amaran

Hotel Mewah di Janda Baik, Bentong

7.8/10

Bagus

Tentang

Janda Baik merupakan sebuah perkampungan kecil di Bentong, Pahang. Ia adalah sebuah kampung melayu yang sederhana dengan penduduknya berjumlah lebih kurang 1,000 orang. Ianya merupakan sebuah kampung yang tenang dikelilingi dengan hutan menghijau yang belum diterokai dan sesuai untuk merehatkan diri dari kesibukan pusat bandar Kuala Lumpur dengan suhunya yang boleh mencecah 34 °C pada waktu tengahari. Janda Baik berada lebih kurang 45 km dengan mengambil masa 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Janda Baik telah dikenali sebagai pusat pelancongan yang terkenal pada masa kini dengan limpahan pengendali rumah inap desa dan chalet yang dibina di dalam kampung ini kerana keindahan dan ketenangan serta kesegaran persekitarannya.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk ke Janda Baik. Dari lapangan terbang anda boleh menaiki Keretapi Laju ERL, bas atau teksi dan turun di KL Sentral. Seterusnya anda boleh menyewa kereta pandu sendiri atau menaiki teksi ke Janda Baik dari KL Sentral.

Menggunakan Kereta

Janda Baik amat mudah dihubungi dengan jalan raya kerana ianya terletak hanya 45km ke Utara Kuala Lumpur dan mengambil masa pemanduan selama 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Gombak-Karak.

Menggunakan Bas

Anda juga boleh menaiki bas dari Terminal Bas Jalan Pahang yang akan mengambil masa perjalanan selama 1 jam untuk tiba di Bentong. Dari Bentong, anda boleh menaiki teksi ke Janda Baik dengan masa perjalanan selama 30 minit.

Tarikan Pelancongan

Air Terjun Latatampit

Lata Tampit juga turut dikenali sebagai Ulu Tampit yang mempunyai 7 tingkat lapisan air terjun yang pasti akan membuat anda teruja. Ianya merupakan lokasi yang mesti dikunjungi sekiranya anda berada di Janda Baik. Pada tingkat 5 air terjun tersebut, anda boleh melihat pemandangan yang begitu indah dan tingkat ini amat sesuai untuk kanak-kanak, manakala pada tingkat 7 yang paling atas pula sesuai untuk aktiviti mandi manda. Air nya yang sejuk dan bersih menjadikan ianya sesuai untuk aktiviti mandi manda bersama keluarga.

Sungai Benus

Satu lagi tarikan utama pelancongan di Janda Baik adalah Sungai Benus. Sungai ini sesuai untuk aktiviti yang lebih mencabar seperti trek hutan dan memancing kerana terdapat pelbagai spesis ikan yang hidup di sungai ini. Antara ikan yang boleh dijumpai di dalam sungai ini adalah ikan kelah, ikan hampal dan ikan keli.

Pulau Santap

Pulau Santap merupakan salah satu tarikan utama yang anda mesti lawati di Janda Baik. Pulau Santap merupakan kawasan perkelahan di pertemuan dua sungai iaitu Sungai Benus dan Sungai Cheringging di Janda Baik. Ianya merupakan jaringan sungai yang panjang dan dikelilingi oleh hutan belantara dipersekitarannya menjadikan ianya sesuai untuk perkelahan harian ataupun bermalam.

Muzium Orang Asli

Anda juga boleh meluangkan masa di Muzium Orang Asli yang terletak 24km dari Janda Baik. Ianya merupakan pusat pameran orang asli yang penuh dengan maklumat penting mengenai sejarah, adat budaya, tradisi, pembangunan sosial dan juga ekonomi dikalangan orang asli yang merupakan penduduk asal di Semenanjung Malaysia. Muzium ini mempunyai bahan pameran dan model yang menekankan kepada gaya hidup mereka termasuk perlatan dan perkakas peribadi, seni lukisan, ukiran, pakaian, perlatan muzik, alat perburuan dan penanaman, perangkap binatang dan perubatan tradisional masyarakat orang asli.

Kampung Baru Bukit Tinggi

Jangan ketinggalan untuk mengunjungi Kampung Baru Bukit Tinggi disepanjang lawatan anda ke Janda Baik untuk mendapatkan ikan, sayur dan juga buah-buahan segar. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa selama 30 minit dari Janda Baik. Anda boleh membeli halia muda yang terkenal disini dan juga sayur yin yong atau kailan yang juga terkenal di sini.

Hotel

Harmony Valley Retreat

Harmony Villa Retreat merupakan hotel bertaraf 4 bintang yang terletak di Janda Baik merupakan pilihan terbaik buat anda yang ingin mencari percutian mewah. Harmony Valley Retreat menawarkan bilik penginapan siap dengan balkoni, wifi percuma, TV dan juga laman di setiap bilik. Anda akan diberikan layanan yang mesra dengan perkhidmatan yang cemerlang disepanjang penginapan anda di sini.

Cherengin Hills Convention & Spa Resort

Menginap di Bukit Cherangin Convention & Spa Resort merupakan pilihan tepat buat anda yang ingin ke Janda Baik. Resort bertaraf 3 bintang ini merupakan rumah percutian di kaki bukit yang terletak di Janda Baik. Mempunyai bilik penginapan berjumlah 136 unit yang dihiasi cantik pasti akan memberikan anda jaminan privasi dan persekitaran yang menenangkan lengkap dengan kemudahan moden.