amaran

Hotel Mewah di Kampung Si Rusa, Port Dickson

Avillion Port Dickson

Kampung Si Rusa

8.5/10

Sangat Baik

Tentang

Kampung Si Rusa terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan di mana ia merupakan salah satu destinasi pantai yang paling popular di Pantai Barat Malaysia. Ia terletak lebih kurang sejam perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Tempat ini terkenal dengan pantai yang cantik yang terletak berdekatan dengan bandarnya, dan pantai-pantain ini menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pelancong untuk menghabiskan waktu untuk berehat dan menikmati suasana di pantai. Sebelum dibangunkan menjadi sebuah bandar, tempat ini dahulunya dikenali sebagai Tanjung oleh orang Melayu tempatan kerana ia terletak di sebuah teluk kecil. Ia juga dikenali dengan nama Arang, kerana ia merupakan sebuah kawasan yang menghasilkan arang pada masa dahulu.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Memandu ke Kampung Si Rusa, adalah cara paling mudah untuk ke sana. Perjalanan ini akan mengambil masa kira-kira setengah jam hingga satu jam dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan, bergantung kepada traffik semasa.


Menggunakan Bas

Sehingga sekarang masih tiada bas berhenti di Kampung Si Rusa. Walau bagaimanapun, ada beberapa buah bas dari Terminal Bersepadu Selatan yang berhenti di Seremban. Harga untuk satu perjalanan ke Seremban adalah kurang dari RM 6 seorang. Kemudian dari terminal bas Seremban, bolehlah menggunakan teksi untuk pergi ke sini.


Menggunakan Kereta Api

Keretapi Tanah Melayu (KTM) juga mempunyai perjalanan harian ke Seremban dari KL Sentral. Jadual perjalanan ke Seremban dari Kuala Lumpur, adalah seawal 11.50 pagi dan harga tiket bermula pada RM 18 seorang. Perjalanan dengan KTM akan mengambil masa kira-kira satu jam hingga satu setengah jam bergantung kepada berapa banyak hentian yang diambil oleh keretapi itu. Dari stesen KTM, boleh menggunakan teksi untuk pergi ke Kampung Si Rusa. Teksi biasanya akan menggenakan bayaran kira-kira RM 50 atau lebih, atau anda mungkin boleh mencari teksi yang menggunakan meter.


Tarikan Pelancongan

Muzium Tentera

Muzium Tentera ini merupkan antara salah satu destinasi utama di Port Dickson. Hanya 15 minit memandu dari bandar Port Dickson, dan tanpa ada bayaran masuk, muzium ini terletak di sebelah sebuah pangkalan tentera dan diuruskan oleh Angkatan Tentera Diraja Malaysia. Di sini, para pelawat dapat melihat pencapaian hebat tentera, barangan, pakaian seragam dan senjata yang bersejarah sejak pertama kali pasukan tentera ini dibentuk di Tanah Melayu. Kawasan muzium ini terbahagi kepada dua bahagian; pertama menempatkan barang peninggalan seperti yang disebutkan di atas manakala bahagian kedua adalah kenderaan-kenderaan yang sudah tidak digunakan seperti kereta kebal dan helikopter. Muzium ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dan Selasa.


Ostrich Farm

Hanya dua puluh minit dari bandar Port Dickson ke arah selatan, Ostrich Farm juga dalam 10 perkara utama yang perlu dilakukan di Port Dickson. Burung unta adalah tarikan utama di situ namun terdapat juga haiwan lain seperti arnab, ayam belanda, kuda, dan keldai yang menjadi tarikan. Para pelawat boleh memberi haiwan-haiwan tersebut makan dengan pek makanan yang boleh dibeli pada harga RM3 sebungkus. Ladang itu juga menawarkan aktiviti menunggang burung unta tetapi hanya untuk mereka yang berat 40kg dan ke bawah dan tidak perlu takut untuk jatuh kerana akan ada kakitangan yang berjalan bersebelahan burung unta dan anda ketika menunggang untuk memastikan tiada kemalangan yang berlaku. Selain itu, terdapat sebuah kafeteria dan burung unta pastilah menjadi salah satu menu yang ditawarkan. Terdapat sate dan burger burung unta, dan berdasarkan ulasan makanannya segar dan lazat. Jika burung unta bukanlah sesuatu yang anda mahu cuba, mereka juga menawarkan hidangan umum yang lain. Kemasukan ke ladang adalah RM 15 untuk orang dewasa, dan RM10 untuk anak-anak.


Hotel

Avillion Port Dickson

Terletak di Kampung Si Rusa, sebuah mukim di Port Dickson, ia terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari bandar Port Dickson. Hotel ini telah menerima nilai hebat dari pelanggannya. Caletnya dibina menggunakan kayu, memberikan aura tradisional selama penginapan di situ. Beberapa calet mempunyai pemandangan laut yang cantik, jadi jangan lupa untuk meminta calet yang mempunyai pemandangan ini! Seluruh kawasan calet dikelilingi oleh kehijauan, menjadikannya tempat yang sempurna untuk berehat dan bersantai.


evtbvsrwfq