serta bandar yang ceria dan meriah yang terdiri dari pelbagai budaya. Bandar ini terkenal dengan pelbagai bangunan koloni British, rumah kedai masyarakat Cina dan masjid. Di sebalik bandar lama terdapat pembangunan bandar yang moden di Georgetown dengan terdapatnya bangunan pencakar langit dan beberapa pusat membeli belah. Mengikut sejarah yang lalu permulaan penjajahan British di Asia Tenggara pada abad ke-18, dengan kepelbagaian budaya dicerminkan dalam seni bina, perayaan dan juga makanan di Georgetown. Dikenali sebagai bandar makanan di Malaysia, Georgetown menyediakan pelbagai makanan yang menakjubkan dan menyelerakan dengan gabungan pengaruh Melayu, Cina, India, Thailand dan Eropah.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo Air ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di mana penerbangan ini menawarkan perkhidmatan yang kerap ke Pulau Pinang. Setelah sampai di lapangan terbang anda boleh menaiki bas atau teksi untuk ke Georgetown di mana perjalanan mengambil masa 30 minit untuk sampai ke bandar Georgetown.

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu ke Georgetown melalui Jambatan Pulau Pinang sambil menikmati keindahan di sekitarnya di sepanjang perjalanan. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk sampai ke Georgetown. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa selama 4 jam 23 minit pemanduan.

Menggunakan Kereta Api

Anda boleh menaiki Keretapi ETS ke stesen keretapi Butterworth. Keretapi berlepas dari Stesen Keretapi Kuala Lumpur Sentral dan tiba di Stesen Keretapi Penang Butterworth di bahagian darat dan hanya 15 minit perjalanan menaiki feri dari stesen keretapi tersebut untuk anda ke George Town di Pulau Pinang.

Tarikan Pelancongan

Cheong Fatt Tze Mansion

Cheong Fatt Tze Mansion telah dibina pada tahun 1880. Rumah tradisi komuniti China dengan 38 buah bilik mempunyai Feng Shui yang hebat. Sepanjang lawatan yang ditemani pemandu pelancong anda berpeluang untuk melihat keindahan dan kecantikan bilik tidur, perpustakaan, dewan majlis, halaman serta taman yang luas dan cantik. Terdapat juga barangan lain seperti pinggan mangkuk tembikar, patung, ukiran, permaidani, sulaman dan barangan antik. Anda boleh memilih untuk melawat rumah ini selama 1 jam dengan lawatan yang disertai pemandu pelancong atau anda boleh pilih untuk tinggal bermalam di hotel butik ini.

Khoo Kongsi

Setelah anda sampai ke Khoo Kongsi, anda akan disambut dengan paparan hasil ketukangan masyarakat Cina yang menakjubkan. Ruag tamu nya yang besar, dihiasi dengan lampu-lampu yang indah dan dilengkapi dengan perabot antik. Kunjungan ke Khoo Kongsi adalah percuma dan anda boleh melihat sekitarnya tanpa sebarang bayaran tetapi ianya lebih baik sekiranya anda mendapatkan kebenaran daripada pejabat pengurusan terlebih dahulu untuk melawat kawasan di sekitarnya.

Pinang Peranakan Mansion

Pinang Peranakan Mansion telah dibina pada akhir abad ke 19. Sebuah kediaman rekreasi keluarga Baba dan Nyonya ini mempamerkan Panel kayu ukiran masyarakat Cina, jubin lantai dekorasi dari Inggeris serta ukiran besi oleh masyarakat Scotland. Anda boleh melihat pakaian dan aksesori tradisional, tembikar jubin,barang perabot yang di bawa masuk dari negara Cina dan Eropah dan diwarisi melalui generasi keturunan Baba dan Nyonya.

Fort Cornwallis

Bagi anda yang ingin menikmati pengalaman yang berbeza di Pulau Pinang anda boleh berkunjung ke destinasi bersejarah Fort Cornwallis. Ianya merupakan kubu terbesar di Malaysia. Fort Cornwallis terletak berdekatan menara jam dan merupakan destinasi yang menyenangkan dan menggembirakan untuk dikunjungi serta anda dapat melihat pemandangan pelabuhan dari Kubu Kota Cornwallis Fort Corwallis. Sekiranya anda berada di Georgetown adalah mudah untuk anda sampai ke Fort Cornwallis iaitu dengan berjalan kaki ataupun anda boleh menaiki teksi atau beca sekiranya cuaca panas.

Penang Wonderfood Museum

Muzium makanan ini memberikan para pengunjung pengalaman menakjubkan dengan melihat kelazatan, kepelbagaian makanan tradisi masyarakat Pulau Pinang yang berbilang bangsa. Dibina di bangunan colonial pada tahun 1940 di Georgetown, Muzium ini dibahagikan kepada tiga galeri iaitu Info Zone, Wow Zone, serta Educational Zone. Setiap rekaan makanan dicipta oleh pemilik muzium iaitu Sean Lao yang telah menggunakan teknik replika makanan dari Jepun.

Hotel

Berjaya Penang Hotel

Menginap di Berjaya Penang Hotel merupakan pilihan yang baik sekiranya anda berkunjung ke Georgetown. Hotel ini terletak berdekatan destinasi tarikan pelancong seperti Gurney Drive, Botanical Gardens dan banyak lagi. Hotel bertaraf 4 bintang ini menyediakan kemudahan television yang bersatelit, penghawa dingin serta layanan yang mesra sekiranya anda menginap di hotel ini. Berjaya Penang Hotel ini merupakan penginapan yang menarik dan menyeronokkan sekiranya anda berkunjung ke Georgetown.

Sunway Hotel Georgetown Penang

Sunway Hotel Georgetown merupakan hotel yang terletak di lokasi yang baik di mana ianya terletak di tengah bandar Georgetown. Hotel ini juga terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di mana hanya pada jarak 14 km. Sunway Hotel Georgetown Penang ini merupakan pemilihan yang baik kepada pengunjung yang berkunjung ke Georgetown.

evtbvsrwfq