1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9166 Hotel)
    >
  3. Kelantan
    (234 Hotel)
    >
  4. Kota Bharu
    (163 Hotel)
    >
  5. Pusat Bandar Kota...
    (95 Hotel)

Hotel Mewah di Pusat Bandar Kota Bharu, Kota Bharu

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Isn, 22 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel
Exterior view Prestige Sky Riverfront

Prestige Sky Riverfront

Lain-lain
Pusat Bandar Kota Bharu, Kota Bharu
Lihat Harga
Exterior view Classy Studio @ Kota Bharu City Point

Classy Studio @ Kota Bharu City Point

Lain-lain
Chinatown, Kota Bharu City Centre
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Grand Riverview Hotel

Grand Riverview Hotel

Hotel
Chinatown, Kota Bharu City Centre
Mengagumkan
8.5
(743 Reviews)
Mudah dan berada di tengah bandar.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Perdana Kota Bharu

Perdana Kota Bharu

Hotel
Pusat Bandar Kota Bharu, Kota Bharu
Mengagumkan
8.7
(1549 Reviews)
Bilik yang sangat selesa dan bersih. Variasi makanan untuk sarapan pagi banyak dan sedap. Hotel juga berdekatan dengan pusat bandar.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Renai Hotel Kota Bharu (Formerly known as The Grand Renai Hotel)

Renai Hotel Kota Bharu (Formerly known as The Grand Renai Hotel)

Hotel
Pusat Bandar Kota Bharu, Kota Bharu
Mengagumkan
8.6
(449 Reviews)
Hotel best dan bersih. Makanan pun sedap-sedap.
Lihat Harga
See all 95 Hotels near Pusat Bandar Kota Bharu

Facts about hotel in Pusat Bandar Kota Bharu

Popular Area
Chinatown
Popular Hotel
Prestige Sky Riverfront, Classy Studio @ Kota Bharu City Point
Popular Landmark
Pasar Besar Siti Khadijah, Craft Museum And Handicraft Centre

Ulasan Tetamu dari Hotel di Pusat Bandar Kota Bharu

8.5
Mengagumkan
9,227 ulasan dari hotel di Pusat Bandar Kota Bharu dengan purata penarafan 8.5/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Pusat Bandar Kota Bharu akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
muhammad f. i.
Ini adalah profil peribadi.
4 Mar 2023
Hotel terbaik di Kota Bharu Kelantan. Bilik luas dan selesa. Buffet breakfast yang lezat. Staff baik-baik belake 😊
Nur L. B. A. H.
Ini adalah profil peribadi.
21 Jul 2023
Bilik lama, perabut lama, suasana bilik kusam kelam macam dalam horror movie tuala pun lama dah macam kain buruk Bath Tub tak berfungsi dengan baik. Cerek masak air dah tercabut Iron tak panas. View air sungai yang menyakitkan mata. The good thing about this hotel is food. Staff tak paham & susah nak berkomunikasi walau pun saya cakap melayu
muhamad h. j.
Ini adalah profil peribadi.
11 Mar 2024
Lift kotor, tiada bersih, cadar dan selimut bertompok dan kurang bersih berhabuk
Mohd H. H. H.
Ini adalah profil peribadi.
6.0
/ 10
27 Mar 2021
Tiada tempat letak kereta dan lift yang tidak elok.
Maznimaisara
Ini adalah profil peribadi.
30 Aug 2020
Bilik besar dan selesa, penyambut tetamu yang mesra.. ada rezeki, nak menginap lagi disana.. harga sangat berbaloi.
Mohd N. b. M. R.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
29 Jan 2022
Bolehla berbaloi dengan wang yang dibelanjakan
Dell A.
Ini adalah profil peribadi.
19 Feb 2023
Bilik yang selesa dan luas staff yang peramah berdekatan dengan kedai makan yang banyak dan sedap
azira o.
Ini adalah profil peribadi.
2 Jul 2019
Bilik selesa. Kedudukan hotel yang strategik kerana berdekatan dengan pasar dan tempat makan. Layanan pekerja hotel yang baik.
HASBULLAH B. H.
Ini adalah profil peribadi.
1 Jun 2023
Hotel bersih dan selesa, parking mudah dan breakfast pun terbaik.

Tentang

Pusat bandar Kota Bharu terletak di tengah-tengah bandar Kota Bharu di Kelantan. Kelantan yang terletak di Semenanjung Malaysia barat, berkongsi sempadan dengan Thailand. Kota Bahru adalah ibu negeri dan kawasan ini menempatkan banyak khazanah tradisional tempatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraf dan Muzium Islam. Kelantan mempunyai tradisi dan budaya yang berwarna-warni dan salah satu cara untuk menyelami budaya ini adalah melalui makanan dan masakan mereka.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Jika anda menggunakan laluan udara, lapangan terbang terdekat adalah Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (IATA: KBR, ICAO: WMKC) yang terletak di Kota Bharu. Pasangkan tali pinggang kelendar anda dan bersedialah menikmati perjalanan yang mengasyikkan ini. Ia akan mengambil masa kira-kira 20 ke 25 minit untuk ke pusat bandar Kota Bharu , bergantung kepada keadaan trafik semasa. Sepanjang perjalanan, anda akan melalui kawasan perkampungan Melayu dan anda juga boleh singgah untuk membeli makanan atau pun hasil kraftangan untuk di jadikan sebagai buah tangan untuk di bawa pulang nanti!

Menggunakan Bas

Terdapat bas awam di kawasan bandar dengan tambang yang berpatutatan. Perkhidmatan kereta sewa juga turut di sediakan, terutamanya di lapangan terbang.

Tarikan Pelancongan

Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan (dahulunya di kenali sebagai Pantai Cinta Berahi) dipercayai diberikan nama oleh sepasang anggota tentera British semasa Perang Dunia Kedua yang sedang bercinta. Pantai tersebut kemudiannya telah ditukar kepada Pantai Cahaya Bulan dan sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dengan nama akronimnya iaitu PCB. Pantai tersebut sepanjang 1.2 km dan terletak di persisiran pantai timur serta amat meriah dengan pengunjung tempatan terutama pada hujung minggu. Anda boleh menikmati angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa sambil berjemur di bawah terikan matahari.

Pasar Besar Siti Khadijah

Pasar Besar Siti Khadijah adalah sebuah pasar tempatan. Namanya diberi bersempena dengan nama isteri Nabi Muhammad, yang terkenal dengan kemahiran keusahawanan beliau. Hal ini juga kerana di pasar ini, kebanyakan kedai diusahakan oleh kaum wanita. Selain daripada bahan mentah seperti makanan laut, sayur-sayuran dan pelbagai jenis buah-buahan, gula-gula segar dan keropok kering turut dijual di pasar ini. Anda juga boleh membeli pelbagai juadah makanan seperti ayam percik, nasi ulam dan pelbagai jenis mi sup, kesemuanya sangat unik dengan citarasa Kelantan yang tersendiri. Jangan lupa untuk merasai pelbagai jenis pencuci mulut tempatan seperti kuih muih, tempe dan segelas teh susu panas, yang merupakan minuman ruji bagi masyarakat Kelantan.

Istana Jahar

Selepas merasa pelbagai jenis juadah, anda boleh berjalan-jalan di beberapa tempat kebudayaan yang terkenal di Kelantan seperti di Istana Jahar yang mempunyai sejarah yang panjang sejak tahun 1855 lagi. Istana ini telah dibina oleh Sultan Muhammad II untuk cucundanya. Ia telah dibina daripada kayu dengan ukiran yang sangat halus dan cantik. Untuk lebih mendekati hasil kraftangan tradisional negeri ini, sudah pasti terdapat banyak lagi muzium di seluruh zon budaya ini, yang anda boleh lawati dan juga menjadi destinasi tarikan pengunjung-pengunjung lagi.

Hotel

Hotel Perdana

Hotel Perdana, hotel premium pertama di Kota Bharu yang telah mengalami transformasi besar untuk menjadi sebuah hotel mewah bertaraf 5 bintang. Terletak di tengah-tengah pusat bandar, hotel ini berada dalam jarak berjalan kaki ke Stadium Sultan Muhammad ke – IV. Hotel ini juga terletak dalam kawasan komersial, pejabat kerajaan, kawasan membeli-belah, hospital dan beberapa tarikan tempatan. Ia hanya terletak kira-kira 15 minit pemanduan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu. Senibina hotel ini mempamerkan ukiran unik di mana warisan Melayu yang kaya dipertengahkan. Menggabungkan sentuhan kemewahan moden dengan hiasan klasik, hotel dengan bangunan 2 sayap ini dan menawarkan 272 buah pilihan bilik dan suite tetamu yang lengkap. Sesuai untuk pelbagai jenis pengunjung, sama ada untuk tujuan perniagaan atau mereka yang sedang bercuti, Hotel Perdana dijangka menjadi mercu tanda baru dan pilihan penginapan utama di Kota Bharu.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka