amaran

Hotel Bajet di Kota Belud, Kota Kinabalu

Tentang

Kota Belud adalah sebuah bandar yang terletak di antara ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu, dan titik paling utara dalam negeri, Kudat. Walaupun ada yang mungkin akan menganggap ia hanya sebagai pusat untuk berehat apabila melalui antara dua tempat tersebut, Kota Belud ternyata mempunyai tarikannya yang tersendiri. Untuk kaum etnik Bajau yang tinggal di situ, bandar tersebut telah lama dikenali sebagai pusat kebudayaan mereka. Berdasarkan statistic, tahun 2010, kaum Bajau dan kaum Dusun merangka sebahagian besar daripada penduduk bandar tersebut iaitu seramai 90 ribu orang, disertai kaum Cina Hakka sebagai golongan minoriti. Kota Belud merupakan sebuah bandar yang cepat membangun dan dengan masa, ia dijangka mampu untuk menjadi pusat tarikan yang popular pada masa hadapan.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Melalui jalan yang sedia ada, Kota Belud dapat diakses dari Kota Kinabalu dan Kudat, dengan pelbagai cara. Di Kota Kinabalu, bas mini dan teksi perkongsian beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 6 petang, dengan kadar tambang RM 15 bagi setiap penumpang. Kenderaan-kenderaan tersebut bertolak dari Padang Merdeka hanya setelah dipenuhkan, suatu perjalanan dianggarkan mengambil masa kira-kira 2 jam. Selain itu, perkhidmatan bas turut ditawarkan oleh Salam Bumimas, pada kadar dan waktu seperti yang tertera:

  • Kota Kinabalu ke Kota Belud – Bertolak pada 3:30 petang (RM 15)
  • Kota Belud ke Kota Kinabalu – Bertolak pada 9:30 pagi dan 2 petang (RM 15)
  • Kota Belud ke Kudat – Bertolak pada 9:30 pagi dan 2:00 petang (RM 15)
  • Kudat ke Kota Belud – Bertolak pada 9:00 pagi dan 2:00 petang (RM 15)

Tarikan Pelancongan

Pasar Tamu Kota Belud

Lawatan ke Kota Belud tidak akan menjadi lengkap tanpa persinggahan di Pasar Tamu, sebuah pasar yang mana orang tempatan menjual hasil produk mereka kepada para pengunjung. Dengan aneka hasil seperti sayur-sayuran dan kek, masing-masing dengan warna dan bau yang tersendiri, pasar ini menjanjikan sebuah pengembaraan deria pancaindera untuk pengunjung yang berani mencuba. Harga-harga barangan ternyata tidak tetap dan atas sebab itu, kemahiran anda untuk tawar-menawar boleh digunakan sebaik mungkin. Selain itu, setiap tahun pada bulan Oktober, pasar tahunan besar-besaran akan diadakan, yang dipanggil Tamu Besar. Pada waktu ini, orang tempatan akan memperagakan identiti budaya dan hasil tangan mereka. Secara spesifiknya, ‘koboi’ Bajau akan menunggang kuda-kuda mereka yang dihias dengan mewah. Di samping pertunjukan sukan tradisional seperti perlumbaan kerbau, terdapat juga pertandingan ratu cantik Sarempak / Senisip yang disertai oleh kaum wanita. Dengan suasana keraian yang menarik, adalah wajar untuk para pengunjung menetapkan waktu di kalendar mereka untuk berkunjung ke sini lebih awal!

Kepulauan Mantanani

Kepulauan Mantanani merupakan koleksi 3 buah pulau yang terletak di barat laut Kota Belud. Pulau yang terbesar, yang dikenali sebagai Pulau Mantanani Besar, adalah sebuah pulau berbentuk pisau dengan kawasan pantai yang sejauh 2.5km. Dibandingkan dengan pulau-pulau lain yang lebih terkenal di negeri Sabah, keasingan pulau ini bermakna masih banyak elemen kecantikkannya yang masih belum diterokai. Dengan jarak penglihatan sejauh 40 m di kawasan lautnya, adalah biasa untuk para pengunjung menemui beberapa spesis ikan pari seperti ikan pari marmar dan ikan pari bintik di kalangan kumpulan ikan-ikan yang lain. Dalam aktiviti selaman percubaan, para pengunjung juga mampu melihat kehadiran belut ‘jaw fish ribbon’, kuda laut, udang raja, dan sotong kurita di celahan bangkai-bangkai kapal yang karam suatu ketika dahulu. Untuk panduan aktiviti snorkel dan menyelam skuba, Mari Mari Dive Centre menyediakan servis ini dengan tunjuk ajar daripada pengajar yang disahkan oleh Professional Association of Diving Instructors (PADI), baik yang kurang mahir ataupun kurang berpengalaman. Alternatif lain di samping itu adalah untuk melalui trek dalam pulau itu tersendiri bagi mencuba kehidupan sebagai seorang nelayan di perkampungan nelayan yang berdekatan.Oleh sebab itu, adalah hampir pasti untuk dikatakan bahawa anda tak akan dikecewakan, walau apa pun pilihan anda!

evtbvsrwfq