1. Hotel
    >
  2. Malaysia
    (9492 Hotel)
    >
  3. Sarawak
    (486 Hotel)
    >
  4. Miri
    (90 Hotel)
    >
  5. Bandar Miri
    (86 Hotel)

Hotel Mewah di Bandar Miri, Miri

Hotel yang Telah Dilihat
Daftar keluar
Sab, 27 Apr 2024
Cari Hotel
Perjalanan perniagaan
Bayar di Hotel

Hotel Mewah Terbaik di Bandar Miri

Exterior view Pullman Miri Waterfront

Pullman Miri Waterfront

Hotel
Bandar Miri, Miri
Mengagumkan
8.9
(242 Reviews)
Terbaik dan selesa, sesuai untuk semua.
Lihat Harga
ภาพหลัก Miri Marriott Resort & Spa

Miri Marriott Resort & Spa

Resort
Bandar Miri, Miri
Penginapan di Miri Marriott Resort & Spa menempatkan anda di tengah-tengah Miri, dalam lingkungan 10 minit berjalan kaki dari Brighton dan Pantai Tanjong Lobang. Tempat peranginan 5 bintang ini berada 2.2 km dari Pantai Marina dan 2.6 km dari Co Co Dive.
Mengagumkan
8.9
(49 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Stirling Suites Hotel & Serviced Apartment

Stirling Suites Hotel & Serviced Apartment

Hotel
Bandar Miri, Miri
Menyenangkan
7.7
(26 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Mega Hotel Miri

Mega Hotel Miri

Hotel
Bandar Miri, Miri
Mengagumkan
8.6
(88 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Dynasty Hotel Miri

Dynasty Hotel Miri

Hotel
Bandar Miri, Miri
Mengagumkan
8.6
(443 Reviews)
Sangat selesa dan tempat yang selamat untuk simpan kereta.
Lihat Harga
Exterior Mercure Miri City Centre

Mercure Miri City Centre

Hotel
Bandar Miri, Miri
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Meritz Hotel Miri

Meritz Hotel Miri

Hotel
Bandar Miri, Miri
Mengagumkan
8.5
(429 Reviews)
Bilik cantik dan view yang best malam hari.
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Imperial Palace Hotel

Imperial Palace Hotel

Hotel
Bandar Miri, Miri
Mengagumkan
8.8
(566 Reviews)
Tempat penginapan yang cantik kemas dan bersih. Suasana lobi yand cantik dan receptionist kuanter yang melayan dengan mesra membuatkan saya sekeluarga merancang untuk menginap di sana lagi di masa akan datang.
Lihat Harga
Hotel Exterior Imperial Hotel Miri

Imperial Hotel Miri

Hotel
Bandar Miri, Miri
Menyenangkan
8.1
(5 Reviews)
Lihat Harga
EXTERIOR_BUILDING Jinhold Hotel & Serviced Apartment

Jinhold Hotel & Serviced Apartment

Hotel
Bandar Miri, Miri
Mengagumkan
8.8
(242 Reviews)
Lihat Harga
Hotel Exterior Jinhold Hotel & Serviced Apartment Miri

Jinhold Hotel & Serviced Apartment Miri

Lain-lain
Bandar Miri, Miri
Lihat Harga
See all 86 Hotels near Bandar Miri

Facts about hotel in Bandar Miri

Popular Hotel
Pullman Miri Waterfront, Miri Marriott Resort & Spa
Popular Landmark
Miri Airport (MYY), Tudan Chung Hua National (C) Primary School Sarawak

Ulasan Tetamu dari Hotel di Bandar Miri

8.7
Mengagumkan
5,364 ulasan dari hotel di Bandar Miri dengan purata penarafan 8.7/10
Ulasan daripada pengguna yang menginap di Bandar Miri akan memudahkan anda dalam memilih hotel terbaik!
MT
MULIADY TASSIM
30 May 2019
Bilik sangat selesa, sesuai untuk penginapan keluarga.
Jakaria T. h. R.
Ini adalah profil peribadi.
27 Jan 2020
Lokasi hotel yang strategik, harga berpatutan serta mudah dihubungi dengan bantuan warga kerja hotel yang mesra dan amat membantu. Saya akan kembali serta mengesyorkan hotel Dynasty Miri kepada rakan atau keluarga saya. Well Done
Mohd R. N. S.
Ini adalah profil peribadi.
9 Mar 2022
Hotel yang menarik. Rekaan yang cantik. Bilik yang cantik dan menarik. Breakfast pun sedap 👍🏻
Hanieza N.
Ini adalah profil peribadi.
8 Apr 2022
Staf yang mesra. Bilik yang bersih. Tempat yang selesa
Muhammad F. B. H.
Ini adalah profil peribadi.
8.5
/ 10
5 Sep 2019
Hotel bersih, berada di tengah center miri, parking private disediakan, cuma tandas ada tingkap.

Tentang

Bandar Miri merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak. Pembangunan di bandar ini disebabkan oleh kekayaan hasil buminya, terutamanya petroleum. Bandar Miri wujud sewaktu penemuan aliran minyak pertama dan kebangkitan industry gas asli pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Canada Hill, Miri. Miri memperoleh namanya daripada kaum Miriek yang merupakan penduduk asal semenjak kurun ke-16. Warga Eropah yang meneroka dan menjumpai kawasan minyak di bandar ini telah tertukar nama Miriek kepada Miri. Nama Miri itu kekal sehingga ke hari ini.

Bagaimana untuk ke Destinasi

Menggunakan Kapal Terbang

Terdapat perkhidmatan penerbangan ke Miri disediakan oleh Malaysia Airlines dan Air Asia. Dari lapangan terbang, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Bandar Miri.

Menggunakan Kereta

Bandar Miri boleh dihubungkan dengan bandar-bandar lain di Sarawak melalui jalanraya yang menghubungkan Sabah melalui Seri Begawan di Brunei, seterusnya ke Baram dan Limbang; atau menggunakan Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan jalan dari Bintulu melalui Batu Niah.

Menggunakan Bas

Terminal bas utama adalah Miri Sentral yang menyediakan perkhidmatan destinasi jarak jauh menuju ke Brunei, Sabah dan Kalimantan Barat.

Tarikan Pelancongan

The Grand Old Lady

Canada Hill merupakan sebuah rabung batu kapur yang menghadap bandar Miri serta menawarkan pemandangan menarik bandar Miri dan kawasan persekitarannya. The Grand Old Lady yang terletak di puncak Canada Hill mempamerkan binaan telaga minyak pertama di Malaysia. Ianya melambangkan latarbelakang sejarah petroleum di Miri dan telah diisytiharkan sebagai sebuah kawasan sejarah yang terlindung oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Ia merupakan salah satu binaan yang terselamat daripada kemusnahan serangan pengeboman sewaktu Perang Dunia Kedua. Bersebelahan dengan telaga ini adalah Muzium Sains Petroleum.

Tanjung Lobang atau Pantai Brighton

Tanjung Lobang atau Pantai Brighton adalah suatu kawasan tumpuan ideal untuk melihat matahari terbenam. Ianya merupakan taman rekreasi tertua Bandar Miri. Terdapat dua pelantar cantik yang mengunjur ke laut dan memberikan pemandangan mengkagumkan kawasan pesisir pantai dan rumah api kuda laut Marina Miri yang berdekatan di mana kuda laut merupakan lambang kepada Bandar Miri.

Aktiviti Menyelam di Taman Batu Karang Nasional Miri-Sibuti

Taman Batu Karang Nasional Miri-Sibuti adalah destinasi aktiviti menyelam yang popular, terbentuk dengan kedalaman bermula dari 7 ke 30 meter dengan julat kebolehan pandangan berjarak 10 ke 30 meter. Terdapat juga beberapa selaman barang tinggalan karam. Kawasan selaman terdekat dianggarkan kira-kira 10 minit dari jeti teluk marina. Pengendali selaman tempatan turut menawarkan program pensijilan yang diperakui.

Taman Negara Loagan Bunut

Taman Negara Loagan Bunut berbangga dengan ekosistemnya yang unik berdasarkan kewujudan tasik semulajadi terbesar Sarawak di situ. Apabila tasiknya kering, tumbuh-tumbuhan mula bercambah daripada kawasan lumpur dan menjadi habuan kepada larva serangga. Apabila musim hujan tiba dan tasik mula digenangi air, kepulangan kelompok ikan memakan larva serangga, membiak di tasik dan keseluruhan putaran hidup ini bermula kembali. Apabila air surut, kawanan burung melahap ikan serta hidupan akuatik yang lain. Tasik ini merupakan syurga pemerhati burung memandangkan terdapat pelbagai spesis burung tetap seperti helang, burung layang-layang, burung undan, raja udang, burung gagak, burung kedidi, burung serindit, burung ketilang, burung rajawali, burung bayan, burung merpati, burung jentayu, burung enggang dan lain-lain lagi.

Tamu Muhibbah

Tamu Muhibbah ini terletak bertentangan dengan stesen bas utama di bandar Miri. Ianya merupakan sebuah pasar dengan suasana warna-warni ragam tempatan di mana pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran eksotik, kraftangan serta produk hasilan tanah tinggi seperti beras Bario boleh ditemui.

Hotel

Pullman Miri Waterfront

Hotel ini merupakan satu-satunya hotel antarabangsa yang terletak di kawasan pusat bandar. Bangunan hotel memayungi Pusat Komersial Miri mempamerkan pemandangan menakjubkan Laut China Selatan. Ia menawarkan penginapan interaktif yang unggul dengan kemudahan perhubungan ke kawasan membeli-belah dan pusat hiburan.

Resort dan Spa Marriott Miri

Hotel ini merupakan satu-satunya rangkaian hotel antarabangsa di bandar yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini menawarkan keselesaan dengan menampilkan bilik-bilik tetamu yang dihias secara kontemporari dan didatangkan dengan perkhidmatan menyeluruh serta kemudahan seperti sauna, pusat kecergasan dan kolam renang. Ia turut menempatkan kolam renang berbentuk bebas terbesar di negeri Sarawak. Pengunjung dapat menikmati penginapan menyenangkan di samping ketenangan beristirehat di dalam lingkungan suasana persekitaran bandar.

Hotel Parkcity Everly Miri

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang luas yang didatangkan dengan kemudahan kkelengkapan moden. Pengunjung juga diberikan kemudahan menggunakan gimnasium, kolam renang serta laman teres. Kelebihan ini menjanjikan kepuasan percutian keluarga yang sempurna, bebas membuat keputusan hidup, bekerja dan bermain.

Hotel Kingwood Boutique Miri

Hotel ini menampilkan bilik-bilik tetamu dengan konsep pilihan pereka menyerlahkan gaya hiasan adunan seri khazanah lama dan rupa moden digandingkan bersama. Hotel ini menawarkan keselesaan yang ditambah dengan perkhidmatan lengkap serta kemudahan seperti sauna, pusat kecergasan dan kolam renang. Pengunjung dapat merasai pengalaman menyenangkan dan detik indah sepanjang menginap dalam suasana bandar.

Hotel Meritz Miri

Hotel ini menawarkan bilik-bilik tetamu yang menyerlah dengan kehadiran kelengkapan moden. Pengunjung turut dibenarkan untuk menggunakan kemudahan gimnasium dan kolam renang. Ia memberikan tempat penginapan yang diselaraskan mengikut kehendak tetamunya dalam menjamin keselesaan belaian serta detik berharga.

Perlu Bantuan?

Traveloka Sdn Bhd (No. Pendaftaran 201501003122), Tingkat 14 Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat, 33 Jalan Rakyat Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia
Copyright © 2024 Traveloka. All rights reserved