1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9166 Hotel)
    >
  3. Pahang
    (755 Hotel)
    >
  4. Cameron Highlands
    (201 Hotel)
    >
  5. Brinchang
    (72 Hotel)

Hotel Mewah di Kea Farm & Green Cow, Cameron Highlands

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Ahd, 21 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
EXTERIOR_BUILDING Copthorne Cameron Highlands

Copthorne Cameron Highlands

Hotel
Kea Farm & Green Cow, Brinchang
Mengagumkan
8.3
(2170 Reviews)
Sangat selesa, bilik yang luas, pemandangan yang cantik.
Lihat Harga
See all 9 Hotels near Kea Farm & Green Cow

Facts about hotel in Kea Farm & Green Cow

Popular Hotel
Copthorne Cameron Highlands
Popular Landmark
Raju Hill Strawberry Farm, THE SHEEP SANCTUARY

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kea Farm & Green Cow

0.0
Biasa
0 ulasan dari hotel di Kea Farm & Green Cow dengan purata penarafan 0.0/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kea Farm & Green Cow akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
SUDIRMAN B. I.
Ini adalah profil peribadi.
6 Mar 2024
Bilik kemas dan nampak baru, breakfast juga memuaskan.
amirah f.
Ini adalah profil peribadi.
9 Nov 2023
Bilik berbau. Mungkin mop lantai. Bathroom kotor. Lantai & dinding tak berus, terasa licin-licin kulat.
Suzianah B. A. S.
Ini adalah profil peribadi.
4 Jul 2022
Servis kurang. Dapat floor 2nd. Kena naik tangga. Tak sesuai untuk warga emas. Bilik berbau. TV rosak. Paip bocor-bocor . Air singki slow nak turun macam tersumbat. Dalam bilik ada lipas. Omg. Parking bawah ok. Cuma tak strategic bila nak keluar masuk parking. Sebab laluan tempat orang nak pergi kambing biri-biri tu. Check out 12pm. Orang ramai bersesak depan kaunter. Meanwhile, kita nak kluar dari parking bawah kena hon-hon takut terlanggar orang. Hm.
Zuhairee P.
Ini adalah profil peribadi.
18 Jul 2022
Bilik macam tak kemasankan berhabuk
siti r. i.
Ini adalah profil peribadi.
9.3
/ 10
27 Dec 2023
Rumah apartemen 1 bilik yang sangat besar dan luas. Murah je. Berbaloi, memang terbaik view farm sheep. Malam ke pagi berkabus tebal, tapi paling geram time nak check in call langsung tak angkat and staff langsung tak begitu cara nak check in macamnya.
Ashraf B.
Ini adalah profil peribadi.
23 Aug 2020
Tetap sangat memuaskan dengan perkhidmatannya
Rusidi M.
Ini adalah profil peribadi.
24 Sep 2022
Bilik tidak bersih. Bilik kami seperti nobady telah tinggal sebelum kami.

Tentang

Terletak di kawasan berhampiran Hotel Equatorial, Kea Farm sentiasa sibuk sepanjang tahun. Kea Farm adalah salah satu sebab utama yang menyebabkan jurang besar antara Tringkap dan Brinchang (terutamanya semasa cuti umum dan hujung minggu). Disebabkan kesesakan yang agak serius di sini, kadang-kadang anda akan terperangkap selama sejam atau lebih untuk bergerak dari satu kawasan ke satu kawasan lain. Cameron Highlands terdiri daripada lapan kawasan. Tiga buah bandar di sini termasuk Ringlet, Tanah Rata dan Brinchang manakala lima kawasan penempatannya termasuk Lembah Bertam, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja. Semua dipisahkan antara satu sama lain dengan jarak yang agak jauh. Pekan-pekan yang paling terkenal dengan kawasan penginapan adalah Tanah Rata dan Brinchang. Kawasan ini berjarak lebih kurang 4 km.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Sangat mudah untuk sampai ke Kea Farm dengan kereta. Kea Farm dihubungkan dari Simpang Pulai (Ipoh) di Lebuhraya Timur-Barat, atau kira-kira 45km dari Plaza Tol Tapah, sehingga laluan gunung yang hebat ke Lembah Biru ke Cameron Highlands.

Menggunakan Bas

Stesen bas utama terletak di Tanah Rata. Bas-bas beroperasi setiap jam pergi dan balik daripada kebanyakan tempat-tempat pelancongan utama di Malaysia. Untuk ke Kea Farm, anda boleh mendapatkan perkhidmatan teksi dengan tambang yang berpatutan. Untuk kemudahan perkhidmatan kereta sewa juga disediakan.

Tarikan Pelancongan

Gunung Brinchang

Pada ketinggian 6,666 kaki di atas paras laut, terdapat titik tertinggi di Malaysia yang boleh diakses dengan kereta. Di puncak gunung ini terdapat stesen radio dan televisyen. Berdekatan dengan pencawang radio dan televisyen ini pula terletak Menara Pemerhati setinggi 15 meter. Ini adalah tempat terbaik untuk menikmati pemandangan indah Cameron Highlands dan negeri jiran iaitu Perak. Tambang teksi pergi balik ke puncak boleh mencecah sehingga RM100. Sebelum menuju ke sini, anda boleh berunding dengan pemandu teksi untuk melihat sama ada perjalanan itu termasuk lawatan ke Hutan Berlumut (Mossy Forest) yang terletak berhampiran dengannya dan juga ladang Teh Boh yang terletak di Sungei Palas.

Cameron Highlands

Cameron Highlands adalah daerah terkecil di Pahang yang terletak di sudut utara-barat negeri ini. Salah satu resort tanah tinggi yang paling popular di negara ini, destinasi dataran tinggi ini masih mengekalkan daya tarikan sebuah desa Inggeris. Walaupun pembangunan besar-besaran pada dekad yang lalu telah mengubah landskap tanah tinggi di sini, ia tetap menjadi destinasi popular bagi mereka yang ingin melarikan diri dari cuaca panas.

Cameron Highlands telah menjadi sebuah kawasan pertanian utama negara. Anda akan dapati banyak ladang sayur-sayuran di seluruh kawasan tanah tinggi ini. Cameron Highlands juga merupakan pengeluar utama bunga dan teh di Malaysia. Bersedialah untuk menikmati pemandangan indah ladang teh dan bunga yang berwarna-warni. Terletak di Banjaran Titiwangsa, iaitu kira-kira 1500 meter di atas paras laut, suhu di sini boleh mencecah sehingga 16 ˚C atau lebih rendah pada masa-masa tertentu. Cameron Highlands terdiri daripada empat bandar utama diikuti oleh penempatan yang lebih kecil di ketinggian yang berbeza. Pekan pertama dari selatan adalah Ringlet, diikuti Tanah Rata, Brinchang, Kea Farm, Tringkap, Kuala Terla dan Kampung Raja.

Hotel

Copthorne Cameron Highlands

Cameron Highlands terkenal dengan ladang the dan strawberi dan juga lembah yang dingin. Sepanjang penginapan di Copthorne Hotel Cameron Highlands, anda akan dikejutkan dengan udara gunung yang sejuk dan kehijauan pohon-pohon yang subur. Copthorne Cameron Highlands adalah sebuah hotel bertaraf 4 bintang yang menawarkan sebanyak 316 buah pilihan bilik dan juga pangsapuri dengan servis penuh. Kesemua bilik-bilik di sini dilengkapi dengan kemudahan moden. Dengan pemandangan alam sekitar yang indah, kolam renang tertutup, pilihan bilik mesyuarat, dan pelbagai pilihan tempat makan di puncak dataran tinggi, penginapan anda di sini akan menjadi suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Alami peginapan yang mewah dan dapatkan perkhidmatan Copthorne yang terbaik apabila anda bermalam di Cameron Highlands.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka