amaran

Hotel Bajet di Pulau Jerejak, Pulau Pinang

Tentang

Pulau Jerejak terletak di Bayan Lepas di hujung selatan Pulau Pinang. Terdapat perkhidmatan feri tanpa henti disediakan dari Bayan Lepas untuk ke Pulau Jerejak. Pulau Jerejak terletak di antara Pulau Utama Pulau Pinang dan Seberang Perai, yang dikelilingi oleh Selat Selatan. Ianya merupakan tempat perlindungan pelarian di kalangan penduduk selat (1868), Stesen kuarantin (1875) dan tahanan colonial (1969). Pulau Jerejak merupakan pulau yang bersih dari segala pembangunan dari itu pulau ini mampu memberikan anda ketenangan dan kedamaian yang anda inginkan dari kesibukan di Pulau Pinang. Terdapat pelbagai aktiviti di pulau ini selain dari menikmati udara yang segar dan nyaman anda boleh juga melakukan pelbagai aktiviti luar seperti memanjat bukit, berbasikal, terjunan bertali (flying fox), trek hutan dan lain-lain lagi.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Setelah tiba di lapangan terbang anda boleh menaiki teksi ke Terminal Jeti Pulau Pinang. Perjalanan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke terminal.

Menggunakan Bot

Anda boleh menaiki feri untuk sampai ke Pulau Jerejak. Ianya mengambil masa perjalanan selama 10 minit dari Jeti Pulau Pinang ke Jeti Jerejak dengan harga RM25 untuk dewasa dan RM16 untuk kanak-kanak.

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu untuk sampai ke Terminal Jeti Pulau Pinang melalui Jambatan Pulau Pinang sambil menikmati pemandangan yang indah di sepanjang jambatan. Sekiranya anda memandu dari Kuala Lumpur anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk sampai ke Terminal Jeti Pulau Pinang. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa selama 4 jam 23 minit untuk sampai ke Pulau Pinang. Dari Jeti Pulau Pinang anda boleh menaiki feri untuk sampai ke Pulau Jerejak.

Menggunakan Kereta Api

Kuala Lumpur Sentral dan tiba di Stesen Keretapi Penang Butterworth di bahagian darat dan hanya 15 minit perjalanan menaiki feri dari stesen keretapi tersebut untuk anda ke George Town di Pulau Pinang. Dari Georgetown anda boleh menaiki teksi untuk sampai ke Terminal Jeti Pulau Pinang di mana ianya mengambil masa perjalanan selama 30 minit.

Tarikan Pelancongan

Alcatraz Malaysia

Pulau Jerejak telah dibina pada tahun 1969 dan telah menjadi sebagai rumah penjara selepas rusuhan 13 Mei 1969. Pulau ini menjadi sebagai tempat untuk penjenayah yang terlibat dengan rusuhan kaum. Bangunan penjara, kem tahanan, pusat penyaringan dan pusat pengasingan, kubur pelaut rakyat Rusia, bangunan wad pesakit batuk kering dan rumah-rumah terbiar pekerja penjara masih terdapat di Pulau Jerejak. Anda boleh melawat ke pulau ini yang penuh dengan sejarahnya yang tersendiri.

Jerejak Rainforest Resort

Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti luar yang telah disediakan oleh pihak resort ini. Anda boleh melakukan aktiviti seperti terjunan absailing, memanjat bukit, berbasikal atau memancing, trek hutan serta perkhemahan. Terdapat juga kemudahan seperti mendaki bukit dan dinding, halangan bertali dan memanah yang terletak bersebelahan dengan Adventure Village.

Penang War Museum

Muzium Perang Pulau Pinang yang terletak di Bukit Maung telah dibina oleh rakyat British pada tahun 1930. Ianya terletak hanya pada jarak 5 km dari Pulau Jerejak. Ianya telah menjadi muzium yang di buka untuk orang awam yang juga turut merupakan Muzium Perang yang terbesar di Asia Tenggara. Para pengunjung boleh mengembara dan melihat ke dalam terowong, pameran perang dan artifak perang yang terdapat di dalam kubu lama ini yang telah dijadikan sebagai muzium.

Clan Jetties

Jeti Clan merupakan sebahagian dari warisan Pulau Pinang. Dahulunya terdapat 7 jeti walaubagaimanapun satu darinya telah diruntuhkan dan tinggal kekal 6 jeti. Setiap Jeti diberi nama mengikut keturunan masyarakat Cina manakala Jeti Chew merupakan jeti yang terkenal di kalangan pelancong dengan terdapatnya perkampungan di atas air, laluan berjalan kaki yang panjang, kuil serta pelbagai kawasan menarik yang terdapat di jeti ini yang sesuai untuk anda mengambil gambar kenangan.

Queensbay Shopping Mall

Selepas kunjungan anda di Pulau Jerejak anda boleh menaiki feri untuk ke Pulau Pinang dan singgah ke Queensbay Shopping Mall yang terletak di Bayan Lepas. Ianya terletak hanya pada jarak 2 km dari Pulau Jerejak. Pusat membeli belah ini menyediakan barangan yang berjenama dari harga yang murah serta harga yang mampu bayar oleh para pengunjung hingga ke harga yang mahal bagi barang-barang jenama yang eksklusif.

Hotel

Hotel Seri Malaysia Penang

Menginap di Hotel Seri Malaysia Pulau Pinang merupakan pilihan yang baik sekiranya anda ingin berkunjung ke Pulau Jerejak. Hotel yang bertaraf 3 bintang ini terletak pada lokasi yang sangat baik iaitu berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang pada jarak 3.1 km dan Pulau Jerejak pada jarak 3.68 km. Hotel ini merupakan pemilihan hotel yang sangat baik yang menyediakan kemudahan serta servis yang sangat baik dan serba lengkap.

Super 8 Hotel Bayan Baru

Super 8 Hotel Bayan Baru merupakan pilihan yang bijak bagi anda yang mencari penginapan yang murah dengan servis yang baik. Terletak pada jarak 13 km dari keriangan bandar, hotel bertaraf 2 bintang ini merupakan hotel yang berada di lokasi yang sangat baik dan menyediakan pelbagai kemudahan untuk ke kawasan-kawasan tarikan di bandar.

evtbvsrwfq