1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9201 Hotel)
    >
  3. Terengganu
    (287 Hotel)
    >
  4. Besut
    (49 Hotel)
    >
  5. Jerteh
    (8 Hotel)

Hotel Mewah di Jerteh, Besut

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Kha, 25 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Jerteh

Popular Landmark
Sekolah Kebangsaan Pusat Jerteh, Jerteh City Hadhari Mosque

Ulasan Tetamu dari Hotel di Jerteh

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Jerteh dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Jerteh akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Rohaida I.
Ini adalah profil peribadi.
2 Aug 2023
Bilik bersih, berpatutan dengan harga, berdepan dengan DIY
Hafsah
Ini adalah profil peribadi.
2 Feb 2022
Pemilik membantu dan dapat menampung daftar masuk pada masa yang lebih lewat daripada yang dijangkakan. Hartanah itu bersih dan selesa. Sesuai untuk penginapan singkat. Mempunyai tempat letak kereta individu juga betul-betul di sebelah bilik. Lokasi berdekatan dengan jalan utama dan mudah diakses.

Tentang

Jerteh adalah sebuah bandar kecil di Daerah Besut, Terengganu, Malaysia. Ia terletak di utara Terengganu, berjiran dengan negeri Kelantan. Ia telah diwakili oleh seorang wakil rakyat bernama Idris bin Jusoh sejak 2013 di Dewan Rakyat. Beliau juga dikenali dan memegang jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Di kawasan itu terdapat sebuah hospital yang dipanggil Hospital Besut. Ia merupakan hospital besar dan utama di daerah Besut. Pekan kecil ini tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan sebagai pusat pelancongan terkenal tetapi di sini sentiasa dilihat pengunjung asing yang singgah melawat pekan ini semasa dalam perjalanan ke Pulau Perhentian. Ini kerana, Besut adalah pintu masuk utama dan jeti utama untuk ke pulau yang terkenal itu. Mengetahui bahawa ia juga dikunjungi oleh orang asing, penduduk tempatan di sekitar Jerteh mula menjual makanan tempatan mereka seperti nasi dagang, satar, otak-otak dan beberapa lagi.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Bas

Dari Kuala Lumpur, anda boleh membeli tiket bas dan bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk terus ke Jerteh. Perjalanan itu akan mengambil masa kira-kira tujuh jam.

Menggunakan Kapal Terbang

Dari Lapangan Terbang Subang atau KLIA2, dapatkan penerbangan ke Kota Bharu atau Kuala Terrenganu. Jerteh adalah sebuah daerah di dalam negeri Terengganu namun Lapangan Terbang Kota Bharu adalah lebih dekat dengannya. Oleh itu, lapangan terbang Kota Bharu lebih disyorkan. Dari lapangan terbang, anda perlu menaiki teksi ke destinasi anda di Jerteh.

Tarikan Pelancongan

Pulau Perhentian

Terdapat dua pulau bernama Perhentian iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil. Kedua-dua pulau ini terletak bersebelahan. Pulau-pulau ini dikunjungi kerana airnya yang jernih, karangnya yang berwarna-warni dan pemandangan indah pantainya yang pasti akan menawan hati anda. Perhentian dikatakan sebagai syurga bagi penyelam di mana mereka dapat bertemu penyu yang sudah beratus tahun umurnya dan kehidupan laut yang sangat mengagumkan. Walau bagaimanapun, Kepulauan Perhentian ini mengalami musim monsun antara bulan Oktober dan Mac, dan kebanyakan pulau-pulau ini akan ditutup untuk aktiviti pelancongan.

Taman Warisan Islam

Taman Warisan Islam terletak di Kuala Terengganu yang berada kira-kira 100 kilometer dari Jerteh. Taman gabungan pembelajaran dan hiburan ini terkenal dengan replika mini dari 22 monumen terkenal dari dunia Islam, di mana pelawat boleh belajar tentang penyebaran Islam di negara-negara tersebut. Bayaran kemasukan ke taman monumen ini ialah RM25 untuk dewasa, RM15 untuk warga emas dan kanak-kanak berumur 7-12 manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

Masjid Kristal

Terletak di persekitaran yang sama dengan Taman Warisan Islam, pelawat juga boleh melawat Masjid Kristal yang indah ini. Dibina di tepi sungai, masjid ini diperbuat daripada keluli dan kaca. Refleksi yang muncul di bangunan masjid ini ketika matahari bersinar membuatkannya kelihatan seperti kristal sehingga penduduk setempat menamakannya sebagai Masjid Kristal.

Chinatown

Chinatown atau sebelum ini dikenali sebagai Kampung Cina juga terletak di Kuala Terengganu. Pekan kecil yang ini mempunyai tarikannya sendiri di mana terdapat kedai-kedai berwarna-warni di kedua-dua belah jalan, restoran Cina, Melayu dan India, kedai kopi, kuil dan hotel-hotel bajet. Pelancong sering kelihatan bersiar-siar di pekan kecil ini terutamanya pada waktu malam.

Uptown Kontena

Terletak di PT 31964, Kg.Tok Jembal, 21000 Kuala Nerus, Terengganu, Uptown Kontena adalah tempat para pelancong mencuba masakan Terengganu atau masakan barat lain apabila melawat Kuala Terengganu. Ia terletak kira-kira 90 kilometer dari Jerteh. Di sinilah pelancong boleh menikmati pengalaman makan di persisiran pantai Laut Cina Selatan.

Hotel

Rumah Tinggi

Terletak di Lot 2324, Jalan Haji Wan Latif, Besut, 22000, Rumah Tinggi ini adalah rumah tradisional kayu yang sesuai untuk tetamu yang datang dalam sebuah kumpulan besar. Rumah ini dibina tinggi supaya tidak terjejas sekiranya banjir berlaku. Di bawah rumah boleh menjadi tempat letak kereta para tetamu. Rumah ini cukup luas untuk para tetamu menikmati penginapan ini dengan selesa. Kadar sebuah penginapan ini bermula dari RM450.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved