amaran

Hotel Mewah di Kijal, Kemaman

8.6/10

Sangat Baik

Tentang

Kijal merupakan sebuah daerah kecil atau mukim yang terletak di bawah bidang kuasa dan pentadbiran daerah Kemaman, Terengganu. Kawasan ini telah dinamakan demikian sempena dengan pohon Kijal yang sudah pupus. Pohon ini pernah tumbuh dengan melata di Bukit Kijal. Kijal terletak di bahagian selatan Terengganu, menjadi kawasan kedua dengan penduduk paling ramai bersama-sama dengan Kemaman secara keseluruhan, selepas ibu negeri Kuala Terengganu yang memiliki jumlah penduduk teramai. Kepadatan penduduk di kawasan ini adalah disebabkan oleh sektor minyak dan gas yang menjadi teras dan pemacu ekonomi utama di sini berikutan dengan penemuan telaga minyak pada tahun 1970-an. Sektor minyak and gas yang aktif di Kijal inilah yang telah menarik pekerja mahir dari seluruh negara untuk bekerja di sini.

Selain itu, Kijal juga dikunjungi oleh para pelancong kerana suasana malamnya yang indah, yang disebabkan oleh kilang-kilang industri petrokimia yang menghasilkan cahaya terang daripada api yang menjulang ke angkasa, hasil daripada aktiviti penapisan minyak. Terdapat juga Awana Kijal Golf and Beach Resort yang dimiliki oleh Genting Group. Tarikan-tarikan pelancongan ini telah mengubah kawasan sekitar Pantai Kijal dari kampung nelayan yang suram kepada sebuah resort pantai yang indah dengan padang golf yang tersendiri.


Dari sudut pelancongan pula, Kijal secara spesifik dan Kemaman secara amnya telah diiktiraf sebagai kawasan pelancongan berasaskan makanan. Beberapa makanan yang terdapat di sini tidak perlu diperkenalkan dengan lebih lanjut lagi kerana sudah terkenal dengan keunikannya. Makanan-makanan ini hanya boleh didapati di Kemaman dan Kijal seperti keropok lekor, satar dan otak-otak serta makanan yang lebih terkenal seperti lemang serta buah durian, di mana buah durian di Kijal dikenali dengan meluas kerana kelazatannya. Sebahagian daripada makanan ini juga dihasilkan secara komersil serta dibungkus di Kijal, Chukai dan Kemasik, di mana pengunjung juga boleh membeli makanan ini dalam bentuk bungkusan sejuk beku supaya boleh dibawa pulang ke rumah untuk dimasak sendiri.


Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kereta

Dari Kuala Lumpur, anda boleh memandu melalui laluan E8 untuk akses segera ke Kijal. Bergantung kepada keadaan lalu lintas, perjalanan boleh mengambil masa sekitar 3 jam dan 30 minit.


Menggunakan Bas

Anda juga boleh memilih untuk mengembara menggunakan bas. Terminal bas ekspres yang terdekat terletak di Kampung Geliga Cik Akob, Kemaman. Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), anda boleh mengambil perjalanan terus ke Kemaman menggunakan perkhidmatan bas ekspres seperti Express Kesatuan atau Transnational Express sebelum memilih teksi atau laluan bas tempatan untuk pergi ke Kijal.


Tarikan Pelancongan

Sungai Yak Yah

Satu lagi tempat yang menarik untuk bersiar-siar apabila pengunjung berada di Kijal adalah Sungai Yak Yah, di mana pengunjung boleh menaiki bot dan menyelurusi kawasan yang lebih jauh di sepanjang Sungai Yak Yah dan Sungai Chukai untuk menikmati pemandangan kelip-kelip yang memancarkan lampu. Cahaya dari koloni ini merupakan suatu pemandangan yang amat memukau. Kawasan ini masih belum diteroka oleh manusia, oleh itu populasi kunang-kunang di sini tidak merosot walaupun setelah bertahun-tahun berlalu, jika dibandingkan dengan tempat lain yang mengalami pembangunan. Malahan lagi, kawasan sungai ini telah mencatatkan kluster tertinggi kelip-kelip di negara ini yang boleh mencapai 28 kluster pada satu malam. Hal ini disebabkan oleh kewujudan lebih banyak spesies pokok di sekitar sungai ini, terutamanya pokok berembang yang sudah jarang ditemui pada hari ini. Pokok ini sememangnya dikenali sebagai tempat kegemaran bagi kelip-kelip untuk berkumpul.


Resorts World Kijal

Terletak di KM 28 Jalan Kemaman - Dungun, Resorts World Kijal adalah salah satu pusat peranginan dan resort pantai yang amat berprestij di Kijal, bahkan resort ini hanyalah satu-satunya resort yang sedemikian di Kijal. Pantai di resort ini mempunyai pemandangan yang sangat indah, menjadi tempat yang sempurna untuk berjemur atau berkelah. Ia juga dipelihara dengan baik dan mempunyai padang golfnya sendiri yang menawarkan pengalaman bermain golf yang unik dengan tahap hospitaliti kelas pertama yang ditawarkan oleh para kakitangan di sini. Terdapat banyak kemudahan yang mampu memberi nilai tambah kepada pengalaman pengunjung ketika berada di resort ini seperti spa, kolam renang terbuka, gelanggang sukan dan banyak lagi.


Hotel

Resort World Genting – Resort World Kijal

Sebuah resort hotel bertaraf empat bintang terletak di Jalan Kemaman-Dungun. Ia juga terletak bersebelahan dengan persisiran Pantai Kijal dengan kepanjangan 8 kilometer. Antara perkhidmatan dan kemudahan hotel yang ditawarkan di sini termasuklah bar mini, padang golf, restoran dan bilik mesyuarat.


evtbvsrwfq