Popular Landmark | i-City Shah Alam, Water World I-City |
i-City ialah sebuah bandar yang telah dimajukan secara moden di Shah Alam, Selangor, Malaysia. Seorang arkitek bernama Jon A. Jerde, telah merancang seluruh bandar. Dia telah merancang bandar ini supaya ia adalah sebuah bandar yang bijak pada cara yang menyeluruh. Pada masa yang sama, dia juga telah memasukkan elemen korporat, santai dan juga kediaman. Kemudahan seperti pusat beli – belah, pejabat, hotel dan apartment adalah antara kemudahan yang telah dibina di bandar ini.
Bandar ini juga telah di taja oleh Menteri Pelancongan untuk menjadi destinasi pelancongan. Tambahan pula, Kerajaan Negeri Selangor telah mengisytiharkan bandar ini sebagai Taman Antarabangsa. Ini telah memberikan mereka lesen untuk mengoperasikan tempat ini selama 24 jam 7 hari seminggu.
Dari Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil lebuhraya Persekutuan dan menghala ke Shah Alam. Kemudian pengunjung boleh mengambil susur keluar menghala ke i-City / Padang Jawa. Dari situ, akan ada lebih banyak papan tanda untuk memastikan pengunjung menjumpai jalan untuk ke i-City. Jarak antara kedua bandar ini adalah 29 kilometer dan akan mengambil masa dalam 27 minit untuk memandu ke sana. Ini juga akan bergantung kepada kesesakan lalu lintas pada masa itu.
Dari Kuala Lumpur, pengunjung boleh mengambil bas RapidKL untuk ke Shah Alam. Bas itu bernombok U80. Akan tetapi, pengunjung perlu menukar ke bas nombor U605. Bas ini akan membawa pengunjung terus ke i-City. Tambang adalah kurang dari RM5 seorang sehala. Bas ini membuat perjalanan ke i-City setiap 15 minit dan 20 minit pada waktu tidak sesak. Pengunjung juga boleh menggunakan Touch and Go untuk menaiki bas supaya mengurangkan kesusahan sewaktu menaiki bas.
Dari stesen KTM mana – mana pun, pengungjung boleh membeli tiket mereka dan menghala ke Padang Jawa. Padang Jawa berada di Shah Alam. Akan tetapi, inilah stesen yang paling jauh di dalam Shah Alam. Tambang adalah lebih kurang RM5 untuk sehala. Tetapi jarak dari stesen ini ke i-City masih agak jauh. Oleh itu pengunjung boleh mengambil teksi ke i-City. Mereka juga boleh menggunakan Uber untuk ke sana. Ia akan mengambil RM5 – RM7 tambahan untuk sampai ke i-City
Tarikan ini menggunakan lebih dari sejuta lampu LED untuk mencipta sebuah hutan yang terdiri daripada pokok maple dan pine. Pada waktu malam, pokok – pokok ini akan diterangai dengan lampu – lampu dan akan membuatkan keselurahan tempat itu dengan pelbagai warna lampu. Di Mist Fountain, terdapat kabus yang kabur yang akan membuatkan lampu menjadi kabur, perspektif lain untuk melihat lampu – lampu.
Muzium ini adalah berasaskan seni Trompe L’oeil pada zaman dahulu. Terdapat ilusi optik yang dibina untuk membuatkan pengunjung melihat seni dengan cara yang berbeza. Ia amat interaktif buat mereka yang melawat muzium ini.
Ini adalah kawasan bahagian dalam yang telah ditetapkan di bawah suhu 5 darjah Celsius. Terdapat pelbagai arca ais yang diukir oleh artis – artis Harbin, China. Ada juga aktiviti-aktiviti seperti pembuatan salji, gelongsor ais dan arca ais interaktif untuk mengambil gambar.
Hotel ini hanya 0.23 kilometer dari i-City Shah Alam. Ia juga agak dekat dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan jarak 10.35 kilometer sahaja. Ia juga berdekatan dengan kemudahan awam lain seperti hospital yang kurang dari 1 kilometer jauh. Tempat ini sesuai untuk pasangan yang mencari percutian romantis. Terdapat banyak kedai di sekitar kawasan ini yang sesuai untuk mereka yang suka berbelanja. Selain itu, hotel ini mempunyai reka bentuk dan elemen seni bina yang unik. Ia pasti akan membuatkan pengunjung menghargai seni bina hotel ini dengan lebih mendalam. Selain itu hotel ini mempunyai kemudahan hiburan yang akan dapat membuat penginapan lebih menyeronokkan. Hotel ini juga sesuai untuk penginapan jangka panjang. Terdapat pusat kecergasan yang disediakan untuk para tetamu untuk digunakan. Mereka juga mempunyai kafe yang dapat menyediakan hidangan tempatan. Akhirnya, mereka menawarkan keselesaan dan perkhidmatan yang sangat baik.