Popular Hotel | Raia Hotel & Convention Centre Terengganu, Raia Hotel & Convention Centre Terengganu - Buy Now Stay Later |
Popular Landmark | Sultan Mahmud Airport (TGG), Kuala Terengganu Golf Course |
Gong Badak merupakan sebuah bandar baru yang terletak di bahagian utara Sungai Terengganu, iaitu di daerah Kuala Nerus yang pernah menjadi sebahagian daripada daerah Kuala Terengganu yang juga dikenali sebagai Kuala Terengganu Utara. Kampung ini pada asalnya merupakan antara kampung-kampung kecil di sepanjang jalan utama, Jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah. Terdapat beberapa kawasan perumahan di sekitar Gong Badak untuk menampung pertumbuhan penduduk yang semakin. Mengikut bancian penduduk pada tahun 2010, penduduk tetap di situ terdiri daripada 10 000 orang. Gong Badak berkembang pesat dengan pembangunan kawasan perindustrian Gong Badak dan institusi pendidikan seperti Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Zainal Abidin dan Kolej Pengajaran Dato Razali Batu Rakit. Pasaraya besar seperti Hock Kee Seng, Sabasun 2, Giant, Mydin dan cawangan-cawangan restoran rangkaian seperti KFC, McDonald's, Burger King, Pizza Hut juga telah dibuka di Gong Badak. Terdapat juga dua kedai buku yang dibuka, iaitu Perpustakaan Seri Intan dan Syarikat Osman Muda (SMO) untuk menjual bahan bacaan dan alat tulis bagi pelajar di institusi pendidikan dipersekitarannya. Ekonomi di kawasan Gong Badak ini sangat bergantung kepada pelajar dari institusi pendidikan sekitarnya dan kawasan perindustrian mereka.
Terdapat penerbangan setiap hari dari lapangan terbang Subang dan KLIA2 yang mengambil masa sekitar 55 minit hingga satu jam ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Dari sana, pengunjung boleh pergi ke bandar Gong Badak dengan melalui jalan Tengku Ampuan Intan Zaharah.
Dari pusat bandar Kuala Lumpur, anda juga boleh memandu ke Gong badak selama 4 jam dan 30 minit dengan menggunakan E8 ke jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu. Selain itu, ia mengambil masa yang lebih lama dengan menggunakan lebuh raya Segamat-Kuantan atau Kuala Lumpur - Gua Musang yang mengambil masa lebih daripada 6 jam perjalanan.
Muzium ini terletak di tengah-tengah Kuala Terengganu dan berhampiran dengan bandar Gong Badak. Kompleks ini terdiri daripada bangunan yang diilhamkan oleh reka bentuk seni bina rumah Melayu tradisional di Terengganu. Muzium ini mula ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen 1976 Vol. 9 dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976, berkuatkuasa pada 1 November 1977. Menurut sejarah, batu bersurat Terengganu dijumpai di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Pada 3 Februari 1974 , sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengawasi penubuhan Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1981, kurator telah dilantik bagi mengurus Muzium Negeri. Pada bulan Julai 1992, batu bersurat Terengganu telah dikembalikan ke negeri Terengganu dari Muzium Negara di Kuala Lumpur. Pada tahun 1994, muzium ini telah ditempatkan di kawasan baru iaitu di Kompleks Muzium Negeri Terengganu di Bukit Kampung Losong, Paloh, Kuala Terengganu. Penubuhan muzium ini adalah untuk memainkan peranan dalam penyelidikan dan kajian sejarah negara dan memelihara sisa sejarah yang ada di dalamnya. Selain itu, ia juga bertindak sebagai salah satu usaha pemuliharaan struktur flora dan fauna serta geologi yang terdapat di negeri ini.
Masjid Kristal atau masjid cahaya merupakan sebuah masjid yang terletak di Kuala Terengganu, Malaysia. Masjid ini berada berhampiran Taman Warisan Islam yang juga terletak di pulau Wan Man. Masjid Kristal adalah masjid pertama di negara ini yang dibina dengan infrastruktur berteknologi dan sambungan WiFi yang menyediakan akses internet kepada para pengunjung untuk tujuan membaca Al-Quran elektronik. Masjid ini dibina antara tahun 2006 dan 2008 dan struktur besarnya diperbuat daripada keluli, kaca dan kristal . Ia dibuka secara rasmi pada 8 Februari 2008 oleh Yang di-Pertuan Agong ke-13, Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu. Ia mempunyai kapasiti untuk menampung lebih daripada 1,500 orang jemaah pada satu masa. Dianggap sebagai salah satu masjid paling indah di dunia, struktur uniknya diilhamkan oleh gaya kontemporari elemen Moorish dan Gothic. Terdapat sebuah kandil kristal yang besar membentuk di ruang utama solat dan pada waktu malam, masjid itu hidup dengan pancaran lampu yang berubah warna kubahnya dan menaranya bertukar menjadi merah, jambu, hijau, kuning dan biru.
TH Hotel & Pusat Konvensyen Terengganu terletak hanya 2 minit berjalan kaki ke Stadium Sukan Sultan Mizan dan hanya berjarak 3 minit pemanduan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Menawarkan kolam renang tertutup dan terbuka, bilik-bilik di sini dilengkapi dengan kemudahan menyeterika pakaian serta TV berskrin rata dengan saluran satelit, kemudahan membuat teh atau kopi dan bilik mandi yang kondusif dengan kemudahan pancuran mandian air panas atau sejuk. Para tetamu juga boleh bersenam di pusat sukan serta menggunakan ruang kemudahan bermesyuarat. Selain itu, terdapat juga kaunter menyambut tetamu 24 jam yang boleh membantu pengunjug dengan ruang simpanan bagasi serta ruang letak kereta yang percuma. Bagi pilihan tempat makan, terdapat hidangan tempatan dan antarabangsa yang boleh dinikmati di Restoran Lagenda manakala Restoran Menanti Lounge pula menyajikan pilihan minuman dan makanan ringan.