1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9440 Hotel)
    >
  3. Johor
    (905 Hotel)
    >
  4. Johor Bahru
    (639 Hotel)
    >
  5. Kempas
    (20 Hotel)

Hotel Mewah di Kempas, Johor Bahru

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Facts about hotel in Kempas

Popular Landmark
Impian Emas Golf Club and Driving Range, Hot Pot Shabu Shabu

Ulasan Tetamu dari Hotel di Kempas

7.1
Menyenangkan
201 ulasan dari hotel di Kempas dengan purata penarafan 7.1/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Kempas akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
Patdila P.
Ini adalah profil peribadi.
28 Jan 2023
Cukup selesa dengan harga seperti itu AC dingin, dapat kopi dan juga teko air panas, untuk mandi air panas cukup panas
NOOR F. B. M. N.
Ini adalah profil peribadi.
18 May 2017
Staff ramah, perkhidmatan dan layanan kepada tetamu best. lokasi rena balinese bagus cuma ada beberapa pembaikan yang perlu dilakukan seperti jalan laluan untuk sampai ke resort, perlu ditar semula. kemudian, kebersihan kolam rennag perlu dipertingkatkan dan kebersihan kawasan sekeliling. overall bagus, puas hati, makanan sedap, will come again next time with hope there is more improvement did.
17 Jan 2023
"Air mineral tak ada, cerek masak pun ada, tapi gelas tak ada. Susah nak cari makan, sunyi. Pukul 11.30 macam di tanah perkuburan, suasana sunyi. Wifi pun tak boleh, Wifi. tak boleh, dah 3 kali bagi password.Pintu susah, guna password tapi semua nombor tak keluar, tak nak kunci tak boleh keluar unit.Yang pasti. complicated, ambil kunci kat tempat lain (EG Hotel) pakai deposit RM 100 pun, esok balik kunci sana, kita charge 2 kali ganda bayaran. Not recommended is the point."- kata mak & ayah saya. Pasti tidak akan kembali ke sini lagi! Perkhidmatan yang buruk dan persekitaran yang buruk dan perabot yang buruk dan tidak disyorkan👎🏻

Tentang

Kempas adalah sebuah bandar di dalam Daerah Johor Bahru, Johor. Ianya terletak di dalam kawasan parlimen Pulai. Kempas terbahagi kepada dua bahagian iaitu Kempas Baru dan Kempas Lama. Nama Kempas berasal dari sebuah pokok yang kuat. Pusat Perubatan Kempas dan Sekolah Kebangsaan juga terdapat disini. Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kempas. Dari tapak sejarah ke tarikan kebudayaan anda boleh menerokai pelbagai tempat yang baru untuk anda lihat dan merasai keunikan yang terdapat di Kempas. Jangan lepaskan peluang untuk melihat pemandangan yang menarik di Kempas.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Kempas boleh dihubungi dari Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak dan lain-lain tempat di Semenanjung Malaysia. Lapangan terbang yang berhampiran adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Senai iaitu 15km pemanduan dari Kempas. Anda boleh menaiki penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia, Malindo Air dan Firefly untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Dari lapangan terbang, anda boleh menaiki bas, teksi, uber atau grab untuk ke Kempas.

Menggunakan Kereta

Anda boleh memandu ke Kempas pada jarak 319 km atau 3 jam 30 minit pemanduan dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara Selatan. Sekiranya anda datang dari Singapura anda boleh menggunakan Tambak Johor atau Lebuhraya Link Kedua yang menghubungkan Singapura dan Johor dan ke bahagian lain di Semenanjung Malaysia.

Menggunakan Keretapi

Anda boleh menaiki Keretapi ETS dari Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral) untuk ke Johor Bahru. Keretapi ETS akan berhenti di Gemas dan dari situ anda boleh menaiki KTM ke JB Sentral. Anda boleh membeli tiket perjalanan terus dan ianya akan mengambil masa menunggu selama 10 minit di Gemas untuk pertukaran keretapi. Sekiranya anda dari Singapura, anda boleh menaiki KTM di Stesen Woodlands untuk ke JB Sentral. Dari situ anda boleh menaiki teksi atau bas untuk ke Kempas yang hanya mengambil masa perjalanan selama 13 minit.

Menggunakan Laut

Anda boleh ke Tanjung Belungkor, berhampiran Desaru dengan menaiki feri dari Changi Point di Singapura. Perkhidmatan Feri juga terdapat dari Batam dan Tanjung Pinang di Indonesia untuk ke Terminal Antarabangsa Johor Bahru. Dari terminal tersebut anda boleh menaiki teksi untuk ke Kempas.

Tarikan Pelancongan

Danga Bay

Ketika di Kempas anda boleh melawat Teluk Danga Johor. Ianya terletak di Pantai Lido yang terkenal dikalangan masyarakat tempatan dan berhadapan dengan Istana Bukit Serene, Istana rasmi Sultan Johor. Jarak Teluk Danga ke Kempas hanya 6km. Teluk Danga menawarkan pelbagai aktiviti mewah dan ekslusif dengan kedai-kedai serta restoran mewah yang terdapat di situ. Ianya merupakan taman rekreasi terbesar di Johor Bahru yang menawarkan pelbagai aktiviti sesuai untuk pelbagai lapisan umur terutamanya kanak-kanak.

Arulmigu Sri Rajakaliamman Glass Temple

Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman merupakan kuil hindu utama di Johor Bahru. Ianya adalah salah satu dari pusat tarikan pelancongan utama yang anda mesti kunjungi ketika berada di Kempas. Jarak dari kuil ini ke Kempas hanya 9km. Kuil ini tersenarai di dalam Malaysia Book of Record sebagai kuil kaca pertama di Malaysia yang siap dibina pada 12 Mei 2010. Kuil ini dibina menggunakan struktur kaca sepenuhnya dan ianya dikenali bukan sahaja di Malaysia malahan diseluruh dunia kerana keunikan senibinanya. Ianya juga merupakan antara kuil hindu yang tertua di Johor Bahru.

Royal Abu Bakar Museum

Muzium ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi Istana Besar atau istana utama yang merupakan penginapan rasmi Sultan Abu bakar, bapa pemodenan Negeri Johor. Muzium ini merupakan salah satu destinasi pelancongan utama yang mesti dilawati sekiranya anda berkunjung ke Kempas. Jarak Muzium ini dari Kempas hanya 10.7km. Ianya telah dibina pada Tahun 1866 dan menghadap ke Selat Johor serta dikelilingi oleh taman yang dihias indah. Muzium ini menampilkan koleksi anggun harta-harta dan artifaks peninggalan sejarah yang dimiliki oleh Keluarga Kesultanan Johor.

Johor Bahru City Square

Anda boleh meluangkan masa dan berbelanja di Johor Bahru City Square di sepanjang kunjungan anda ke Kempas. Kedudukannya yang strategik terletak di tengah pusat Bandar berhampiran dengan pusat pemeriksaan kastam dan imigresen, Johor Bahru City Square telah menjadi mercutanda di Johor Bahru. Setelah keletihan berbelanja, anda boleh beristirehat di restoran-restoran dan kafe-kafe atau pusat urutan refleksologi dan urutan badan yang terdapat di situ.

Sultan Ibrahim Building

Bangunan Sultan Ibrahim merupakan salah satu daripada bangunan bersejarah di Johor Bahru yang anda mesti lawati. Ianya hanya mengambil masa perjalanan selama 22 minit untuk ke bangunan tersebut dari Kempas. Ianya terletak di Bukit Timbalan merupakan bangunan tertinggi di Johor Bahru pada Tahun 1970an sebelum kemunculan bangunan-bangunan tinggi yang lain selepas itu. Senibina nya yang berasaskan kepada rekaan gaya barat dan timur dan sehingga kini bangunan tersebut masih menjadi daya tarikan utama kepada para pelancong kerana keunikan senibinanya.

Bazar Karat Skudai

Bazar Karat Skudai ini merupakan satu lagi tarikan pelancongan yang mesti dikunjungi ketika anda berada di Kempas. Hanya 11 minit pemanduan dari Kempas ke Pasar Karat Skudai. Disini anda boleh membeli barangan tempatan, kraftangan, pakaian, makanan jalanan, sayur-sayuran, buah-buahan, snek, barangan kemas dan lain-lain barangan pada harga yang berpatutan. Sekiranya anda bernasib baik, anda boleh menjumpai makanan yang istimewa atau barangan jualan yang tidak pernah anda lihat sebelum ini.

Hotel

Recreation @ Lovely Homestay

Penginapan di Recreation@Lovely Homestay merupakan pilihan yang bijak sekiranya anda berkunjung ke Kempas. Rumah inap ini terletak di Bandar Kempas dan berhampiran dengan tarikan pelancongan utama seperti Teluk Danga(6.2km) dan Kuil Kaca Arulmigu Sri Rajakaliamman(9.9km). Rumah inap bertaraf 3 bintang ini menawarkan kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik serta selesa. Dengan kedudukannya yang strategik, rumah inap ini menjadi penginapan yang memudahkan anda untuk melawat ke pusat-pusat tarikan utama pelancongan di sekitar Kempas.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved